Volkswagen dan Wei-Ling Gallery hasilkan Arteon berseni, dibida untuk kebajikan
Mersita · Sep 26, 2020 11:50 AM
Untuk meraikan kedatangan model Volkswagen Arteon R-Line serba baharu, 13 artis terkenal menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan arca eksklusif Arteon berdasarkan kepada hasil seni pameran ‘18@8 Turning Points’ oleh Wei-Ling Gallery. Semua karya seni hasil kerjasama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan firma seni terkenal itu akan dilelong dan hasilnya akan disumbangkan kepada badan kebajikan iaitu Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).
Kerjasama penting ini memberi peluang kepada para pengumpul dan peminat untuk memiliki model-model skala kecil Arteon yang telah diubah oleh para artis tersebut menjadi arca yang unik.
Artis-artis terkenal Malaysia yang mengambil bahagian dalam projek ini termasuklah Anurendra Jegadeva dan Ivan Lam. Mereka baru-baru ini mewakili Malaysia dalam acara Venice Art Biennale kali ke-58, di samping Hamidi Hadi, Yau Bee Ling dan Choy Chun Wei.
Karya oleh Anurendra Jegadeva, Remember the Love Bug
Antara karya yang dihasilkan ialah Arteon oleh Anurendra Jegadeva diinspirasikan daripada ‘A Garland for My Father’ yang dipersembahkan dalam bentuk potret bapanya yang dikelilingi oleh kotak-kotak lampu, menampilkan foto-foto lama ahli keluarga bersama Volkswagen Beetle mereka.
Karya oleh Sean Lean, Wave
Pendekatan unik lukisan ‘The Yearning Realm’ oleh Wong Chee Meng yang terdiri daripada lapisan-lapisan imej pula membentuk satu ilusi menerusi penggunaan lensa merah dan biru, menghasilkan karya ceria yang cukup memukau.
Tahukah anda maksud sebenar disebalik nama “Arteon”? ‘Art’ menggambarkan tentang garis-garis sebuah fastback yang harmoni dan penuh emosi. Manakala ‘eon’ pula mengiktirafnya sebagai sebuah model premium Volkswagen
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter yang berkongsi keterujaan beliau terhadap projek ini menyatakan bahawa kehadiran Arteon R-Line serba baharu dan kerjasama ini memberi peluang kepada jenama Volkswagen untuk berhubung dengan para peminat seni.
Karya oleh Wong Chee Meng
Kesemua 13 arca Arteon kini boleh dilihat dan dibida secara dalam talian di www.arteonartcar.com atau di Wei-Ling Contemporary The Gardens Mall melalui temujanji dengan menghubungi talian 03-2282 8323. Bidaan akan ditutup pada 1 Oktober 2020, jam 5 petang.
Arteon R-Line serba baharu ditawarkan pada harga RM225,490 dan didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun. Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, harga runcit cadangan bagi Arteon R-Line serba baharu sehingga31 Disember 2020 ialah RM220,043.28.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Komen