Sebelum ini, Toyota Agya TRD didatangkan istimewa untuk pasaran Indonesia yang mana ia memperlihatkan penampilan Toyota Agya yang lebih sporty. Sekarang, model tersebut digantikan dengan Agya GR Sport. Di sana, Agya GR Sport 1.2L ditawarkan pada harga 154.5 juta Rupiah (sekitar RM 45k).
Secara tidak langsung, varian GR Sport ini diibarat seperti kembar Perodua Axia yang paling agresif.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Juga baca: Toyota Agya TRD – saudara kembar Perodua Axia di Indonesia!
Toyota Avanza GR Limited juga baru diperkenalkan sebentar tadi. Menariknya, Agya GR Sport boleh diibarat sebagai model Toyota yang paling bawah untuk datang dengan sentuhan Gazoo Racing.
Juga baca: Idamkan model GR-Sport, RWD? Toyota Avanza GR-Sport baru sedia 'drift' dengan bergaya!
Secara teknikal, anda mungkin tahu bahawa Toyota Vios GR Sport lengkap dengan casis dan transmisi yang dipertingkatkan. Namun begitu, Toyota Agya GR Sport hanya datang dengan perubahan kosmetik.
Selain sentuhan lencana GR Sport, Agya GR Sport juga hadir dengan bampar dan skirting yang sporty. Pada bahagian belakang, penampilannya turut ditonjolkan oleh spoiler yang berwarna hitam kilat.
Rupa parasnya juga turut lengkap dengan roda 8 bilah dengan sentuhan dwi-tona.
Pada bahagian dalam, Agya GR Sport mendatangkan pembaharuan yang sama seperti Toyota Agya 2021. Antaranya seperti skrin infotainment sesentuh yang baru dan butang push start.
Sama seperti sebelum ini, Agya GR Sport akan dikuasai oleh enjin aspirasi natural 1.0L (67 PS, 89 Nm tork) atau 1.2L (88 PS, 107 Nm tork). Kedua-dua enjin ditawarkan dengan transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });