window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota 'recall' 50,983 unit Toyota Alphard & Vellfire, model recond dari 2017 terlibat!

Faisal · Jul 9, 2021 06:30 PM

Toyota 'recall' 50,983 unit Toyota Alphard & Vellfire, model recond dari 2017 terlibat! 01

Satu pemanggilan semula ataupun ‘recall’ secara global sedang dilaksanakan oleh Toyota terhadap model Alphard dan Vellfire berkenaan ciri idle stop, iaitu enjin yang akan dimatikan apabila kereta berhenti bagi menjimatkan minyak.

Toyota 'recall' 50,983 unit Toyota Alphard & Vellfire, model recond dari 2017 terlibat! 02

Fungsi idle stop yang disebutkan berhadapan dengan isu yang mana cas bateri kenderaan boleh menurun secara pramatang akibat program kawalan yang tidak tepat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota 'recall' 50,983 unit Toyota Alphard & Vellfire, model recond dari 2017 terlibat! 01

Kesannya, suhu bateri boleh menjadi terlalu panas apabila idle stop berfungsi pada jangka masa lama. Secara tidak langsung, bateri tidak dapat dicas secara optimum. Perkara ini boleh menyebabkan enjin gagal untuk dihidupkan sewaktu kereta perlu bergerak semula.

Setakat ini, ia tidak membabitkan sebarang kemalangan. Buat masa sekarang, sebanyak 22 unit telahpun dilaporkan.

Toyota 'recall' 50,983 unit Toyota Alphard & Vellfire, model recond dari 2017 terlibat! 02

Toyota Alphard dan Vellfire yang terlibat adalah model yang dihasilkan dari 13 Disember 2017 hingga 29 April 2021.

Secara terperinci, model yang terlibat boleh dilihat dalam rajah berikut:

Toyota Alphard & Vellfire yang terlibat
Nombor casis/VIN Tempoh produksi Bilangan unit
AGH30-0157364 -
AGH30-0378877
13/12/2017 - 29/4/2021 4,554
AGH30-9000002 -
AGH30-9033255
25/3/2020 - 29/4/2021 448
AGH35-0023190 -
AGH35-0050602
13/12/2017 - 11/6/2021
 
25,745
GGH30-0020908 -
GGH30-0041705
14,367
GGH35-0006721 -
GGH35-0012899
5,869

Bagi unit yang terlibat, Toyota akan mengubah suai komputer kawalan enjin dan komputer idle stop. Malah kalau perlu, penebat haba untuk bateri juga akan digantikan. Sebagai langkah tambahan, cas bateri akan turut diperiksa. Kalau ada sebarang isu, bateri tersebut akan digantkan dengan yang baru.

Toyota 'recall' 50,983 unit Toyota Alphard & Vellfire, model recond dari 2017 terlibat! 03

Apapun, model rasmi dari UMW Toyota TIDAK terlibat sama sekali kerana komponen yang digunakan adalah berlainan. Untuk anda yang membeli dari pasaran recond, segera dapatkan maklumat lanjut dari wakil jualan anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda