window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA!

Zamil Syaheer Ā· Oct 14, 2021 03:00 PM

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 01

Honda HR-V merupakan kejayaan penjualan untuk Honda Malaysia sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2015. Setelah 6 tahun dan dengan persaingan dalam SUV segmen B yang semakin panas, sudah tiba masanya untuk HR-V digantikan dengan model serba baru.

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 02

Sebagai tanda perhormatan terakhir untuk SUV ini, Honda Malaysia telah melancarkan model khas yang dipanggil Honda HR-V SE. Terhad hanya beberapa unit dan berharga dari RM 105,364, HR-V edisi khas ini dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Blind-spot monitors (BSM)
  • Lane change assist
  • Rear cross-traffic alert (RCTA)
  • Door-opening warning
  • Digital video recorder (DVR)
  • Trunk tray and trunk organiser

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 01

HR-V 1.8 E

Perlu diingat bahawa HR-V SE adalah RM 1,364 lebih mahal daripada varian E yang menjadi asas kepada model ini, tetapi anda mendapat lebih banyak ciri serta kelengkapan.

Juga baca: Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 02

Trenkuasa tetap sama -  enjin 1.8 liter 4-silinder i-VTEC yang dipasangkan ke kotak gear automatik CVT. Enjin itu menghasilkan 142 PS dan 172 Nm.

Dengan HR-V terkini bakal digantikan, persoalannya sekarang bila Honda Malaysia akan membawa masuk HR-V serba baru?

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 03

Imej dari Grand Prix Online

Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa HR-V serba baru mungkin akan membuat debut ASEAN di Thailand pada akhir 2021. Malah, terdapat beberapa unit dengan penyamaran kamo sedang giat diuji.

HR-V generasi seterusnya juga mungkin akan menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo (182 PS / 240 Nm), menggantikan enjin 1.8 liter i-VTEC.

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 04

HR-V generasi ketiga mula membuat debut di Jepun sebagai Vezel pada bulan Februari dan menjadi sensasi penjualan sejak ianya dilancarkan, dengan masa menunggu yang lama.

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 05

Di sana, Vezel dijual dengan enjin 1.5 liter aspirasi natural (118 PS / 142 Nm) atau varian hibrid petrol e:HEV (enjin petrol: 106PS / 127 Nm, motor elektrik: 131 PS / 253 Nm).

Juga baca: Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

Dari RM 105k, Honda HR-V SE adalah model terakhir edisi terhad dengan BSM dan RCTA! 06

Apa cerita dengan Malaysia? Desas desus mengatakan HR-V serba baru dijangka akan dilancarkan pada awal 2022, tetapi kerana PKPD selama berbulan-bulan, debut tempatan mungkin akan ditunda ke satu masa yang tidak diketahui.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda