window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Rocky hybrid dilaporkan dalam pembangunan. Perodua bakal ikut jejak langkah ini?

Haris · Feb 25, 2021 12:15 PM

Daihatsu Rocky hybrid dilaporkan dalam pembangunan. Perodua bakal ikut jejak langkah ini? 01

Daihatsu dijangka akan hadir dengan varian hybrid untuk model Daihatsu Rocky. Model hybrid yang dibangunkan oleh Daihatsu berasaskan kereta kei pernah dilaporkan sebelum ini dan bakal dijual pada tahun 2022.

Daihatsu Rocky hybrid dilaporkan dalam pembangunan. Perodua bakal ikut jejak langkah ini? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Nikkei, model tersebut akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2021 dengan bantuan kerjasama dari Toyota.

Sebelum ini, model hybrid yang dibangunkan oleh Daihatsu adalah Daihatsu Hijet Mini Hybrid di samping 2 model rebadge Daihatsu Altis (Toyota Camry) dan Daihatsu Mebius (Toyota Prius Alpha).

Daihatsu Rocky hybrid dilaporkan dalam pembangunan. Perodua bakal ikut jejak langkah ini? 01

Sistem enjin hybrid penuh (full hybrid) dijangka akan ditawarkan dan bukannya hybrid ringan (mild hybrid).

Enjin tersebut mampu menggerakkan roda dari titik pegun menggunakan tenaga elektrik sahaja lantas menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dalam trafik lalu lintas bandar. Motor elektrik yang lebih kuat juga memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Daihatsu Rocky hybrid dilaporkan dalam pembangunan. Perodua bakal ikut jejak langkah ini? 02

Daihatsu sebelum ini enggan memperkenalkan teknologi hybrid pada barisan model keluarannya disebabkan oleh faktor peningkatan kos yang dibawa oleh enjin hybrid.

Walaubagaimanapun, undang-undang pelepasan karbon CO2 terbaru yang lebih ketat oleh Jepun memaksa kesemua pengeluar kereta untuk mencari alternatif untuk enjin petrol konvensional.

Baca: Jepun haramkan penggunaan kereta ICE petrol menjelang tahun 2030

Daihatsu Rocky hybrid dilaporkan dalam pembangunan. Perodua bakal ikut jejak langkah ini? 03

Perodua, rakan kerjasama Daihatsu di Malaysia juga ada merancang untuk memperkenalkan varian hybrid dalam barisan model keluaran mereka. Perodua pernah mempamerkan hasrat tersebut pada pameran Kuala Lumpur Motor Show 2018 namun tiada maklumat lanjut yang diberikan.

Daihatsu Rocky hybrid dilaporkan dalam pembangunan. Perodua bakal ikut jejak langkah ini? 04

Kini dengan kehadiran Perodua D55L secara rasmi di Malaysia, adakah SUV kompak ini bakal menjadi model hybrid pertama oleh Perodua?Jika benar, boleh jadi varian hybrid hanya akan diperkenalkan pada model generasi kedua Perodua D55L.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda