window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut

Faisal ยท Feb 17, 2021 08:35 AM

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 01

Akhirnya, Mitsubishi Outlander 2022 serba baru diperkenalkan secara rasmi melalui penyiaran Amazon Live sebentar tadi.

SUV yang jauh lebih kacak

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 02

Kini di dalam generasi keempat, Mitsubishi Outlander serba baru datang dengan gaya dari konsep Mitsubishi Engelberg Touring pada tahun 2019 yang lalu. Ia direka berdasarkan pemahaman Jepun"I-Fu-Do-Do" yang bermaksud megah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 01

Di bahagian depan, wajah ‘Dynamic Shield’ tampil dengan rekaan yang mirip Mitsubishi Xpander.

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 02

Dengan profil badan yang landai dan visual belakang yang tajam, Mitsubishi Outlander generasi baru keseluruhannya nampak lebih maskulin.

Kabin yang serba moden

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 03

Bahagian interior juga menampilkan rekaan yang jauh lebih elegan dan moden.

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 04

Perubahan terbesar pada kabin Mitsubishi Outlander generasi baru ialah kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci yang melengkapi paparan Head-up Display 10.8 inci.

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 05

Selain itu, ia hadir dengan skrin infotainment sesentuh 9 inci jenis berdiri. Ia turut datang dengan sokongan Apple CarPlay jenis 'wireless'.

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 06

Bergantung pada varian, ciri seperti wireless chargerpanoramic sunroof dan kerusi kulit jenis quilted turut ditawarkan pada Mitsubishi Outlander baru. Cukup mewah kan?

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 07

Bercakap mengenai mewah, cermin yang mengelilingi pemandu dan penumpang depan datang dengan jenis double-glazed.

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 08

Di samping itu, Mitsubishi Outlander terbaru juga hadir dengan Mitsubishi Connect (misalnya fungsi remote start) dan sistem bunyi Bose dengan 10 pembesar suara.

Bagaimana dengan asasnya?

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 09

Melalui pakatan rapat dengan Renault dan Nissan, Mitsubishi Outlander baru diasas oleh platform CMF-CD yang turut diguna pada Nissan X-Trail 2021 (T33).

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 10

Dari segi trenkuasa, Outlander baharu hadir dengan enjin petrol 2.5L aspirasi natural yang menghasilkan sebanyak 183 PS dan 245 Nm tork.

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 11

Kuasa dihantar ke Super-All Wheel Control (S-AWC) melalui transmisi CVT dengan 8 kelajuan maya.

Ciri keselamatan

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 12

Secara standard, Mitsubishi Outlander 2022 dilengkapi dengan 11 beg udara. Varian yang lebih atas juga datang dengan Mi-Pilot yang merangkumi ciri bantuan keselamatan (ADAS) seperti:

  • Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go (ACC)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Traffic Sign Recognition (TSR)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Kamera 360-darjah

Bila nak masuk Malaysia?

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 13

Dipasang di kilang Okazaki, Mitsubishi Outlander serba baru akan mula dijual di Amerika terlebih dahulu bermula April ini, diikuti dengan pasaran global.

Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut 14

Dengan penyediaan untuk pemasangan tempatan (CKD), Mitsubishi Outlander generasi keempat dijangka tiba di Malaysia sekitar tahun 2023.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda