window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Top_pc', [ [ 728, 90 ] ], 'div-gpt-ad-1677034384063-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1677034384063-0'); });

Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang?

Faisal ยท Nov 16, 2020 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Namun begitu, metodologi baharu untuk tahun 2021-2025 akan diumumkan. Sekiranya Perodua mahu mengekalkan taraf tersebut, mereka perlu menambah ciri amaran titik buta (BSM).

Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang? 01

Proton X50 masih mampu mengekalkan taraf 5-bintang dibawah metodologi terbaru

Sejak laporan pertama ASEAN NCAP pada tahun 2013, metodologi telah dikemaskinikan pada tahun 2017 dimana ia melibatkan 3 penilaian yang baru iaitu Adult Occupant Protection (AOP), Child Occupant Protection (COP), dan Safety Assist Technology (SAT).

Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang? 02

Penilaian keempat iaitu Motorcyclist Safety akan dirasmikan di dalam metodologi terbaru yang akan berkuat kuasa pada tahun 2021. Berdasarkan laporan mereka, penunggang motosikal merangkumi 80% daripada pengguna jalan raya di negara ASEAN.

Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang? 03

Untuk maklumat anda, pengguna motosikal menyumbang kepada kadar kemalangan dan kematian yang tertinggi. Maka itu, ASEAN NCAP percaya bahawa ciri keselamatan seperti amaran titik buta boleh mengurangkan kadar kecelakaan terutama kepada pengguna motosikal.

Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang? 04

Dalam erti kata lain, kenderaan tersebut perlu hadir dengan ciri amaran titik buta untuk mendapat penarafan keselamatan 5-bintang untuk metodologi ASEAN NCAP yang terbaru pada tahun hadapan.

Ciri keselamatan ini akan menjadi satu kewajipan selain daripada brek kecemasan automatik (AEB), beg udara di sisi, dan amaran pemakaian tali pinggang.

Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang? 05

Selain daripada Myvi, Perodua Aruz juga perlu hadir dengan ciri amaran titik buta pada kemaskini yang seterusnya untuk mengekalkan taraf ASEAN NCAP 5-bintang. Ciri ini sebenarnya hadir pada saudara kembarnya iaitu Toyota Rush. Maka itu, tidak mustahil untuk ciri ini didatangkan pada Perodua Aruz kelak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda