window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru?

Mersita · May 19, 2022 08:00 PM

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru? 01

Belum reda lagi kehangatan gambar intipan tular menunjukkan rupa luaran Geely FX11 baru-baru ini, kini kita dihidangkan pula dengan ruang dalaman SUV segmen C baharu ini – ihsan dari Weibo. FX11 dipercayai akan menjadi Geely Boyue generasi baharu.

Geely dijangka akan mendebut FX11 di pasaran tuan rumah di China dalam tahun ini.

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika diperhatikan, Geely FX11 akan datang ini akan diberi stereng 'flat-bottomed', dikemasi dengan lencana Geely berkemasan hitam berserta perkataan 'CMA' yang merujuk kepada platform digunakan FX11 ini.

Juga baca: Geely Boyue 2022 serba baharu bakal menggunakan platform CMA Volvo XC40, pelancaran China akhir tahun ini

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru? 01

Gambar-gambar ini juga memperlihatkan bayang skrin infotainment stail potret di konsol tengah kereta – satu elemen rekaan yang pada mulanya diprebiu pada Geely Vision Starburst Concept pada 2021.

Juga baca: Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru? 02

Ini juga kali pertama Geely FX11 dikesan dengan jelas pada waktu siang, menampakkan ciri-ciri SUV segmen C ini dengan lebih jelas. Jika diperhatikan, Geely FX11 tampak seperti mempunyai hud lebih panjang berbanding Boyue terkini.

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru? 03

Rekaan rimnya tampak serupa dengan unit yang dilihat pada gambar intipan terdahulu, namun dengan kemasan berbeza. Potongan pada bahagian hadapan kereta juga memberi klu yang Geely FX11 nanti akan diberi 4 penderia bucu, dan juga perincian yang tampak seperti lampu hadapan ‘reflector’ LED.

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru? 04

Bagi aspek trenkuasanya pula, Geely FX11 besar kemungkinannya akan menggugurkan enjin petrol 1.8 liter berpengecas turbo dan menggantikannya dengan unit baharu. Masih belum dapat dipastikan jenis enjin yang akan digunakan kelak, namun Geely sudahpun mempunyai rangkaian pilihan trenkuasa petrol biasa dan hybrid petrol-elektrik yang boleh menggerakkan FX11 ini.

Juga baca: Geely membuat debut di Laos dengan Geely Coolray (Proton X50) dan Geely Azkarra!

Adakah Geely FX11 akan tiba di Malaysia?

Ruang dalam Geely FX11 terdedah, prebiu untuk Proton X70 generasi baru? 05

Memandangkan Proton X70 dibina berdasarkan Geely Boyue, kini ia menjadi persoalan tentang ‘bila’, bukannya ‘kalau’, model itu dilancarkan di sini.

Proton X70 generasi terkini mula dihasilkan di Malaysia di kilang Tanjung Malim baru saja pada penghujung 2019, sebelum dilancarkan pada Februari 2020 – betul-betul sebelum PKP menjejaskan sasaran syarikat itu.

X70 NL3 barangkali akan terus bertahan selama lebih kurang 5 tahun lagi, besar kemungkinannya melangkaui Boyue serba baru dan sebaliknya mendapat model facelift, mungkin pada 2025 nanti.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda