window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemulihan pantas jualan Toyota dan Perodua pacu badan auto UMW Group hingga 64 peratus

Mersita · Nov 12, 2021 01:00 PM

Pemulihan pantas jualan Toyota dan Perodua pacu badan auto UMW Group hingga 64 peratus 01

Jualan automotif UMW Group melonjak 63.8 peratus kepada 36,358 unit pada Oktober 2021 berbanding 36,358 unit terjual pada September 2021. Pertumbuhan mantap ini berjaya dicapai disebabkan oleh pemulihan kuat dalam jualan Toyota (termasuk Lexus) dan kenderaan Perodua di Malaysia.

UMW Toyota Motor (UMWT) merekodkan jualan 8,500 unit pada Oktober 2021, 5.8 peratus lebih tinggi berbanding 8,033 unit terjual pada September 2021.

Pemulihan pantas jualan Toyota dan Perodua pacu badan auto UMW Group hingga 64 peratus 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios kekal menjadi model paling laris jenama itu bagi Oktober 2021, diikuti Hilux dan Yaris. Tahun hingga kini (YTD) Oktober 2021, UMWT menjual 54,618 unit, 24.7 peratus lebih tinggi berbanding 43,807 unit direkodkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Pemulihan pantas jualan Toyota dan Perodua pacu badan auto UMW Group hingga 64 peratus 01

Jualan dijangka akan melonjak lebih tinggi dalam bulan-bulan mendatang memandangkan syarikat itu akan memulakan penghantaran Toyota Hilux baru yang dinaiktaraf, Fortuner dan Innova, termasuk sekali varian Toyota Corolla Cross Hybrid yang dipasang tempatan.

Disamping itu, syarikat sekutu UMW iaitu Perodua berjaya merekodkan jualan bulanan tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 27,858 unit pada Oktober 2021, naik 96.7 peratus dari 14,160 unit direkodkan pada September 2021.

Pemulihan pantas jualan Toyota dan Perodua pacu badan auto UMW Group hingga 64 peratus 02

Perodua Myvi menjadi model paling laris dalam bulan tersebut, diikuti Axia dan Bezza. Dari segi pengeluaran, Oktober 2021 juga menyaksikan jumlah kenderaan paling tinggi pernah dihasilkan dalam masa sebulan iaitu 29,803 unit. Bagi sepuluh bulan pertama tahun ini, Perodua telah menghantar sejumlah 146,951 unit kereta, 14.5 peratus lebih rendah berbanding 171,861 unit direkodkan dalam tempoh sama pada tahun 2020 – sebahagian besarnya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dan sebahagiannya disebabkan kekurangan bekalan cip semikonduktor.

Perodua akan melancarkan Perodua Myvi baru 2022 facelift minggu hadapan, yang dikhabarkan akan berlangsung pada 18 November. Model Myvi baru ini akan memaparkan kotak gear automatik CVT dan kelengkapan ADAS dipertingkatkan yang kini dikategorikan di bawah Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda