window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi?

Mersita · Feb 8, 2021 07:00 PM

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 01

Sejak Proton melancarkan Proton Iriz pada tahun 2014, jualannya sejak itu suam-suam kuku saja. Proton mengambil masa lima tahun untuk menjual lebih 50,000 unit hatchback tersebut.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 02

Bagi Perodua pula, mereka berjaya menjual 200,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga sejak pelancarannya – menguatkan lagi posisinya jauh di hadapan Proton Iriz.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahun lepas saja, Perodua menjual 66,330 unit Perodua Myvi, manakala Proton hanya dapat menjual 7,636 unit Proton Iriz.

Setakat ini, Proton Iriz belum lagi mencapai tahap jualan 100,000 unit.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 01

Tapi, sebelum Proton berjaya mencapai sasaran 100k ini, mereka perlu pastikan Iriz cukup kompetitif untuk menyaingi Myvi. Raja Hatchback Malaysia itu berjaya menetapkan standard yang tinggi bagi hatchback segmen B nasional apabila ia dilancarkan beberapa tahun lalu.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 02

Semua varian Perodua Myvi didatangkan standard dengan pelbagai kelengkapan, contohnya lampu hadapan LED, kawalan penghawa dingin digital, dan sekurang-kurangnya empat beg udara pada semua varian. Varian spesifikasi tinggi juga menawarkan kelengkapan seperti pembaca Smart Tag yang dibina-dalam, enam beg udara, dan juga suite AEB ASA.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 03

Proton cuba untuk melawan Myvi dengan Proton Iriz 2019, walaupun sistem infotainmennya yang dilengkapi arahan suara “Hi Proton” dan rupa bentuk baharunya tak cukup untuk membantu persaingannya dengan si Myvi.

Lebih banyak kemaskini bagi Proton Iriz akan datang tak lama lagi

Pada tahun ini, Iriz nampak gayanya meneruskan lagi usahanya dengan kemaskini yang baharu.

Kali ini, perubahannya dikatakan akan merangkumi beberapa naiktaraf ‘kualiti kehidupan’ bagi pemiliknya – walaupun ianya tidak begitu komprehensif seperti naiktaraf 2019.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 04

Sebagai permulaan, kita boleh jangkakan yang Proton akan menawarkan Iriz versi ala-SUV yang barangkali akan digelar sebagai Iriz Active. Dengan inspirasi dari kereta Iriz Active Concept yang ditayangkan beberapa tahun lepas, versi produksinya – seperti yang dilihat dari gambar intipan – tampak seperti dipasang dengan rim lebih besar bersaiz 16 inci, ‘fender extensions’, dan juga rel atap.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 05

Baru-baru ini, satu gambar intipan yang ditangkap pada waktu malam nampak gayanya mengesahkan yang Iriz barangkali akan didatangkan dengan lampu hadapan LED. Tapi, barangkali perincian ini akan diberi terhad kepada varian-varian tinggi sahaja. Varian rendah dijangka akan diberi lampu hadapan halogen.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 06

Model 2014 mempunyai skor yang bagus dalam ujian pelanggaran dijalankan oleh ASEAN NCAP

Laporan terbaru dari ASEAN NCAP menyatakan yang Iriz dan Persona baharu ini mendapat penilaian ujian perlanggaran 5 bintang dibawah protokol ujian 2017-2020 yang lebih baru. Ini memberikan sedikit klu yang kereta-kereta ini akan dipasang kelengkapan ADAS.

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 07

Bagi mereka yang berharap pada transmisi automatik ‘torque converter’ 4 kelajuan dari Proton Saga yang dikemaskini, anda mungkin akan dikecewakan kerana rakan kami di Funtasticko melaporkan yang transmisi automatik CVT bersumberkan Punch mungkin digunakan tapi dengan penghalusan yang lebih baik.

CVT kekal, tapi bolehkah Proton maksimakan prestasinya?

Hanya 7,000 unit Proton Iriz terjual tahun 2020. Boleh ke capai 10,000 dan cucuk Myvi? 08

Walaupun dengan DNA ‘motorsport’, ini tak bermaksud ia boleh tingkatkan jumlah jualan serta-merta

Walau dengan semua penambahbaikan ini, bolehkah ia ‘mencantas’ jualan Perodua Myvi? Kami rasakan cubaan ini memang sangat mencabar, memandangkan CVT seringkali dianggap kelemahan terbesar bagi Iriz. Transmisi 4 kelajuan yang ada pada Myvi menjadi bukti yang sebuah kereta tak perlukan sistem transmisi yang ‘fancy’ untuk menjadi salah satu model yang paling laris di Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda