window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Motors servis kereta di rumah anda dengan perkhidmatan Mobile Service Unit baru

Mersita · Jun 21, 2023 12:30 PM

Mitsubishi Motors servis kereta di rumah anda dengan perkhidmatan Mobile Service Unit baru 01

Semakin banyak pengeluar kereta yang menawarkan perkhidmatan servis kereta bergerak dan kini Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) merupakan yang terbaru untuk menawarkan kemudahan bagi pelanggannya dengan membawa kru servis kereta ke rumah pelanggan menerusi Mobile Service Unit.

Mitsubishi Motors servis kereta di rumah anda dengan perkhidmatan Mobile Service Unit baru 02

Menurut video yang dikongsi MMM di Facebook rasminya, antara perkhidmatan yang disediakan oleh unit servis kereta bergerak ini termasuklah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Penyenggaraan/servis berkala
  • Kemaskini perisian kenderaan
  • Diagnostik/pemeriksaan
  • Tuntutan waranti
  • Perkhidmatan panggil-semula (recall), contohnya isu beg udara Takata
  • Ganti bateri baru
  • Bantuan kereta rosak tepi jalan

Perkhidmatan servis kenderaan bergerak oleh Mitsubishi ini akan menghantar mekanik pakar bertauliah daripada MMM yang membawa peralatan ke rumah anda menaiki trak pikap popular Mitsubishi Triton.

Mitsubishi Motors servis kereta di rumah anda dengan perkhidmatan Mobile Service Unit baru 01

Anda boleh jangkakan warna pelekat yang berbeza pada unit yang akan digunakan pada Triton tempatan dengan merujuk kepada video dikongsikan MMM di laman Facebooknya.

Gambar yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan unit diperkenalkan oleh Mitsubishi Motors Thailand. Berbeza dengan negara jiran itu yang menggunakan Triton single cab plus, unit tempatan yang digunakan akan berdasarkan Triton double cab biasa.

Mitsubishi Motors servis kereta di rumah anda dengan perkhidmatan Mobile Service Unit baru 02

Versi Thai, Triton single cab plus.

Ruang simpanan/bed di belakang Triton ini digantikan dengan kanopi kaca gentian buatan khas untuk menyimpan pelbagai peralatan dan mesin yang diperlukan untuk menyenggara kenderaan Mitsubishi bagi perkhidmatan bergerak ini.

Mitsubishi Motors servis kereta di rumah anda dengan perkhidmatan Mobile Service Unit baru 03

Unit Thai yang ditayangkan ini nampaknya berkebolehan dalam menjalankan ‘balancing’ tayar di lokasi penyenggaraan.

MMM menyasarkan pemilik persendirian dan ‘fleet operator’ yang menggunakan kenderaan Mitsubishi sebagai pengguna utama perkhidmatan servis bergerak ini bagi mengurangkan masa menunggu dan operasi, selain meningkatkan perkhidmatan selepas-jualan syarikat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda