window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Netizen mengganas, Kes Toyota Vellfire 'koyak rabak' dihimpit bas akibat parkir merata raih pelbagai reaksi

Faisal Β· Jun 7, 2022 01:00 PM

Netizen mengganas, Kes Toyota Vellfire 'koyak rabak' dihimpit bas akibat parkir merata raih pelbagai reaksi 01

Tangkap layar.

Baru-baru ini, tertular satu klip video dari TikTok @ayin8686 yang memaparkan sebuah Toyota Vellfire yang bahagian tepinya koyak rabak akibat disondol oleh bas. Kalau anda nak tahu, yang menjadi punca adalah pemandu MPV itu sendiri kerana meletak kenderaan sesuka hati di kawasan larangan parkir.

@ayin8686 Hati semua sahabat#kamibudakbarubelajar #pilotdaratmalaysia #abgpilotdarat ♬ Singkong & Keju Cover - akhmal.dniel

Sebelum itu, sebuah bas yang hendak lalu tetapi tidak muat pula bertindak berani dengan menghimpit sahaja MPV tersebut.

Apapun, kejadian yang dipercayai berlaku di pusat membeli-belah Mid Valley ini telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen terutama dari laman sosial Twitter.

Netizen mengganas, Kes Toyota Vellfire 'koyak rabak' dihimpit bas akibat parkir merata raih pelbagai reaksi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antaranya berbunyi “Harap pakai kereta besar tapi otak langsung tak berfungsi”.

Pemilik akaun @matayen99 pula berkata “Bagus kena macam ini, biar beringat sikit pada pemandu yang suka susahkan orang lain, ingat jalan dia boleh parkir suka hati, tepuk tangan aku tengok insiden macam ini”.

Satu lagi komen lucu berbunyi “Nasib baik bas, kalau lori kontena ke mahu jadi kancil dibuatnya, kalau aku la, bawa lori simen, tuang atas kereta, nak parkir sangat tempat dilarang parkir”.

Netizen mengganas, Kes Toyota Vellfire 'koyak rabak' dihimpit bas akibat parkir merata raih pelbagai reaksi 01

Kalau anda perasan, rata-rata daripada mereka berpuas hati dengan kesan yang diterima oleh pemandu Vellfire tersebut. Maklumlah, meletak kenderaan sampai menyusahkan orang lain kan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda