Perodua baru sahaja mengeluarkan laporan jualan terperinci model yang dijualnya pada tahun 2021. Tidak mengejutkan, Perodua Myvi masih lagi mempertahankan mahkotanya sebagai model kereta terlaris Malaysia - sekaligus meletakkan Perodua sebagai nombor 1.
Daripada 190,291 model Perodua yang dijual pada tahun 2021, Myvi mendahului dengan 47,525 unit terjual di seluruh negara. Jumlah tersebut termasuk 7,055 unit Perodua Myvi facelift baharu yang telah dihantar kepada pemiliknya sejak pelancaran pada 18-November.
Perodua juga menyatakan bahawa sejumlah 31,154 tempahan untuk hatchback segmen B tersebut telah dibuat sejak ia membuka tempahan pada awal November.
Mengambil tempat kedua dalam kalangan model terlaris Perodua ialah Axia dengan 43,080 unit diikuti kembar sedannya, Bezza, yang menjual 42,698 unit pada 2021.
Baca: Perodua Axia serba baru mungkin dilancarkan seawal 2023, kod nama D74A
Berikut adalah angka jualan Perodua pada tahun 2021 mengikut model.
Angka jualan Perodua tahun 2021 | ||
---|---|---|
Model | Unit | |
Perodua Myvi | 47,525 | |
Perodua Axia | 43,080 | |
Perodua Bezza | 42,698 | |
Perodua Ativa | 26,847 | |
Perodua Aruz | 15,313 | |
Perodua Alza | 14,828 | |
Jumlah | 190,291 |
Walaupun mengekalkan kedudukan paling atas dan dengan penguasaan pasaran sebanyak 37.4%, situasi sebenarnya tidak begitu memberangsangkan kerana Perodua gagal mencapai sasaran mereka untuk tahun lepas.
Bagi tahun 2022, ia menyasarkan untuk meningkatkan bahagian pasarannya kepada 40.6% dengan mendaftarkan 247,800 kenderaan berbanding anggaran 610,000 jumlah volum industri (TIV), sasaran jualan terbesar yang pernah dilakukan Perodua.
Baca: HANGAT: Perodua: 2 facelift dan 1 model baharu akan datang, Perodua Alza 2022 serba baharu disahkan!
Memandangkan Malaysia mempunya 2 jenama kereta tempatan, bagaimanakah rekod ini dibandingkan dengan saingannya Proton? Jenama Harimau Malaysia tersebut melaporkan bahawa sebanyak 114,708 unit telah dijual pada 2021, angka penutup tertinggi sejak 2014. Bagaimanapun, jumlah tersebut menggabungkan kedua-dua jualan domestik dan eksport.
Baca: Proton akhiri tahun 2021 dengan bergaya - 115k unit terjual, raja SUV dan kereta rakyat!
Walaupun Perodua menyaksikan jualan 2021 merosot 13.6% berbanding 2020, Proton menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 4.5% berbanding 2020 dan ini mewakili pertumbuhan jumlah jualan untuk 3 tahun berturut-turut.
Proton juga telah mengukuhkan kedudukannya dalam bahagian pasaran pada 22.7% pada tahun 2021, peningkatan sebanyak 2% berbanding tahun sebelumnya.
Jika Perodua Myvi memegang takhta model terlaris Perodua, Proton pula mempertaruhkan Proton Saga menjadi model jualan terlaris dengan 42,627 unit terjual. Sedan segmen A tersebut menutup jurang jualannya dengan Bezza pada tahun tahun 2021 tetapi angka ini termasuk unit yang dieksport.
Baca: Bagaimana satu aspek dalam Proton Saga mengubah tanggapan anda terhadap kualiti?
Model kedua terlaris Proton pada tahun 2021 ialah Proton X50 yang terjual sebanyak 28,774 unit diikuti pula dengan Proton X70 sebagai kereta ketiga terlaris dengan 16,735 unit terjual.
Perlu diingatkan juga bahawa dua SUV yang berasaskan Geely in membolehkan Proton menjadi jenama SUV terlaris di Malaysia, menyumbang hampir 40% daripada keseluruhan jumlah jualan Proton.
Baca: Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30%
Berikut adalah senarai terperinci angka jualan Proton pada tahun 2021 berdasarkan model.
Angka jualan Proton 2021 | ||
---|---|---|
Model | Unit | |
Proton Saga | 42,627* | |
Proton X50 | 28,774 | |
Proton X70 | 16,735 | |
Proton Persona | 16,153 | |
Proton Iriz | 6,708 | |
Proton Exora | 4,035 | |
Jumlah | 114,708** |
* = termasuk unit yang dieksport
**= termasuk jualan model lain yang tidak disenaraikan turut ditambah kepada jumlah angka jualan
Sebanyak 6,708 unit Proton Iriz yang dijual pada tahun 2021 adalah lebih rendah berbanding angka jualan Perodua Myvi malah angka tersebut jual menurun berbanding tahun 2020 (7,636 unit). Adakah kita akhirnya akan melihat hatchback Proton ini mencapai 100,000 jualan sepanjang hayatnya?
Baca: Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara
Namun, mungkin Proton akan lebih menumpukan kepada model SUV dan Saga yang lebih berjaya. Bercakap mengenai Proton Saga, sedan terlaris ini berkemungkinan untuk menerima kemas kini pada tahun 2022 dengan gambar intipan mengesyorkan ciri kemasukan tanpa kunci dan enjin yang lebih kecil.
Baca: Spyshot: Rim baru dan 'keyless entry'? Proton Saga 2022 mahu pembeli abaikan Bezza
Proton masih belum mengeluarkan prospek perniagaannya untuk tahun 2022 tetapi tahun ini kita mungkin masih melihat Perodua kekal di puncak jualan. Persoalannya, bolehkah pengeluar kereta terlaris Malaysia ini mencapai sasaran jualan dan pengeluarannya yang bercita-cita tinggi?
Baca: Perodua sasar 250k unit jualan untuk tahun 2022, target paling tinggi pernah diletakkan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}