window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CR-V Black Edition 2021 dilancarkan di Malaysia, berharga RM 162k - macam Darth Vader!

Zamil Syaheer Β· Oct 28, 2021 01:15 PM

Honda CR-V Black Edition 2021 dilancarkan di Malaysia, berharga RM 162k - macam Darth Vader! 01

Setelah dilancarkan secara rasmi di Thailand pada bulan Ogos, Honda CR-V Black Edition 2021 kini sudah mendarat di Malaysia.

CR-V Black Edition ini berasaskan varian CR-V 1.5 TC-P 2WD dan dijual pada harga RM 161,913.

Honda CR-V Black Edition 2021 dilancarkan di Malaysia, berharga RM 162k - macam Darth Vader! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti namanya, CR-V Black Edition ini mendapat warna Crystal Black Pearl di bahagian eksterior. Selain itu, terdapat juga gril depan berwarn hitam, hiasan bampar depan dan belakang serta rim aloi berukuran 18 inci.

Pada bahagian interior, CR-V Black Edition mendapat kemasan dalaman berwarna hitam pada konsol tengah, papan pemuka dan kemasan pintu. Varian baharu ini turut mendapat pelapik bumbung berwarna hitam dan tempat duduk hadapan dengan sulaman "Black Edition”.

Juga baca: Honda CR-V Black Edition di Thailand nampak sesuai sebagai SUV UTK PDRM!

Honda CR-V Black Edition 2021 dilancarkan di Malaysia, berharga RM 162k - macam Darth Vader! 01

Menjana kuasa CR-V Black Edition ialah enjin 1.5 liter petrol VTEC Turbo yang menghasilkan 193 PS dan 243 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT. Kuasa dihantar ke roda hadapan.

Honda CR-V Black Edition 2021 dilancarkan di Malaysia, berharga RM 162k - macam Darth Vader! 02

Memandangkan CR-V Black Edition pada dasarnya adalah CR-V 1.5 TC-P, ini bermakna ciri keselamatan yang ditawarkan juga sama. Ia merangkumi sistem bantuan pemandu lanjutan Honda Sensing (ADAS), kamera Honda LaneWatch, enam beg udara dan kawalan kestabilan.

Juga baca: Kelebihan & Kekurangan: Honda CR-V facelift 2021, kenapa ia patut menjadi SUV pertama anda?

Honda CR-V Black Edition 2021 dilancarkan di Malaysia, berharga RM 162k - macam Darth Vader! 03

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, “CR-V ialah model Completely Knocked-Down (CKD) pertama dalam barisan Honda Malaysia pada 2003. Sejak itu, CR-V telah diterima baik oleh pasaran Malaysia secara konsisten dengan lebih 108,000 unit terjual sehingga kini. CR-V generasi ke-5, yang dilancarkan pada 2017, telah mengekalkan momentum jualan yang positif dengan lebih 43,000 unit yang dijual, menambah jumlah jualan model itu. CR-V terus melebihi jangkaan kami dengan jualan yang menggalakkan dan mendominasi segmen SUV Bukan Nasional dengan 24% bahagian pasaran setakat Ogos 2021.”

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda