window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi!

Zaid · Aug 1, 2021 06:00 PM

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 01

Lampu hadapan bertujuan untuk membantu menerangi  jalan di kawasan yang kurang jarak penglihatannya.

Namun,dengan adanya elemen unik ‘pop-up’ menjadikannya salah satu rekaan yang paling ‘cool’ pernah dihasilkan.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 02

Kereta Haji Fujiwara? (Kredit)

Sehebat mana pun ia, rekaan ini sebenarnya tidak menepati piawaian keselamatan bagi pejalan kaki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Atas faktor inilah rekaan lampu ‘pop-up’ tidak akan muncul lagi di dalam kereta produksi pada masa hadapan.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 01

Menurut Wikipedia, terdapat lebih 180 model kereta produksi yang datang dengan lampu ‘pop-up’.

Disini kami senaraikan 15 buah model kereta-kereta tersebut.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 02

Namun, terdapat beberapa model yang tidak akan disenaraikan kerana kami telah pun bercerita tentangnya sebelum ini, seperti; Honda NSX, Mazda Astina dan Volvo 480.

Cord 810

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 03

Kita mulakan dengan model yang menjadi pencetus kepada lampu pop-up iaitu Cord 810.

Cord Automobile adalah sebuah jenama mewah milik Amerika sama seperti Cadillac dan Lincoln.

Ia merupakan pembuat kereta yang inovatif dan model Cord 810 dicatatkan sebagai kereta produksi pertama dengan lampu pop-up yang dihasilkan secara besar-besaran. Ia dilancarkan pada tahun 1936.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 04

Disebalik gaya Art Deco dan ciri teknologi inovatif yang dibawanya, Cord jatuh muflis setahun selepas itu pada 1937.

Teknologi Cord 810 masih kekal dan ianya digunakan oleh pembuat kereta lain yang ingin menjimatkan kos pada era 1940-an.

Chevrolet Corvette C2

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 05

Setelah hampir 3 dekad, rekaan lampu 'pop-up' yang diperkenalkan oleh Cord akhirnya diguna pakai oleh majoriti pembuat kereta di Amerika. Ini termasuklah kereta ‘sport’ pertama mereka jenama Chevrolet.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 06

Chevrolet Corvette C2 adalah salah satu kereta buatan Amerika yang paling cantik.

Selain mempunyai reka bentuk seakan-akan ikan pari, model ini juga menggunakan lampu hadapan jenis ‘pop-up’.

Gaya ini menjadi elemen dan lambang Corvette sehingga generasi C5, yang kemudiannya tidak lagi datang dengan  lampu 'pop-up'.

Opel GT

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 07

Opel GT (kiri), mungkin mendapat inspirasi daripada Corvette C3 (kanan)?

Di eropah, pembuat kereta seperti Opel dan Saab juga mencuba nasib dalam pembikinan kereta sport milik mereka; Opel GT dan Saab Sonett.

Lebih menarik, kedua-dua jenama ini mempunyai persamaan dalam model mereka – lampu hadapan jenis 'pop-up'.

Kami memilih Opel GT berbanding Saab Sonett kerana ada sesuatu yang unik pada lampu pop-up nya.

Pergerakan lampu tersebut yang berpusing mengikut arah lawan jam sekiranya lampu dibuka membuatkannya istimewa berbanding yang lain.

Lampu ini dikawal secara manual dengan bantuan tuil yang terletak di konsol tengah.

Toyota 2000GT

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 08

Pada 1960-an, pembuat kereta Jepun menghadapi stigma yang sama seperti jenama Korea pada era 80 dan 90-an.

Dengan tujuan utama untuk membuktikan kepada dunia (terutamanya kepada jenama gergasi dari UK, Italy dan Amerika) bahawa orang Jepun mampu membina sebuah kereta yang baik, Toyota memperkenalkan model 2000GT.

Juga baca: Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ?

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 09

Model ini mungkin diadaptasi daripada Jaguar E-Type yang sememangnya sempurna dari segi reka bentuk.

Namun, Toyota 2000GT ternyata mempunyai pemanduan yang lebih baik berdasarkan ulasan pakar.

Semestinya, ciri yang paling menarik pada model ini adalah lampu jenis 'pop-up' dan bentuk badan ‘topless’ persis jentera James Bond.

Mazda RX-7

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 10

Elemen dan reka bentuk yang dilihat konsisten pada kesemua generasi Mazda RX-7 adalah enjin ‘rotary’ dan lampu pop-up.

RX-7 bertujuan untuk membawa nama Mazda dalam pengenalan teknologi ‘rotary’ yang ada pada sebuah kereta ‘sport’ mampu milik.

Juga baca: Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an!

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 11

Walaupun kos untuk membela sebuah RX-7 amatlah tinggi, rupa dan imejnya cukup mengiurkan.

Reka bentuk ini mencapai kemuncaknya pada generasi akhir FD RX-7 yang ternyata masih tidak ditelan zaman sejak ianya diperkenalkan lebih 30 tahun lepas.

Lotus Esprit

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 12

Giorgetto Giugiaro adalah salah seorang pereka ikonik sepanjang masa dan pada tahun 1970, beliau memperkenalkan Lotus Esprit sebagai kereta sport klasik era 70-an.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 13

Bentuknya yang berlekuk melambangkan era 70-an yang diilhamkan oleh jenama Lotus sangat dikagumi pada waktu itu.

Sama seperti Toyota 2000GT, ia ternyata lebih terkenal setelah tampil dalam filem James Bond, dan kali ini mampu berubah menjadi kapal selam.

Porsche 928

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 14

Sebelum pembangunan model 928 dijalankan, Porsche terkenal dengan adaptasi model dengan kerjasama daripada Volkswagen.

Pada akhir 70-an, pembuat kereta German itu akhirnya berhasrat untuk membangunkan modelnya sendiri dan 928 menjadi yang pertama.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 15

Tidak seperti kereta lain yang tersenarai, lampu ‘pop-up’ Porsche 928 jelas kelihatan berada di luar tanpa disembunyi.

Rekaan lampu ini menyerupai Lamborghini Miura.

Lamborghini Countach

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 16

Kereta yang sinonim dengan poster, model Lamborghini Countach bukan sahaja mempunyai sayap saiz gergasi malah, ianya turut didatangkan dengan lampu ‘pop-up’ gedabak.

Ciri ini memberikannya personaliti sebuah ‘supercar’ era 80-an.

Juga baca: Lamborghini bakal hadir dengan model terbaru. Lamborghini SCV12, 840 PS!

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 17

Sepanjang 16 tahun tempoh pengeluarannya, Countach telah menjalani pelbagai perubahan.

Setiap rekaannya memberi bentuk yang lebih agresif dengan kehadiran ruang aliran udara dan sayap. Lampu ‘pop-up’ pula sudah semestinya dikekalkan.

Ferrari Testarossa

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 18

Sama seperti Countach, Ferrari Testarossa adalah sebuah lagi ikon kereta idaman era 80-an. Model ini juga datang dengan 'quad headlight’ bersama fungsi ‘pop-up’.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 19

Sesetengah berpendapat reka bentuk Testarossa adalah lebih kemas berbanding Countach yang berlekuk.

Namun, cantik adalah subjektif dan bergantung kepada individu.

Juga baca: 9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi!

Toyota MR2

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 20

1980-an merupakan tahun keemasan bagi lampu jenis ‘pop-up’ kerana ianya telah dikenali secara global.

Tahun itu juga merupakan kemuncak bagi kereta ‘sport’ mampu milik dalam memperkenalkan teknologi mirip Ferrari.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 21

Kedua-dua Pontiac Fiero dan Toyota MR2 menawarkan teknologi ‘mid-engined’ pada harga mampu milik. Namun, Toyota lebih berjaya dalam cubaan tersebut.

Gaya yang dibawa oleh kedua-dua generasi MR2 tidak pernah ditelan zaman kerana rekaan lampu ‘pop-up’ -nya yang seksi.

Juga baca: Toyota AE86 terlalu mahal? Baik beli Corolla AE70 fastback ini pada harga RM 45k sahaja!

Subaru XT

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 22

Siapa sangka Subaru ada memperkenalkan model kereta ‘sport’ yang mengimbau kenangan era 80-an.

Subaru XT adalah hasil usaha Fuji Heavy Industries memperkenalkan sebuah ‘grand tourer’  dalam pasaran. Ianya diperkenalkan pada zaman kegawatan ekonomi Jepun.

Juga baca: 5 mitos tentang kereta Jerman lwn. kereta Jepun/Korea

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 23

Subaru XT mempunyai reka bentuk aerodinamik dengan enjin Boxer 1.8 liter dan seperti kebanyakan model Subaru, ianya hadir dengan sistem pacuan semua roda.

Digabungkan bersama lampu ‘pop-up’, model ini bukan sahaja model Subaru paling unik yang pernah dihasilkan tetapi, juga yang paling kurang dihargai.

Juga baca: Kebaikan & Keburukan: Subaru XV - enjin boxer paling murah tapi dengan kompromi apa?

Honda Accord

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 24

Sebelum Mazda memperkenalkan model Astina 4 tahun lepas, Honda menawarkan kereta sedan biasa dengan lampu ‘pop-up’ dalam generasi ketiga Accord.

Namun, ciri ini tersedia untuk pasaran tertentu sahaja.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 25

Ciri tersebut ditawarkan kepada unit pasaran Jepun pada 1985 hingga 1987. Pasaran Malaysia mendapat unit generasi ketiga Accord dengan lampu hadapan konvesional sahaja.

Walaupun kedua-duanya datang daripada keluarga Honda dengan gaya crouching form, unit dengan lampu ‘pop-up’ lebih kelihatan ‘sporty’.

Juga baca: 77% orang Jepun melihat Honda City Hatchback sebagai pengganti Honda Civic generasi pertama!

Toyota Sprinter Trueno AE86

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 26

Sudah semestinya, senarai kereta dengan lampu ‘pop-up’ ini tidak lengkap tanpa jentera ‘drift’ kegemaran ramai; Toyota Sprinter Trueno AE86.

Sebelum AE86, Sprinter Trueno hanyalah sebuah varian ‘sporty’ daripada Corolla Levin.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 27

Setelah pemandu ‘drift’ profesional mula sedar akan kehebatan AE86 ini, ia sememangnya menjadi jentera pilihan bagi mereka.

Tambahan pula, dengan kewujudannya dalam siri manga Initial D, lagenda AE86 semakin diminati ramai. Tidak dilupakan juga, bantuan rekaan lampu ‘pop-up’ yang dimiliki.

Vector W8

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 28

Diantara tahun 1989 hingga 1993, sebanyak 22 unit sahaja model Vector W8 dihasilkan. ‘Supercar’ produksi terhad buatan Amerika ini jelas kelihatan segak.

Namun, cukup sekadar menang pada rupa sahaja, model ini terpalit dengan pelbagai isu.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 29

Pada lewat 1980, pereka automotive telah mula berjinak dengan reka bentuk lekuk yang lebih licin berbanding rupa bersegi.

Vector W8 dipenuhi dengan bucu tajam, menjadikannya seakan-akan kenderaan dari masa depan.

Gaya ‘cyberpunk’ yang dibawanya dilengkapkan dengan lampu ‘pop-up’, seolah-olah memberi gambaran tentang ciri reka bentuk pada abad ke-21.

Jaguar XJ220

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 30

Akhir sekali, kita mempunyai ‘supercar’ British yang gagal memenuhi harapan dan matlamat asalnya.

Pada 1988 di British International Motor Show, Jaguar memperkenalkan model konsep XJ220 yang hadir bersama enjin V12 6.2 liter dengan reka bentuk menawan.

Namun, setelah model XJ220 ini memasuki pasaran, kapasiti enjinnya telah dikurangkan kepada enjin V6 3.5 liter.

Sekurang-kurangnya, reka bentuk asal XJ220 masih dikekalkan termasuklah lampu hadapan jenis ‘pop-up’.

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 31

Berikut adalah beberapa model kereta dengan lampu ‘pop-up’ ikonik yang pernah hadir sebagai kereta produksi.

Adakah anda ingin melihat mereka membuat kemunculan semula pada kereta konsep dan model mana yang menjadi kegemaran anda?

15 jenis rekaan lampu ‘pop-up’ paling ikonik – AE86, RX-7, Ferrari dan banyak lagi! 32

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda