window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Outlander 2022 diacah, debut global 16 Febuari nanti!

Mersita · Jan 26, 2021 11:59 AM

Mitsubishi Outlander 2022 diacah, debut global 16 Febuari nanti! 01

Kehadiran Mitsubishi Outlander generasi keempat terasa semakin hampir apabila Mitsubishi Motors mengeluarkan video acah SUV tersebut kelmarin – menonjolkan Outlander serba baru berceloreng beraksi di jalan basah dan bersalju.

Video acah tersebut jelas menunjukkan kegagahannya dan kehebatan teknologi baharunya iaitu Super All-Wheel Control (S-AWC) dengan platform yang dipertingkatkan, dengan slogan “Tested To Be Tough”. Video acah itu juga mengumumkan tarikh debut globalnya iaitu pada 16 Febuari nanti, 6 p.m. EST melalui strim langsung.

Mitsubishi Outlander 2022 diacah, debut global 16 Febuari nanti! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambar Outlander generasi baru tanpa stiker samaran pernah tular seperti yang kami laporkan di sini. Ia menonjolkan rupa bentuk yang lebih moden dan berbeza daripada Outlander generasi sekarang yang sudahpun berada di pasaran sejak tahun 2014. Mitsubishi Motors juga memberitahu yang Outlander serba baru ini nanti akan bersaiz lebih besar dari model sebelumnya.

Mitsubishi Outlander 2022 diacah, debut global 16 Febuari nanti! 01

Rupa hadapan Outlander generasi seterusnya ini dikemasi dengan dua bahagian lampu dan gril Dynamic Shield, sama seperti Xpander sebelum facelift. Bahagian belakangnya juga tampak lebih agresif dan sasa dengan rekaan lampu brek yang futuristik.

Mitsubishi Outlander 2022 diacah, debut global 16 Febuari nanti! 02

Dari segi tren kuasa, Mitsubishi Outlander 2022 dijangka hadir dengan enjin 2.5L yang turut digunakan pada Nissan Rogue baru. Varian PHEV pula dijangka menggunakan enjin 2.4L hibrid.

Lihat video acah Mitsubishi Outlander 2022 di bawah!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda