UMW Toyota Malaysia telah memuat naik sebuah hantaran bagi mengumumkan bahawa Toyota Fortuner facelift 2021 sudah boleh ditempah.
Selain daripada Toyota Fortuner, model Toyota Innova generasi baharu juga telah dibuka untuk tempahan.
Toyota Fortuner facelift 2021 telah pun dipertontonkan di Bangkok International Motor Show pada bulan Julai 2020 manakala pelancaran di Indonesia pada bulan Oktober 2020.
Slogan ‘Pure Duality’ yang digunakan UMW Toyota Malaysia mungkin menggambarkan bahawa ini adalah Toyota Fortuner Legender yang lebih ranggi dan urban.
Model Toyota Fortuner Legender adalah model paling atas bagi Toyota Fortuner di Thailand. Malangnya, model Toyota Fortuner Legender tidak ditawarkan di Indonesia (ketika artikel ini ditulis).
Perbezaan Toyota Fortuner Legender dapat dilihat pada gril terbahagi 2 dengan bahagian atas yang lebih kecil. Toyota Fortuner biasa pula mempunyai gril yang lebih besar.
Di Thailand, model ini menerima enjin baharu iaitu enjin 2.8 liter diesel dengan 204 PS kuasa kuda dan 500 Nm. Enjin 2.4 liter juga masih ditawarkan di Thailand.
Toyota Fortuner baru ini dijangka akan dilengkapi dengan suite penuh TSS (Toyota Safety Sense) dengan ciri-ciri seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Warning dan RCTA.
Sekarang ini, Toyota Fortuner dijual dalam 3 varian dan 2 pilihan enjin. Ia dijual dalam julat harga sekitar RM 162k - RM 184k (tanpa SST) dengan status pemasangan secara tempatan (CKD). Adakah anda akan menjangkakan peningkatan harga dengan Toyota Fortuner Legender baru?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4
Upgrade
Add your car