window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-3 2022 dilancar di Malaysia, harga dari RM 131,929 - pengecas 'wireless', warna baru

Mersita Β· Mar 26, 2022 02:00 PM

Mazda CX-3 2022 dilancar di Malaysia, harga dari RM 131,929 - pengecas 'wireless', warna baru 01

  • Mazda CX-3 2022 kini boleh ditempah dengan harga bermula RM 131,929
  • Apa yang baru? Qi Wireless Charging, skrin infotainment 8 inci, warna Platinum Quartz baru
  • Spesifikasi lain masih sama, harga dengan diskaun SST masih sah 3 bulan lagi

Bermaz Motor, pengedar rasmi model Mazda di Malaysia, baru sahaja memperkenalkan Mazda CX-3 2022 yang didatangkan dengan beberapa pembaharuan menarik. Seperti yang terdahulu, SUV crossover kompak ini diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU).

Harga jualan Mazda CX-3 2022 terbaru bermula dari RM 131,929 (termasuk diskaun cukai SST 50% bagi kereta CBU, sah sehingga 30 Jun 2022) - naik hanya RM 929 dari model terdahulu.

Mazda CX-3 2022 dilancar di Malaysia, harga dari RM 131,929 - pengecas 'wireless', warna baru 02

Qi Wireless Charger dalam Mazda CX-3

Kelengkapan terbaru dalam Mazda CX-3 2022 termasuklah Qi Wireless Charger untuk mengecas telefon bimbit dengan mudah dan infotainment berskrin sentuh yang lebih besar bersaiz 8 inci (berbanding 7 inci pada model terdahulu).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda CX-3 2022 dilancar di Malaysia, harga dari RM 131,929 - pengecas 'wireless', warna baru 01

Spesifikasi lain bagi Mazda CX-3 kekal sama – antaranya penggayaan hadapan dengan lampu LED, G-Vectoring Control, kamera undur 360 darjah sebagai standard, bumbung suria elektronik, berserta kelengkapan keselamatan ADAS seperti High Beam Control (HBC), Blind Spot Monitoring (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Driver Attention Alert (DAA) with Driver Monitoring, Smart City Brake Support (SCBS) dan Lane Departure Warning System (LDWS).

Trenkuasa dengan enjin 2.0 liter Skyactiv (156 PS, 206 Nm) dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan kekal sama.

Mazda CX-3 2022 dilancar di Malaysia, harga dari RM 131,929 - pengecas 'wireless', warna baru 02

Warna baru Mazda CX-3 2022 - Platinum Quartz Metallic

Baca juga: Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000

Mazda CX-3 2022 datang dengan 6 pilihan warna: Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Polymetal Gray, Deep Crystal Blue, dan pilihan warna baru iaitu Platinum Quartz Metallic seperti yang ditambah pada Mazda CX-30 pada bulan lalu.

Mazda CX-3 2022 dilancar di Malaysia, harga dari RM 131,929 - pengecas 'wireless', warna baru 03

Semua kenderaan Mazda (kecuali Mazda BT-50) didatangkan dengan waranti pengilang dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (termasuk upah buruh, alat ganti dan pelincir) atau had jarak tempuh 100,000 km (mana-mana yang datang dahulu).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-3 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda