window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan?

Haris · Dec 1, 2020 08:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 01

Gelaran penggugat pasaran segmen B sememangnya layak diberikan kepada Proton X50. Dengan tempahan yang kini dalam lingkungan 5 angka, terlalu banyak perkara yang hype tentang Proton X50 ini.

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami mendapat peluang untuk mencuba sendiri Proton X50 Flagship dan ini adalah pandangan awal kami. Nak tahu sama ada Proton X50 ini seperti apa yang diperkatakan? Ikuti pandangan awal ini.

Kebaikan Proton X50

1. Teknologi

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 01

Dalam usaha menarik pengguna yang lebih muda dan mesra teknologi, Proton X50 Flagship dipenuhi dengan teknologi terkini. Bagi tujuan tersebut, Sistem Parkir Automatik ditawarkan hanya untuk model mercu ini. Fungsi penghidup jarak jauh juga tidak dilupakan pada model ini.

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 02

Ia juga turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS yang baik. Fungsi Brek Kecemasan Automatik (AEB) bukan biasa tetapi dengan pengesan lintasan hadapan! Pada tanda harga atas sedikit dari RM 100k, teknologi yang ditawarkan sangat berbaloi.

2. Pemanduan yang memuaskan

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 03

Enjin tiga silinder 1.5 liter TGDi dengan gandingan trenkuasa DCT 7 kelajuan juga sangat memuaskan. Ia memberikan pemanduan yang sangat lancar dan berkuasa. Drag race dengan BMW X1 hari tu bukan sekadar hype!

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 04

Sistem suspensi pada Proton X50 juga sangat baik dalam menyerap sebarang lekuk dan lubang di atas jalan raya. Kedua-dua aspek ini memberikan suatu pengalaman pemanduan yang sangat baik. Maka tidak hairanlah jika ramai yang memandu uji Proton X50 sedia untuk meletakkan wang tempahan.

3. Rekaan yang bergaya

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 05

Proton X50 memang bergaya. Ia menarik banyak mata yang memandang dengan visi rekaan yang mirip SUV mewah. Garisan bumbung yang rendah pada belakang dengan bahagian garis badan yang menuju ke suatu titik pusat, ia sesuai sebagai pemilik tanda nama X selepas Proton X70.

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 06

Pada bahagian dalam, papan pemuka gaya kokpit jet pejuang mencerminkan rekaan individualistik yang lain dari yang lain. Perincian-perincian kecil seperti lampu LED berjalur pada bahagian belakang, quad ekzos yang simetri malah kunci Proton X50 juga adalah suatu gaya!

Keburukan Proton X50

1. Ergonomik 

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 07

Tempat duduk pemandu agak sukar untuk mencari posisi pemanduan yang benar-benar sesuai. Kurang sokongan pada bahagian lipatan lutut memberikan postur badan yang sedikit kekok. Walaubagaimanapun, posisi pemanduan adalah berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 08

Sokongan lumbar tidak begitu memuaskan dan kusyen kurang empuk. Pemanduan jarak jauh akan memakan lebih tenaga kerana ketidakselesaan yang dirasai sepanjang jalan. Apa yang boleh dipuji adalah pelarasan tempat duduk elektronik yang senyap, setanding kereta conti.

2. GKUI tanpa Apple Carplay dan Android Auto

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 09

Paparan skrin 10.25 inci mungkin antara yang terbesar dalam kelasnya namun pengalaman menggunakan antara muka GKUI terasa kurang intuitif. Oh, tiada fungsi Android Auto dan Apple Carplay untuk sebuah SUV berharga lebih RM 100k yang memburukkan lagi keadaan. Agak ironi apabila ia datang dengan teknologi terkini tetapi masih ketinggalan dalam aspek tambatan telefon ini.

3. Kabin terasa sempit dengan ruang but kecil

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 10

Walaupun garis bumbung yang bergerak menghala ke bawah adalah sebuah kecantikan, ia memberi kesan kepada perasan di bahagian penumpang. Rekaan tersebut hadir dengan kekurangan ruang atas kepala yang cerun, membangkitkan rasa sempit.

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 11

Ruang pada tempat kaki agak besar tetapi tempat duduk yang sedikit kebelakang ini memakan ruang but belakang. Sudah lah ruang but kecil, ia juga mempunyai jarak antara ruang bukaan dengan tanah yang agak tinggi. Tiada pembuka dan penutup but automatik yang diberikan secara standard (boleh didapati secara tambahan) juga menambah kekurangan pada bahagian but Proton X50.

Kesimpulan

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 12

Agak senang untuk anda terpengaruh dengan kualiti pemanduan, kuasa dan rekaan Proton X50 Flagship sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik pameran apatah lagi apabila dapat memandu uji SUV tersebut.

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 13

Ia menepati apa yang selalu digembar-gemburkan oleh wargamaya dan seiring dengan apa yang cuba dipasarkan. Kesemua gimik pemasaran yang anda baca dan lihat adalah benar. Itulah kekuatan Proton X50 ini.

Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan? 14

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dan bagi mereka yang tidak kisah dengan kekurangan SUV ini, tiada apa yang perlu dirisaukan. Terus sahaja ke bilik pameran dan nikmati tempoh giliran selama 6 bulan. Penantian adalah suatu penyiksaan yang indah, bukan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda