window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya!

Haris · Aug 5, 2020 08:00 PM

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 01

Seperti yang anda sedia maklum, Honda City 2020 yang telah dilancarkan di Thailand tahun lepas dijana oleh enjin 1.0 liter turbo yang sangat inovatif. Enjin bersesaran kecil dengan bantuan turbo telah lama dikaji oleh Honda. Kini, kertas kajian bagi enjin ini boleh didapati umum untuk diperbahaskan.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin VTEC 1.0 liter turbo pertama kali diperkenalkan pada Honda Civic hatchback untuk pasaran Eropah. Secara teknikalnya, enjin yang sama digunakan pada enjin 1.0 liter turbo Honda City 2020 pasaran Thailand. Oleh itu, mari sama-sama membincangkan mengenai enjin inovatif ini.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 01

Terdapat 3 objektif semasa pembangunan enjin ini:

  1. Meningkatkan kecekapan bahan api berbanding enjin NA sebelum ini.
  2. Meningkatkan tork (daya kilas) pada rpm rendah hingga pertengahan.
  3. Mengurangkan gegaran yang sinonim dengan enjin 3 silinder.

Penjimatan bahan api

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 02

Enjin 1.0 liter turbo menurut spesifikasi Honda City pasaran Thailand didakwa mencatatkan angka penggunaan bahan api sebanyak 4.2 liter / 100 km. Sementara itu, penggunaan bahan api yang didakwa untuk Honda City 2020 spesifikasi India, dengan enjin 1.5 liter NA, adalah 5.4 liter / 100 km.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 03

Secara teorinya, enjin turbo yang lebih kecil menggunakan bahan api dengan lebih baik. Walaupun begitu, seperti mana yang berlaku pada semua enjin berkuasa turbo, penggunaan bahan api boleh berubah secara signifikan bergantung pada gaya pemanduan.

Tanpa kaedah untuk menguji teori ini sendiri, jangkaan kami adalah penggunaan bahan api pada dunia nyata berkemungkinan besar lebih kurang sama dengan apa yang dinyatakan oleh helaian spesifikasi.

Enjin berkuasa turbo tentu lebih berkuasa, bukan?

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 04

Tidak dinafikan, apabila tiba ke aspek kuasa dan tork, enjin berkuasa turbo mempunyai kelebihan. Enjin 1.0 liter tubro mampu menjana tork maksimum (173 Nm) pada 2,000 rpm dan mengekalkan prestasi tersebut sebanyak 90% hingga kadar 4,500 rpm. Enjin 1.5 liter NA pula hanya hanya menghasilkan 145 Nm.

Secara teorinya, angka tersebut memanglah mantap. Namun, ketika boss kami, Hans mencuba enjin prototaip Honda Civic hatchback pada tahun 2015 yang mempunyai spesifikasi yang sama, dia menyimpulkan bahawa enjin tersebut tidaklah begitu ooomph seperti apa yang diuar-uarkan pada helaian spesifikasi.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 05

Enjinnya terasa lembab pada kelajuan rendah dan lesu apabila melebihi 100 km/j. Namun begitu, prestasinya berfungsi paling baik pada kelajuan pertengahan dengan penyebaran tork yang baik.

Walaupun Honda Civic lebih berat daripada Honda City tapi kuasa enjinnya juga lebih tinggi - 129 PS / 200 Nm berbanding 122 PS / 173 Nm pada Honda City.

Bagaimana dengan gegaran enjin 3 silinder?

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 06

Honda sebenarnya telah melakukan tugas yang luar biasa dalam mengurangkan gegaran pada enjin 3 silinder. Enjin ini kurang kedengaran walaupun anda berada pada luar kereta.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 07

Menurut kajian oleh jurutera Honda, mereka mencapai kejayaan ini dengan mengurangkan berat bahagian salingan enjin (reciprocating engine) dan menetapkan nisbah keseimbangan aci engkol (crankshaft) yang mengurangkan gegaran menegak pada titik pemasangan enjin. Pendek kata, ini adalah sebuah keajaiban kejuruteraan.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 08

Kalau nak dibandingkan dengan enjin 3 silinder yang lain, enjin ini ternyata lebih bagus. Namun begitu, enjin 4 silinder NA jauh lebih baik dengan kurang gegaran.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 09

Pada julat rpm rendah hingga pertengahan, ada bunyi yang dihasilkan oleh pengecas turbo dan sistem perpaipan. Ini belum lagi bunyi peningkatan gegaran apabila kelajuan meningkat.

 

Kesimpulan kami

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 10

Secara atas kertas, enjin 1.0 liter turbo ternyata lebih baik berbanding enjin 1.5 liter NA. Lebih penjimatan bahan api, lebih banyak kuasa kuda dan lebih tinggi daya kilas (tork).

Setelah menguji enjin 1.0 liter turbo, ternyata kesemua angka tersebut tidak dapat diterjemah dengan baik dalam pemanduan dunia nyata. Enjin ini terasa malas dan sukar untuk kekal pada kelajuan tinggi. Selain itu, anda tidak dapat menghilangkan ciri-ciri gegaran yang sinonim dengan enjin 3 silinder.

Honda City 2020: Enjin 1.5 liter NA lebih baik berbanding 1.0 liter Turbo. Ini sebabnya! 11

Hal ini bermakna, dalam aspek pemanduan, enjin ini bukanlah sebuah anjakan daripada enjin 1.5 liter NA

Akhir sekali, enjin 1.0 liter turbo sebenarnya menggunakan timing belt. Memandangkan persepsi bahawa rantai pemasaan (timing chain) lebih baik daripada tali sawat pemasaan (timing belt), adakah anda masih mengimpikan sebuah enjin turbo 1.0 liter pada Honda City?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda