Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback?

Zamil Syaheer · Mar 15, 2021 07:00 PM

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 01

Buat masa kini, hanya Singapura sahaja negara dalam rantau ini yang mendapat Honda Jazz generasi ke-4 serba baru (kod casis GR).

Negara-negara Asia Tenggara lain bakal menamatkan penjualan Honda Jazz terkini (kod casis GK5) dan menggantikannya dengan Honda City Hatchback.

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Negara Thailand dan Indonesia sudahpun melancarkan City Hatchback. City Hatchback untuk pasaran Thailand dikuasakan oleh enjin 1.0 liter 3 silinder bercas turbo yang rendah emisi, menghasilkan 122 PS dan 173 Nm untuk untuk mematuhi peraturan Kerajaan Eco Car Phase 2, sementara Indonesia menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural dengan 121 PS dan 145 Nm yang diambil dari City sedan.

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 01

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT, tetapi pembeli di Indonesia mempunyai pilihan transmisi 6 kelajuan manual.

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 02

Model ini akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, dengan enjin 1.5 liter aspirasi natural dari City sedan.

Juga baca: Honda City hatchback 2021 sah hadir ke Malaysia, tiada lagi Honda Jazz!

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 03

Rakyat Malaysia masih lagi berbelah lagi dengan keputusan Honda untuk menggantikan Jazz yang tercinta dengan City Hatchback, tetapi kami faham bahawa ini adalah keputusan serantau yang harus dipatuhi oleh Honda Malaysia.

Bagaimana pengedar Honda Singapura iaitu Kah Motor dapat memilih Jazz?

Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 04

Orang Jepun takde hal kereta pakai penutup roda plastik.

Sebabnya mudah sahaja. Berbanding Thailand, Indonesia, ataupun Malaysia, pasaran kereta di Singapura adalah terbuka. Struktur cukai kenderaannya hanya melihat dua perkara - kapasiti enjin dan output kuasa.

Singapura tidak memiliki keutamaan khusus untuk mana-mana negara perdagangan (untuk penjualan kereta), jadi Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) tidak relevan.

Tidak menjadi masalah jika kereta diimport dari Thailand atau Jepun, tidak ada perbezaan cukai.

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 05

Negara-negara lain di blok perdagangan ASEAN mengamalkan beberapa bentuk perlindungan (protectionism).

Sebagai contoh, walaupun Malaysia menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas AFTA dan Jepun-ASEAN serta telah memaksimumkan duti import untuk kereta yang datang dari Jepun dan negara-negara ASEAN yang lain, ia tetap mengenakan duti eksais yang tinggi pada setiap kereta penumpang yang diimport (kenderaan komersial seperti trak pikap dan van dikecualikan).

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 06

Sebab lain pula adalah kerana orang Singapura lebih cenderung memilih kereta buatan Jepun. Pengimport kereta di Singapura mampu menjual banyak unit model recond, walaupun model yang sama juga ditawarkan oleh pengimport rasmi, cuma ianya diimport dari Thailand.

Walaupun model recond yang dibawa masuk selalunya kurang dari segi ciri dan kelengkapan (Jazz recond yang dijual di Singapura menggunakan enjin 1.3 liter yang lebih kecil), tetapi banyak sahaja permintaan di pasaran.

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 07

Buat masa kini, City Hatchback hanya dipasang di Thailand dan Indonesia. Kilang Honda Malaysia Pegoh bakal menyertai senarai tersebut.

Tambahan pula, Singapura adalah negara kota metropolis – bermakna tingkah laku pembeli di sana agak serupa dengan Jepun, jadi gaya kontroversial Jazz yang baru mungkin dapat diterima di sana daripada di sini.

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 08

Reka bentuk Toyota Sienta kurang digemari di sini, tetapi ianya amat popular di Singapura.

Kejayaan model seperti Toyota Sienta, dimana ianya sebuah gagal secara komersial disini menunjukkan bahawa rakyat Singapura suka kereta kecil yang praktikal (senang nak masuk parkir), dan juga mereka lebih menerima reka bentuk yang comel.

Juga baca: Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora?

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 09

Selain daripada itu, tinjauan baru-baru ini oleh penerbitan Jepun menunjukkan bahawa 77 peratus pengguna Jepun menyukai Honda City Hatchback kerana bagi mereka, ia adalah pengganti rohani bagi Honda Civic generasi pertama, kerana Civic terkini terlalu besar dan mahal.

Juga baca: 77% orang Jepun melihat Honda City Hatchback sebagai pengganti Honda Civic generasi pertama!

Kenapa Singapura dapat Honda Jazz, tapi negara Asia Tenggara lain dapat City Hatchback? 10

Gaya Honda Civic generasi pertama boleh dilihat pada Honda E, tetapi 'semangat' kereta ini ada pada City Hatchback.

Konsep kereta yang asas, mampu milik, senang dijaga, serta seronok untuk dipandu ada pada Honda Civic yang asal. Pengguna di Jepun melihat kesemua nilai tersebut pada Honda City Hatchback. Macam biasalah, kita mesti inginkan benda yang kita tidak boleh dapat, betul tak?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru