window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting?

Mersita · Aug 27, 2020 06:00 PM

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 01

Seekor kuda sebenar bukannya menghasilkan 1 kuasa kuda. Ia menghasilkan kira-kira 14.5 kuasa kuda. Pening dah? Unit standard bagi kuasa sepatutnya dipanggil Watt (W) atau kilowatt (kW). Ia dipanggil “kuasa kuda” hanya kerana ia lebih seronok disebut. Ia juga satu panggilan yang digemari oleh peminat-peminat kereta muda yang nak ‘gebang’ dengan kawan-kawan apabila bersembang tentang supercar idaman masing-masing. Tork pula, lain ceritanya.

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 02

Iklan tipu. Mana ada kuda dalam enjin. Buat lawak untuk budak-budak boleh lah..

Iklan Honda City RS baru-baru ini memperlihatkan angka tork yang agak tinggi untuk kereta sedan bandar itu. Anda mungkin terfikir, "Apa yang orang kecoh sangat pasal tork ni?" "Penting sangat ke?" "Adakah ia boleh meningkatkan tahap pengalaman pemanduan saya?" Jawapan mudahnya, ya. Tapi, jom kita lihat dan kaji lagi subjek tork ini dengan lebih mendalam.

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 03

S: Apa itu tork (torque)?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

J: Tork ialah daya kilasan atau momen daya, dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil ‘twisting force’. Jika anda ingat lagi subjek dalam kelas fizik di sekolah dulu, ia adalah kecenderungan untuk daya (force) memutar objek pada suatu paksi. Secara matematiknya, ia adalah daya yang didarab silang dengan panjang lengan tuas yang menyebabkan putaran.

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 01

Jom lihat dari perspektif yang lebih mudah. Anda menggunakan tork apabila hendak membuka penutup balang kaca seperti bekas mentega kacang di atas. Jika dibandingkan dengan tangan kanak-kanak berusia 10 tahun, tangan dewasa anda boleh menjana lebih tork. Lagi ketat penutup balang tersebut, lagi banyak tork yang perlu anda gunakan untuk membukanya.

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 02

Bagi sesebuah kereta, lebih tork bermaksud enjin tersebut boleh menjana daya kilasan yang lebih tinggi untuk memusingkan roda kereta - membuatkannya lebih cekap untuk dipandu di dalam situasi mencabar seperti mendaki bukit, pemecutan tangkas, dan juga semasa kenderaan berat muatan.

S: Adakah tork yang lebih tinggi meningkatkan tahap pemacuan?

Jawapan mudahnya, ya.

S: Apa itu kuasa kuda (horse power)?

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 03

Gambar: carbuyer.co.uk

Seperti yang kami nyatakan tadi, unit SI untuk kuasa ialah Watt, iaitu hasil kuasa bagi setiap unit masa, iaitu Joules bagi setiap saat, iaitu joule meter Newton setiap saat…dan seterusnya. Senang cerita, maksudnya adalah KUASA. Dan lebih KUASA maksudnya lebih KELAJUAN. Nak lagi laju? Dapatkan lebih kuasa kuda. Settle.

S: Apakah perbezaan antara tork dan kuasa kuda?

Dalam bahasa saintifiknya, tork diukur dalam N.m, dan kuasa pula diukur dalam Nms-1. “N.m” dan “Nm” maksudnya berbeza. Anda tak boleh bahagikan tork dengan masa dan dapatkan kuasa. Ia tidak berfungsi begitu. Tapi, dalam istilah awam, singkatan ini telah boleh ditukarganti.

“Nm” ialah daya didarab dengan jarak yang digerakkan, juga sama dengan Joules.

“N.m” ialah daya didarab silang dengan panjang lengan tuas (kita akan ceritakan hal ini dengan lebih terperinci dalam entri lain).

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 04

Serahkan saja pada pakar untuk cubaan langgar dinding

Dalam erti kata lain, kuasa ialah tentang betapa lajunya sebuah kereta boleh melanggar dinding manakala tork pula ialah berapa jauh anda boleh bawa dinding tersebut selepas melanggarnya. Tapi, jangan pula pergi langgar dinding untuk buktikan perkara ini dengan Honda City RS baru anda.

S: Berapa banyak tork yang boleh dihasilkan Honda City RS?

J: 253 Nm dari motor elektriknya sahaja.

S: Dah tu, apa fungsi enjin 1.5 liter yang ada?

J: Enjin 1.5 liter tersebut (unit DOHC yang baru, menggantikan unit SOHC yang sebelumnya) menghasilkan 98 PS kuasa (5,600 – 6,400 rpm) dan 127 Nm tork (4,500 – 5,000 rpm). Pada kelajuan rendah, enjin tersebut hanya menjana elektrik untuk bateri dan motor elektrik. Pada kelajuan tinggi, pek klac diaktifkan dan ini membolehkan enjin tersebut untuk memacu tayar secara langsung.

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 05

Motor elektriknya hanya boleh menjana 253 Nm tork antara 0 hingga 3,000 rpm dan ini cukup bagus untuk menaikkan kelajuan kereta. Perlu diingatkan yang ini adalah motor dan 3,000 rpm sudah mencukupi dan ia tidak boleh dibandingkan dengan rpm enjin pembakaran.

Pada kelajuan lebih tinggi, enjin 1.5 liter tersebut akan memacu roda secara langsung, tanpa memerlukan transmisi automatik yang biasa.

S: Ni dah cukup banyak?

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 06

Dibandingkan dengan kereta ‘naturally aspirated’ biasa, ya. Tapi, memandangkan tork dari City RS datang dari motor elektrik, perbandingan setara dari segi angka tork bagi City RS sepatutnya adalah dengan kereta elektrik penuh. Kereta elektrik atau EV memang dikenali dengan angka tork yang tinggi dengan penghantaran terus. City RS sememangnya tak jauh bezanya daripada kenderaan elektrik bateri atau BEV.

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 07

S: Adakah tork yang lebih banyak itu bagus?

J: Ya. Pecutan yang lebih segera dan pantas memudahkan pergerakan memotong dan ini lebih selamat bagi anda dan pengguna jalanraya yang lain.

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 08

Kalau anda tak masuk balik selepas memotong kenderaan, tork banyak mana sekalipun tak boleh selamatkan anda

S: Ada tak kereta bukan hibrid yang mempunyai tork sebanyak Honda City RS?

J: Untuk memerah lebih kuasa dari sebuah enjin, pengecas turbo selalunya amat membantu. Honda Accord Turbo 1.5 mampu menjana lebih kurang 260 Nm tork.

Enjin diesel pun boleh menjana angka tork yang baik juga. Turbo diesel B37 1.5 liter BMW boleh menjana 270 Nm tork di antara 1,750 hingga 2,250 rpm.

S: Oleh itu, adakah sistem hibrid sama seperti memiliki pengecas turbo?

J: Tidak. Motor elektrik dalam sistem hibrid mampu memberi tork serta-merta. Pengecas turbo tidak secepat ini. Honda City RS bukanlah hibrid biasa yang anda kenali, dan kami akan bincangkan hal ini dalam entri lain nanti.

S: Maksudnya, saya boleh tapau kereta lain dengan City RS?

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 09

J: Selalunya, ya. Walaupun ia bukan kenderaan elektrik penuh, Honda City RS akan memberikan anda gambaran bagaimana kereta elektrik memacu. Ini mungkin perkara yang kurang senang didengari oleh pemilik kenderaan elektrik yang sebenar, tapi dengan pacuan yang hampir sama, Honda City RS secara amnya seperti Tesla Model 3 yang sangat mampu-milik.

Ringkasannya

Kuasa kuda vs. Tork: Adakah tork itu penting? 10

Tork lebih tinggi membolehkan kereta anda untuk mendaki dengan lebih baik, membawa muatan lebih besar, dan memecut dengan lebih baik. Angka tinggi semata-mata tidak mencukupi. Penghantaran tork haruslah diberi serta-merta untuk pengalaman pemanduan yang terbaik. Dalam beberapa situasi, tork yang lebih tinggi boleh menyelamatkan nyawa. Dari segi tork lawan kuasa kuda, tork membolehkan anda menangani masalah muatan berat, manakala kuasa pula penting untuk kelajuan. Bagi menjawab soalan tajuk entri kali ini, jawapannya mudah – ya, tork memang penting.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda