window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru?

Haris Ā· Jan 26, 2021 08:00 PM

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 01

Trend SUV mampu milik yang ada di Malaysia boleh dikatakan bermula ketika pelancaran Honda HR-V pada tahun 2015. Ketika itu, tiada SUV dalam pasaran pada lingkungan harga RM 100k - RM 130k lalu bermulalah demam SUV di Malaysia.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kini 6 tahun dalam pasaran, Honda HR-V masih relevan dan mahu memberi saingan kepada Proton X50. Lebih menarik lagi, kehadiran Honda HR-V kemaskini tahun 2021 sekurang-kurangnya menangani satu kekurangan Honda HR-V. Apa kekurangan tersebut? Di sini kita bincangkan.

Kelebihan - Rekaan yang masih menarik

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 01

Citarasa adalah subjektif namun tidak bermakna ia tidak boleh ditanda aras. Honda memang terkenal dengan rekaan agresif dan ini tetap terbukti pada Honda HR-V.

Malah, Honda HR-V 2021 hybrid kini hadir dengan lampu hadapan, belakang dan lampu kabus LED. 

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 02

Atas: Honda HR-V, bawah: Toyota C-HR

Jika anda membandingkan pemegang pembuka Honda HR-V dengan Toyota C-HR, tentunya rekaan pada Honda HR-V tampak lebih menarik. Hal ini sudah cukup membuktikan fokus Honda terhadap rekaan kereta secara menyeluruh.

Kelebihan - Prestasi enjin yang terbaik

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 03

Honda HR-V adalah sebuah produk dengan prestasi yang sesuai. Enjin 1.8 liter NA i-VTEC R18Z9  ini menjana sebanyak 141 PS / 175 Nm kuasa dengan padanan transmisi CVT. Kadar penggunaan minyak pula adalah 7 liter / 100 km bagi enjin ini.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 04

Mahu lebih kuasa dan penjimatan? Pilihan enjin hybrid pada varian Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD menggunakan enjin 1.5 liter NA i-VTEC Direct Injection hybrid bersama Integrated High Power Motor yang digabungkan dengan transmisi Dual-Clutch 7-kelajuan. Output kuasa adalah sebanyak 152 PS190 Nm.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 05

Sebagai perbandingan, Proton X50 mencatatkan sebanyak 10.2 liter / 100 km dengan sesaran enjin yang lebih rendah. Honda HR-V menggunakan enjin yang telah tujuannya. Tidak lebih dan tidak kurang.

Kelebihan - Kabin dalaman yang praktikal

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 06

Bukan luaran sahaja yang menerima perhatian pada perincian kecil, kabin dalaman Honda HR-V juga turut menerima sentuhan yang sama. Ruang dan poket simpanan direka dengan bijak serta melengkapi kabin. Malah, ia turut dilengkapi dengan ruang pengecas.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 07

Jangan dilupakan juga Ultra Seat. Honda HR-V dilengkapi dengan Ultra Seat yang mampu memberikan ruang kabin yang paling besar dalam kelasnya. 437 liter kapasiti but belakang bukanlah kecil. Ia juga sebuah ciri yang penting buat keluarga.

Kelebihan - Kini dengan Android Auto dan Apple Carplay

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 08

Honda HR-V kemaskini 2021 ditambah dengan sistem infotainment dengan skrin 7 inci dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 09

Sebelum ini, Honda HR-V hanya menggunakan sistem infotainment yang bermutu rendah dan asas. Dalam rebiu Honda HR-V, kami melaporkan kekurangan ini dan kini, Honda HR-V dikemaskini dengan sistem infotainment yang baru!

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 10

Ulasan model 2019

Lebih menarik lagi, walaupun kemaskini ini adalah suatu peningkatan ciri, tiada sebarang peningkatan harga yang ditawarkan oleh Honda. Tak boleh dinafikan, Malaysia adalah salah satu pasaran penting buat Honda.

Kekurangan - Kurang selesa

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 11

Selepas memperbaiki kekurangan pada ciri infotainment, Honda HR-V masih perlu menangani isu yang lebih besar iaitu keselesaan pemanduan. 

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 12

Sistem suspensi yang sedikit lembut terasa berbuai apatah lagi ketika melalui permukaan yang lebih mencabar. Pengalaman duduk di baris penumpang juga adalah sama, SUV ini ditala sedikit lembut.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 13

Walaubagaimanapun, kendalian Honda HR-V sebenarnya agak memuaskan. Sayangnya, keselesaan pemanduan tidak mencapai standard yang sama.

Kekurangan - Penyaman udara

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 14

Perkara pertama yang perlu ditunjukkan adalah ketiadaan penyaman udara pada bahagian belakang. Hal ini sedikit kekok dengan Honda yang terkenal dengan praktikaliti.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 15

Kami memuji rekaan kabin dalaman Honda HR-V disebabkan oleh aspek praktikaliti namun masih terdapat kekurangan di sini. Corong penyaman udara dibina bersepadu dengan papan pemuka, terasa kurang sejuk dalam cuaca yang panas terik.

Kesimpulan

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 16

Honda HR-V kemaskini 2021 menangani sedikit masalah yang sebelum ini membuatkan pembeli berbelah bahagi. Ia adalah sebuah model serba boleh dan menepati kebanyakan ciri-ciri yang penting.

Kebaikan dan keburukan Honda HR-V 2021 - Hampir sempurna dengan sistem infotainment baru? 17

Walaupun terdapat ura-ura bahawa Honda HR-V generasi baharu akan dilancarkan tidak lama lagi, Honda HR-V sekarang lebih cenderung untuk bertahan dalam pasaran lebih lama. Honda HR-V adalah model ketiga laris dalam barisan produk Honda untuk tahun 2020.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda