window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda?

Mersita Β· Jun 29, 2020 05:55 PM

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 01

Bila 'start' enjin kereta, perkara pertama yang kebanyakan kita akan lihat dulu ialah lampu amaran kereta. Kadangkala kita nampak tanda amaran kereta menyala, tapi tahukah anda apa maksud simbol pada meter kereta anda? Jika anda langsung tak tahu maksud simbol pada meter kereta, jangan risau, kita tolong.

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 02

Tak mengejutkan bila ada yang selalu abaikan saja bila lampu amaran kereta dah berkelip atau menyala. Bila kereta rosak tiba-tiba, barulah nak kelam kabut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 01

Walaupun ada beberapa lampu amaran kereta yang nampak macam tak berapa penting, masih penting untuk anda tahu apa yang anda perlu lakukan jika ia menyala.

Selalunya, lampu amaran kereta menyala apabila satu atau lebih fungsi kereta anda bermasalah. Jika dibiarkan saja, masalah-masalah kecil boleh melarat dan menyebabkan anda perlu keluarkan belanja lebih untuk kos pembaikan nanti.

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 02

Dalam kebanyakan kereta, lampu amaran kereta akan menyala sekejap apabila enjin dipasang. Jika lampu tersebut masih menyala dalam tempoh masa yang panjang, sila bawa kereta anda untuk pemeriksaan di bengkel.

Dalam artikel ini, kami akan merungkai satu persatu maksud simbol pada meter kereta dan apa yang perlu anda lakukan apabila lampu amaran kereta kekal menyala. Jom belajar!

Lampu Merah, Kuning/Jingga dan Biru

Tahukah anda warna lampu amaran melambangkan tahap keseriusan masalah yang kereta anda hadapi?

Lampu amaran kereta warna MERAH memerlukan perhatian segera, manakala lampu amaran kereta KUNING/JINGGA menggambarkan masalah yang memerlukan servis tidak lama lagi.

Jika anda nampak lampu amaran kereta berwarna HIJAU atau BIRU, ini selalunya bermaksud beberapa fungsi kereta sedang terpasang atau sedang digunakan.

Simbol Amaran pada Meter Kereta

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 03

Sila rujuk visual bermula dari kiri ke kanan.

Battery Light (Lampu Bateri): Sistem elektrikal kereta telah kekurangan kuasa atau baterinya tidak dicas dengan betul. Ini selalunya bermaksud ada masalah pada bateri itu sendiri atau pada alternatornya.

Oil Pressure (Tekanan Minyak): Kehilangan tekanan minyak, bermaksud minyak pelincir enjin berada pada tahap rendah atau telah hilang sepenuhnya.

Brake System (Sistem Brek): Isu dengan brek. Anda juga mungkin akan nampak lampu yang tertulis “Brake”. Ini bermaksud samada brek tangan masih terpasang, cecair brek yang kurang, atau ada kesilapan pada sistem brek kereta.

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 04

Temperature (Suhu): Enjin tersebut telah, atau hampir-hampir terlebih panas. Anda juga mungkin akan nampak meter suhu dengan bahagian merah (H) pada tahap yang paling tinggi.

Parking (Parkir): Brek tangan atau electronic parking brake (EPB) anda sedang terpasang.

Airbag Warning (Amaran Beg Udara): Beg udara tidak berfungsi, atau ada masalah pada sistemnya.

Simbol-simbol Keselamatan pada Meter Kereta

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 05

Check Engine (Periksa Enjin): Inilah simbol pada meter kereta yang paling terkenal. Ia menandakan yang enjin kereta mempunyai masalah operasi. Kadang-kadang, akan timbul perkataan “CHECK” atau “CHECK ENGINE” di sebelah simbol enjin ini, ataupun ia mungkin keluar sebagai satu perkataan tanpa sebarang simbol.

Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) / (Sistem Pengesanan Tekanan Tayar): Selalunya dipadatkan pada kereta kelas-atas, simbol ini muncul apabila satu atau lebih tayar anda mempunyai tekanan rendah. Ia selalunya berwarna merah atau kuning.

Traction Control (Kawalan Cengkaman): Jika lampu menyala atau berkelip, ia bermaksud sistem telah diaktifkan untuk keselamatan anda.

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 06

Traction Control Off (Kawalan Cengkaman Off): Sistem telah dinyahaktif secara manual, selalunya muncul semasa senario off-road atau pemanduan berprestasi tinggi di trek. Untuk pemanduan normal, jangan tutup/off traction atau kawalan stabiliti.

Anti-Lock Braking (Brek Anti-Kunci): Ada masalah pada sistem brek anti-kunci, memerlukan pemeriksaan profesional untuk dibaiki.

Simbol 4x4 pada Meter Kereta

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 07

4x4 Engaged: Trak anda kini pada mod 4x4, samada dalam 4L (4 Low) atau 4H (4 High). Jangan gunakan 4L atau 4H semasa memandu dalam keadaan normal.

4x4 Diff Lock Engaged: Apabila punat/butang ini dipasang, ia mengunci kedua-dua tayar hadapan dan belakang untuk pembahagian tork sama rata antara gandar depan dan belakang. Aktifkan ciri ini hanya untuk pemanduan off-road yang ekstrim.

Rumusan Lampu Amaran Kereta & Maksud Simbol pada Meter Kereta

Kenali lampu amaran kereta: Apakah maksud simbol pada meter kereta anda? 08

Ada banyak lagi simbol-simbol amaran pada meter kereta diluar sana berbanding apa yang kami dapat nyatakan disini. Tapi, lampu amaran kereta dan simbol pada meter kereta yang penting dan sering ditemui sudah kami senaraikan di atas.

Sila rujuk panduan kereta masing-masing untuk dapatkan info yang lebih spesifik - terutama sekali untuk kereta moden kelas atasan yang didatangkan dengan sistem elektronik lebih rumit dimana ia memerlukan jagaan dan perhatian lebih banyak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda