window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 jadi kenderaan rasmi polis Kenya, rakyat Malaysia beri reaksi positif

Haris · Nov 22, 2021 09:20 AM

Proton X70 jadi kenderaan rasmi polis Kenya, rakyat Malaysia beri reaksi positif 01

Keputusan jabatan Polis Negara Kenya (Kenya National Police Service) untuk menjadikan model Proton X70 dari Malaysia sebagai kereta polis rasmi jabatan berkenaan telah menimbulkan reaksi positif daripada kebanyakan warganegara Malaysia. Model SUV segmen C tersebut merupakan antara model mercu yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan.

Pihak Simba Corporation, syarikat di sebalik Proton Kenya telah menyiarkan pengumuman tersebut pada hari Jumaat, 19 November melalui laman Facebook rasminya dengan memuatnaik beberapa gambar yang menampilkan kenderaan baharu itu dalam seragam polis Kenya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X70 jadi kenderaan rasmi polis Kenya, rakyat Malaysia beri reaksi positif 01

Syarikat itu turut mengesahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 30 unit SUV Proton X70 yang telah diserahkan kepada jabatan Polis Negara Kenya.

"Proton X70 akan membawa gaya terbaik, kestabilan hebat, dan keselesaan kepada Perkhidmatan Polis Negara semasa mereka melaksanakan mandat mereka," tambah Proton Kenya melalui kapsyen Facebook mereka.

Proton X70 jadi kenderaan rasmi polis Kenya, rakyat Malaysia beri reaksi positif 02

Reaksi warganet, khususnya dari Malaysia kebanyakannya menyambut baik keputusan polis Kenya untuk menggunakan Proton X70 sebagai kenderaan rasmi. Malah, ada juga yang memuji warna seragam Proton X70 Polis Kenya kerana tampil unik dan berbeza berbanding model yang ada di Malaysia.

Proton X70 jadi kenderaan rasmi polis Kenya, rakyat Malaysia beri reaksi positif 03

Model yang digunakan oleh pihak polis Kenya tidak diwar-warkan, namun berdasarkan rekaan rim 17-inci biasa tersebut, mungkin sekali ia merupakan model biasa. Perincian lain yang dapat dilihat adalah ketiadaan bumbung suria yang merupakan ciri standard untuk Proton X70 yang dijual di Kenya. 2 petanda tersebut seolah-olah memberi petunjuk bahawa model Proton X70 pihak polis Kenya merupakan model khas yang dibawa dengan ciri kelengkapan yang sedikit rendah berbanding model pasaran.

Projek pemasangan tempatan Proton (CKD) dilakukan di Associated Vehicle Assemblers (AVA) di Miritini, Mombasa County yang dilancarkan oleh Presiden Kenya, Presiden Uhuru Kenyatta.

Baca: Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda