‘Adjust mileage’ dan hilangkan lampu ‘warning’ pada kereta terpakai, jaga-jaga!
Zamil Syaheer · Dec 15, 2020 04:00 PM
0
0
Pembelian kereta terpakai sebenarnya agak menguntungkan. Pertama sekali, anda perlu tunggu nilai sesebuah kereta itu susut dahulu sebelum anda mempunyai banyak pilihan yang lain. Tetapi anda perlu ingat, pembelian kereta terpakai juga boleh menjadi mimpi anda paling buruk, seperti kes ‘adjust mileage’ dan hilangkan lampu ‘warning’.
Baru-baru ini Careta dan Malaysian Modders mengetengahkan isu seorang peniaga kereta terpakai yang bersalah atas kesalahan ini.
Kereta terpakai jarak tempuh rendah dinilai lebih tinggi, oleh itu memang ramai yang nak kacau ‘mileage’.
Macam mana nak elak dari terkena kes ‘adjust mileage’ ni?
Paling senang, lihat rekod servis kereta tersebut dengan pengedar masing-masing.
Mengenai lampu ‘warning’ kenderaan, cara mudah untuk ‘adjust’ adalah dengan "memadamkan" lampu ‘warning’ sekaligus. Kereta moden dilengkapi dengan sistem elektronik yang lebih banyak dan mempunyai lampu ‘warning’ masing-masing pada kluster meter.
Memadamkan lampu ‘warning’ adalah cara mudah untuk menyembunyikan kecacatan di dalam kereta. Sekiranya tidak berhati-hati, anda boleh menggunakan kereta dengan ABS yang gagal tetapi taktau langsung pasal isu tersebut. Bahaya!
Lampu ‘check engine’ dapat memberikan indikator tentang masalah serius dengan kereta anda, jadi itu bukan sesuatu yang dapat anda abaikan dengan hanya memadamkan lampu.
Habis tu, camne nak jaga dari dari lampu ‘warning’ yang dah ‘hilang’?
Senang je, hidupkan kereta anda dan tengok lampu ‘warning’ dekat kluster meter. Semua lampu ‘warning’ sepatutnya menyala ketika anda sedang hidupkan kereta.
Jika anda menggunakan kunci, letakkan di posisi "ON", dan jika kereta anda memiliki butang ‘push-to-start’, tekan butang tanpa menekan brek. Perhatikan jika anda lampu ‘warning’ yang hilang.
PKP dan aktiviti ekonomi yang perlahan menjadikan sebilangan penjual terdesak untuk menjual kereta. Sekiranya anda mencari kereta terpakai, bawa bersabar dan periksa kereta dengan teliti. Selamat membeli-belah!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.