window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Mitsubishi Outlander 2021 terbaharu, debut global tidak lama lagi?

Zamil Syaheer · Jul 14, 2020 05:30 PM

Intipan: Mitsubishi Outlander 2021 terbaharu, debut global tidak lama lagi? 01

Mitsubishi Outlander 2021 telah diintip melakukan ujian pembangunannya. Outlander bakal dibina berdasarkan platform baru yang dikongsi dengan Renault dan Nissan dan akan menampilkan tren kuasa hibrid. Imej model serba baru yang penuh dengan penyamaran berat memberi kita gambaran yang lebih jelas mengenai reka bentuk luarannya.

Intipan: Mitsubishi Outlander 2021 terbaharu, debut global tidak lama lagi? 02

Mitsubishi Outlander baru menggunakan susunan lampu depan yang unik. Di bahagian atas terdapat lampu LED DRL dan lampu insyarat LED, manakala lampu utama terletak di bahagian yang rendah. Reka bentuk lampu depan ini diangkat terus dari konsep Mitsubishi Engelberg.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Intipan: Mitsubishi Outlander 2021 terbaharu, debut global tidak lama lagi? 01

Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai profil sisi kereta ini. Tetapi, jika dilihat dari perkadaran, kemungkinan besar ia akan kekal sebagai SUV 7 tempat duduk.

Intipan: Mitsubishi Outlander 2021 terbaharu, debut global tidak lama lagi? 02

Di belakang pula, imej intipan baru dari Creative Trend menampakkan reka bentuk rupa lampu lebih tajam dan nipis, konsistent dengan reka bentuk konsep Mitsubishi Engelberg.

Intipan: Mitsubishi Outlander 2021 terbaharu, debut global tidak lama lagi? 03

Mitsubishi menyatakan bahawa Outlander serba baru akan membuat debut global pada separuh kedua tahun 2020. Dengan pandemik Covid-19 mengganggu garis masa industri automotif, sama-sama kita berharap kita dapat melihat Mitsubishi Outlander 2021 membuat kemunculannya tidak lama lagi.

Kredit gambar: Motor1 & Creative Trend

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda