window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Shell Helix baru diperkenalkan! Lebih kuasa dan perlindungan untuk enjin anda!

Haris · Jul 15, 2020 07:00 PM

Shell Helix baru diperkenalkan! Lebih kuasa dan perlindungan untuk enjin anda! 01

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan dua minyak enjin Shell Helix baru. Shell memfokuskan faedah kepada pengguna bagi memudahkan pengguna untuk memilih minyak enjin yang tepat berdasarkan gaya dan keperluan pemanduan seseorang.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect yang baru direka khas untuk memberi perlindungab terhadap dua keadaan pemanduan utama:

  • lebuh raya dan landskap lasak yang memerlukan lebih banyak kuasa dan tork

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • trafik bandar yang membebankan enjin

  • Sesuai dengan semua minyak spesifikasi 0W, 5W atau 10W, kedua-duanya sesuai untuk kebanyakan jenis kereta yang terdapat di atas jalan raya Malaysia sekarang.

    Shell Helix baru diperkenalkan! Lebih kuasa dan perlindungan untuk enjin anda! 01

    Shell Helix Power dan Shell Helix Protect yang baru menampilkan Teknologi PurePlus, minyak tulen yang diperbuat daripada gas asli. Inilah inovasi terbaru dari Shell, antara pembekal minyak pelincir terbaik di dunia selama 13 tahun berturut-turut.

    Minyak enjin selalu dianggap sebagai produk kurang penglibatan berikutan kebanyakan pemilik kereta hanya membiarkan bengkel atau pusat servis memilih minyak enjin tanpa melibatkan diri dalam pemilihan minyak enjin tersebut. 

    “Dengan Shell Helix Power dan Shell Helix Protect yang baru, kami berhasrat untuk mengembalikan keputusan pemilihan minyak enjin yang penting kepada pemilik kereta. Seperti yang disarankan oleh nama produk, pengguna boleh memilih lebih kuasa atau lebih perlindungan agar sesuai dengan gaya atau keperluan pemanduan masing-masing,” ujar Nyon Kam Yew, Pengurus Besar Shell Lubricants untuk Malaysia dan Singapura.

    Shell Helix baru diperkenalkan! Lebih kuasa dan perlindungan untuk enjin anda! 02

    Shell Helix Power mempunyai aditif khas yang memfokuskan peningkatan prestasi maksimum kuasa enjin dan memberikan tork yang lebih cepat untuk pemanduan yang lebih lancar di lebuh raya, kawasan berbukit dan jalan terbuka. Harganya adalah RM280 untuk sebekas 4 liter.

    Shell Helix Protect pula membantu membersihkan komponen enjin untuk jangka hayat enjin yang lebih lama di dalam kereta yang beroperasi dalam keadaan pemanduan bandar yang bersifat stop-go. Harga runcit yang disyorkan ialah RM240 untuk sebekas 4 liter.

    Shell Helix baru diperkenalkan! Lebih kuasa dan perlindungan untuk enjin anda! 03


    Sebagai minyak enjin full synthetic dengan kelikatan rendah, kedua-dua pelincir dapat mengalir lebih cepat untuk melapisi dan melindungi komponen utama yang bergerak semasa hidup. Ini menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih baik, pelepasan karbon yang lebih rendah, kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan sela penukaran minyak yang lebih lama.

    "Shell Helix Power dan Shell Helix Protect yang baru adalah pilihan yang lebih bijak dan lebih lestari. Hal ini mencerminkan komitmen Shell untuk memberi penyelesaian penggunaan tenaga yang lebih banyak dan lebih bersih dengan cara yang bertanggungjawab," tambah Nyon.

    Bersempena dengan pelancaran tersebut, Shell Malaysia mengadakan promosi yang menarik. Setiap pelanggan akan menerima replika kereta lumba Scuderia Ferrari percuma dengan pembelian sebekas 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect daripada bengkel yang mengambil bahagian. (Mulai sekarang hingga stok masih ada)

    Shell Helix baru diperkenalkan! Lebih kuasa dan perlindungan untuk enjin anda! 04

    Shell Malaysia juga menandakan pelancaran Shell Helix Power dan Shell Helix Protect yang baru dengan mengedarkan sebekas minyak enjin baru dan Shell Helix Care Kits kepada rakan pemandu Grab sebagai sebahagian daripada inisiatif #BecauseWeCare.

    Shell Helix baru diperkenalkan! Lebih kuasa dan perlindungan untuk enjin anda! 05

    Ketika enjin kereta mereka dilindungi oleh minyak enjin Shell Helix yang baru, pemandu dan penumpang juga mampu menikmati ketenangan apabila mereka turut dilindungi semasa perjalanan mereka.

    Untuk maklumat mengenai Shell Helix Power 0W-30 dan Shell Helix Protect 0W-40 yang baru, sila layari www.shell.com.my/helix.

    Haris

    Penulis

    Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

    window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
    googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
    window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

    Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

    2023 Toyota Yaris 1.5E

    Upgrade

    Add your car

    Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda