window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry?

Faisal · Aug 13, 2020 04:15 PM

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 01

Sekiranya anda membaca ini, anda mungkin masih terbuka dengan idea sebuah sedan segmen D seperti Volkswagen Passat berbanding SUV. Namun begitu, peminat kenderaan seperti kita ingin mengucapkan penghargaan kepada anda kerana masih memberi harapan dan peluang kepada kenderaan jenis sedan.

Volkswagen Passat telah dikemaskini pada awal tahun ini. Varian 1.8 TSI dan 2.0 TSI telah digugurkan dan diganti dengan satu varian sahaja iaitu 2.0 TSI Elegance.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada peringkat global, 2.0 TSI mempunyai 2 talaan - 190 PS dan 272 PS; hampir seperti model R dengan pacuan semua roda "4Motion". Harganya mungkin lebih dari RM 200k sekiranya dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Walau bagaimanapun, Volkswagen Passenger Cars Malaysia telah memilih varian yang sangat rasional iaitu varian 190 PS.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 01

Bahagian luaran - Perubahan yang tidak ketara

Tidak ada perubahan ketara dalam model facelift ini. Ini merangkumi perubahan pada bampar hadapan dan belakang, lampu hadapan dan belakang, roda yang baru, dan gril hadapan yang diperbaharui.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 02

Sentuhan krom yang melintasi seluruh bahagian bawah kereta daripada model pre-facelift juga digugurkan.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 03

Lampu LED di belakang mempunyai animasi yang menarik dimana grafik akan menyala secara berurutan apabila membuka kunci kereta pada waktu gelap. Kebiasaanya lampu insyarat arah jalan hanya berkelip tetapi Passat ini dilengkapkan dengan animasi yang mengalir ke arah isyarat yang hendak dituju.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 04

Satu ciri yang saya hargai ialah kemasukan tanpa kunci di keempat-empat pintu. Ini menjadikan akses ke dalam dan mengunci kereta menjadi lebih mudah.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 05

Roda 18 inci berukuran 235/45 yang dibalut oleh Continental MC5 ini berukuran optimum pada pandangan saya kerana ia mengekalkan keseimbangan antara penampilan visual dan keselesaan pemanduan.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 06

Bahagian dalam - Luas dan berteknologi tinggi

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 07

Sekiranya anda mengingati model 2.0 TSI yang dahulu, ia mempunyai sentuhan kayu di dalam kabin. Saya kurang gemarkannya tetapi ia mungkin boleh diterima oleh ramai. Pada bahagian dalam yang dikemaskini, ia sudah kelihatan lebih menarik dengan sentuhan aluminium yang disisik serta sentuhan piano hitam di pelbagai permukaan lain.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 08

Roda stereng lebih selesa untuk dipegang dan bahagian dalaman kelihatan lebih moden. Kami juga suka akan sistem infotainment yang baharu. Paparan 9.2-inci sangatlah jelas dan warnanya ditala dengan sempurna. Begitu juga dengan kluster instrumen digital yang kini dipanggil "Digital Cockpit".

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 09

Apple CarPlay tanpa wayar berfungsi dengan baik dimana ia menghilangkan kerumitan pemasangan dan pencabutan secara langsung. Ini juga kurang membebankan pada bateri iPhone anda kerana paparannya dimatikan. Namun begitu, pengguna jenis Android masih perlu menyambung wayar. Bercakap mengenai sambungan, semua lubang USB di Passat adalah jenis Type-C yang dihasilkan terus untuk masa yang akan datang.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 10

Walau bagaimanapun, lambang "Passat" di tengah yang menggantikan jam jarum yang classy dari sebelumnya kelihatan seperti penambahan saat akhir kerana ia nampak tidak bersesuaian.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 11

Selain itu, kualiti binaan dan penggunaan bahan adalah seperti yang diharapkan dari Volkswagen dimana ia sangat baik tetapi tidak ada yang terlalu menarik.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 12

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 13

Diukur oleh dewasa yang berketinggian 171 cm

Isipadu ruang kabin juga mengagumkan, lebih luas daripada Toyota Camry dan turut terasa lebih mewah. Tambahan pula, but belakang Passat yang berjumlah 586 liter adalah sangat besar. Tetapi secara peribadi, takhta bahagian kabin yang terbaik dalam kelas ini masih dipegang oleh Mazda 6.

Pengalaman memandu - Mudah dan selesa

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 14

Enjin 2.0 liter berkuasa turbo tersebut menghasilkan tenaga yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Selain itu, sistem daya cengkaman elektronik (XDS +) dan suspensi adaptif (DCC) telah digugurkan.

Ini bukan lagi sedan Golf GTI yang banyak dihebahkan pada model pra-facelift yang lalu. Tetapi setelah bersama Volkswagen Passat Elegance selama beberapa hari, kami menyedari bahawa dalam kebanyakan situasi harian, elemen GTI yang dikurangkan itu hanyalah sedikit sahaja.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 15

Sememangnya pecutannya tidak begitu meletup seperti sebelumnya. Tetapi katakan ada Toyota Camry yang mencabar anda untuk berlumba. senang saja. Terus aktifkan launch control dan Camry ditinggalkan berbatu jauhnya.. Passat Elegance melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.1 saat dimana ianya agak pantas untuk kelasnya.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 16

0-100 km/j dalam 8.1 saat, dan mengambil jarak dalam 40.1 meter

Berdasarkan ukurannya, ia masih dikendalikan dengan cekap, tindakbalas stereng yang tajam, kawalan badannya yang bagus dan agak tangkas dalam menukar haluan. Berbanding dengan Toyota Camry, Passat tidak begitu lancar dalam menyerap benjolan jalan.

Maksudnya, Camry masih memiliki keunggulan dari segi pengendalian, tetapi perbezaan dalam pengendalian tidaklah begitu ketara.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 17

Terdapat sedikit kemalasan pada tren kuasanya untuk bangun dan bertindak. Ia jelas ditala untuk kecekapan penggunaan bahan api.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 18

Salah satu jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan sport mode pada kotak gearnya. Dengan serta-merta kereta menjadi lebih bersemangat untuk melonjak ke hadapan dan memberi keyakinan yang lebih kepada pemandu.

Mudah dan santai adalah personaliti sejati Passat pada kali ini terutama di lebuh raya. Semasa mengambil selekoh lebuh raya dengan kelajuan tinggi, ia terasa benar-benar lekat dan ini memberi keyakinan kepada pemandu.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 19

Ia juga mudah untuk dipandu setiap hari. Sterengnya yang ringan, brek yang mudah dikawal, tindak balas pendikit yang selari, bahkan transmisi klac-kembar (DSG) adalah agak lancar dalam bandar. Sewaktu mula bergerak, DSG beroperasi dengan lancar dan mudah.

Satu kekurangan pada Passat Elegance ialah sistem keselamatan autonomi (ADAS) yang tidak dilengkapkan. Passat Elegance hanya menampilkan pemberitahuan titik buta dan amaran lalu lintas di belakang. Tidak ada sistem brek kecemasan autonomi atau kawalan pengekalan dalam lorong. Ini menjadikan Passat di belakang persaingan dalam aspek sistem keselamatan.

Keselesaan pemanduan - Standard kualiti perjalanan kereta Jerman, tetapi bunyi tayar agak kedengaran

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 20

Suspensi pasif yang standard mengimbangkan keselesaan dan sportiness dengan baik. Namun begitu, terdapat sedikit penembusan pada lubang yang tajam tetapi masih cukup tegap untuk mengingatkan anda bahawa anda memandu sebuah kereta Jerman.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 21

Anehnya, walaupun terdapat penyesuaian 12 arah di tempat duduk pemandu, kami tidak dapat menemui tetapan ideal untuk melegakan tulang belakang di bahagian bawah. Tetapi sokongan sisi dan peha sangat bagus.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 22

Tempat duduk belakang mempunyai sokongan peha yang baik kerana saiz dasarnya yang cukup luas. Walau bagaimanapun, penumpang tengah tidak akan mendapat sokongan peha yang ideal. Tempat duduk yang lebih tinggi juga menyebabkan ruangan kepala terganggu. Terowong tengahnya tidaklah terlalu lebar. Dengan itu, ruangan kaki tidak menjadi masalah untuk menampung 3 orang dewasa.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 23

Walaupun bunyi mekanikal dikawal dengan baik, terdapat bunyi tayar yang mengejutkan untuk sebuah kereta seperi kelas ini. Pada 110 km/j, meter tahap bunyi mencatat bacaan purata 69 dB dimana Camry mencatatkan 67 dB.

Penggunaan bahan api - Sangat menjimatkan

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 24

Setelah perjalanan sejauh 78 km yang merangkumi 80% lebuh raya dan 20% pemanduan di bandar, jumlah bahan api yang diperlukan adalah 5.1 liter. Ini mentafsirkan penggunaan bahan api sebanyak 6.5 liter / 100 km. Anehnya, komputer perjalanan menunjukkan purata sebanyak 7.5 liter / 100 km.

Kesimpulan

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 25

Berbanding dengan Toyota Camry, Volkswagen Passat tidak didatangkan dengan kelengkapan sistem keselamatan autonomi ADAS, ketenangan kabin, sistem audio JBL yang hebat , dan kualiti pengendalian yang tepat.

Tetapi Passat lebih luas di bahagian dalamnya, mempunyai boot yang lebih besar, kabin yang lebih mewah dilengkapi Apple CarPlay (tanpa wayar) dan Android Auto, enjin berkuasa turbo yang lebih efisien dan berkuasa, dan tidak lupa juga kemudahan masuk dan keluar tanpa kunci pada semua pintu.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 26

Toyota Camry terasa lebih old school. Terdapat lebih banyak butang fizikal dengan tulisan besar, kluster instrumen yang analog, dan dikuasakan oleh enjin biasa beraspirasi natural.

Melangkah ke Passat adalah seperti sambutan teknologi dimana paparan maklumat dan skrin sesentuh yang beresolusi tinggi dan juga sambungan USB jenis C.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 27

Sekiranya anda memilih sesuatu yang lebih tradisional dan kelengkapan ADAS adalah suatu keutamaan bagi anda, maka Toyota Camry adalah yang terbaik untuk anda.

Tetapi jika anda jenis yang suka akan kelengkapan baru yang berteknologi tinggi, kuasa enjin turbo, dan anda boleh menerima kekurangan kelengkapan ADAS, maka Volkswagen Passat harus berada dalam senarai anda yang paling atas.

Rebiu: Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - Lagi sedap daripada Camry? 28

 

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda