window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

Zamil Syaheer · Feb 12, 2022 02:00 PM

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 01

  • Kereta moden penuh dengan ciri hebat
  • Pelarasan stereng teleskopik bukan salah satu daripadanya
  • Sudah 2023, ini sepatutnya menjadi ciri standard dalam mana-mana kereta baharu

Kita sudahpun berada pada tahun 2023, ada sesuatu yang kami harap akan menjadi trend yang kian meningkat (atau standard) dalam setiap kereta moden tanpa mengira saiz, segmen atau jenis badan. Ini kerana ia adalah satu ciri yang sebenarnya amat penting, tetapi entah bagaimana ia dikira sebagai satu benda yang “eksklusif”.

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 02

Tidak, kami tidak bercakap tentang Android Auto/Apple CarPlay, dan kami juga tidak bercakap tentang sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS (walaupun kadar penggunaan untuk ini sebenarnya agak tinggi). Kita bercakap tentang pelarasan teleskopik pada stereng.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 01

Percayakah anda bahawa masih terdapat beberapa kereta baharu yang dijual di Malaysia yang tidak dilengkapi dengan ciri ini? Malah, ada juga yang tidak mempunyai pelarasan ketinggian!

Berlari sebelum anda belajar berjalan

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 02

Itulah apa yang saya rasa apabila menguji pandu Perodua Ativa milik WapCar.my. Saya benar-benar memuja penghantaran kuasa, saiz yang kompak tetapi luas, serta betapa banyak ciri keselamatan serta kelengkapan yang diberi.

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 03

Interior takde hal, tetapi posisi stereng entah apa-apa

Tetapi, Ativa sedikit potong stim dek kerana kedudukan pemanduan yang agak bermasalah. Isu ini bukan saya seorang sahaja yang rasa tak syok, tetapi ramai yang lain di dalam WapCar.my yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Antara isu yang seringkali terjadi:

  • Posisi kaki dah betul, tetapi tangan jauh daripada stereng
  • Posisi tangan di stereng dah secukup rasa, tetapi kaki pula terlalu jauh
  • Posisi kaki dan tangan terlalu rapat, sehingga kaki terlalu bengkok

Bagi kami, ini adalah pengalaman pemilikan kereta serba baharu yang tak syok. Bayar mahal-mahal, tapi duduk tidak selesa, macam mana?

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 04

Kami ada mempertimbangkan untuk memasang ‘boss kit’ untuk memanjangkan stereng supaya ianya lebih dekat kepada saya, tetapi sudah pasti waranti akan terbatal.

Okay lah, kalau ini adalah sebuah kereta bajet, mungkin saya boleh terima lagi, tetapi ini adalah Perodua Ativa spesifikasi tertinggi dengan pelbagai ciri baru seperti Brek Kecemasan Autonomi, Kawalan Pelayaran Adaptif, dan Lampu Depan Tinggi Automatik.

Juga baca: Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 05

Perodua Bezza mempunyai sistem ADAS tetapi stereng kolum yang tetap. Apa benda?

Bagaimanakah sebuah kereta moden yang sarat dengan begitu banyak teknologi, tetapi tiada ciri asas yang mudah seperti pelarasan teleskopik pada stereng? Tidakkah itu mengecewakan?

Apa gunanya mempunyai set lengkap sistem bantuan pemandu lanutan ADAS apabila pemandu sakit belakang / lutut / kaki / tangan akibat tersalah duduk semasa memandu? Inilah maksud saya dengan berlari sebelum belajar berjalan.

Wahai pembuat kereta, berikan kami pelarasan stereng teleskopik

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 06

Nak 'adjust' atas bawah pun tak boleh dalam Perodua Bezza

Isu ini bukan saja membelenggu Perodua Ativa, malah Myvi juga terpaut sekali. Paling teruk, kedua-dua Perodua Bezza dan Axia langsung tidak mempunyai pelarasan ketinggian. Sebelum anda kata mimin pro-Perodua, Proton Iriz dan Persona juga ada isu ini dek kerana tidak mempunyai pelarasan teleskopik.

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 07

Arah jam dari atas: Perodua Myvi, Toyota Vios, Proton Iriz. Kesemuanya tiada pelarasan stereng teleskopik

Adakah ini isu Proton/Perodua sahaja? Jauh sekali. Toyota Yaris (bermula dari RM 71k) hanya membenarkan pelarasan ketinggian pada kolum sterengnya. Tolonglah, ini perlu dihentikan. Dah tahun 2023 oi…

Juga baca: Kelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras?

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 08

Transmisi 4AT perlahan-lahan digantikan oleh CVT

Kita sudah separuh jalan ke arah menghapuskan transmisi automatik 4-kelajuan lama dalam kereta baharu, bolehkah kita melakukan perkara yang sama dengan memasukkan pelarasan stereng teleskopik? Jelas sekali, faktor kos bukanlah isu disini. Maklumlah, terdapat ciri yang lebih mahal pada kereta moden seperti sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS dan lampu depan LED.

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 09

Kolum pelarasan teleskopik berkuasa elektrik pada Toyota Harrier XU80 memang terbaik

Kami ni bukan meminta kolum stereng boleh laras dengan kuasa elektrik, kami hanya mahu mempunyai rangkaian penuh pelarasan stereng supaya pemandu dalam pelbagai jenis saiz dan ketinggian boleh duduk dengan selesa ke dalam mana-mana kereta moden.

Tolong dapatkan perkara asas dengan betul sebelum meletakkan ciri mewah ke dalam kereta anda. Kedudukan pemanduan yang baik dan selesa adalah asas. Sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS, - walaupun bagus untuk dimiliki – tidak wajib.

Pendapat WapCar:

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 10

Diberi betis minta paha – inilah rumusan kebanyakkan pembeli kereta dekat Malaysia. Mereka mahu kereta dengan pengendalian seperti sebuah sportscar, selesa seperti Rolls-Royce, mempunyai prestasi supercar, tetapi dengan penjimatan bahan api macam Perodua Axia. Semua ini adalah kehendak, bukan keperluan.

Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu! 11

Proton X50 didatangkan dengan pelarasan stereng teleskopik, tetapi tempat duduk depannya kurang selesa

Pelarasan stereng teleskopik empat hala sepatutnya menjadi satu keperluan, dalam hierarki keperluan. Malah, sama seperti kereta baharuyang  tertakluk kepada ujian kemalangan yang sama standard di seluruh dunia, termasuklah piawaian antarabangsa untuk pencahayaan lampu depa, perlu ada mandat baharu untuk menjadikan pelarasan stereng teleskopik sebagai sesuatu yang wajib bagi pembuat kereta.

Semua yang lain, boleh dikira sebagai opsyenal. Ini kerana di tengah-tengah pembuatan kereta, bukankah seorang pemandu itu penting kepada keputusan yang melibatkan ciri dan ergonomik?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda