window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai?

Haris Β· Jun 15, 2022 11:59 AM

Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai? 01

Pelakar imej automotif terkenal dunia dari Malaysia iaitu 'Theottle' telah memberikan lakaran terbarunya mengenai rupa Toyota Vios generasi baharu (kod nama D92A) yang akan datang, berdasarkan gambar intipan baharu yang diambil di Thailand.

Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai? 02

Fasia depan mengenakan inspirasi penggayaan yang diambil daripada model sedan segman atas seperti Toyota Corolla Altis dan Toyota Camry dengan beberapa gril melintang pada bampar hadapan. Selain itu, corong udara faux menegak di bahagian sisi juga kelihatan seperti model Corolla Altis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai? 01

Di bahagian belakang, Theo telah memberikan Toyota Vios 2022 lampu belakang yang lebar seperti yang daqpat disimpulkan daripada gambar intipan, dengan akronim Vios tertera di tengah. Terdapat juga tetingkap selepas tiang C yang menyerlahkan siluet yang lebih licin dan rekaan but belakang yang lebih kemas.

Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai? 02

Honda Civic dalam samaran?

Toyota Vios 2022 D92A ini dilaporkan secara meluas akan dibangunkan oleh platform DNGA-B, platform yang sama kini menyokong Toyota Avanza/Veloz dan Daihatsu Xenia.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia juga menyokong Perodua Alza 2022 D27A yang akan tiba tak lama lagi. Eh, kenapa ia menggunakan angka dan huruf kod yang lebih kurang sama?

Baca: Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini!

Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai? 03

Dikhabarkan juga bahawa ia akan menampilkan enjin hibrid 3-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi dengan 2 motor (M15A-FXE) daripada Toyota Yaris Cross, pada asasnya merupakan versi enjin mesra alam daripada Toyota GR Yaris.

Pilihan enjin lain yang dijangka boleh digunakan termasuk enjin 4-silinder 1.2 liter, untuk mematuhi peraturan Eco Car Thailand untuk cukai eksais yang lebih rendah, dan 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi seperti sedia ada.

Lakaran: Toyota Vios generasi baharu (D92A) dengan inspirasi dari Camry, ini lagi sesuai? 04

Vios XP150 generasi sekarang

Toyota Vios D92A 2022 dijangka akan diperkenalkan sekitar Ogos tahun ini di Thailand. Berminat? Mungkin ikuti Wapcar-BM untuk informasi terkini mengenai model ini.

Baca: Lakaran Toyota Vios generasi baru D92A, nampak lebih sporty dari Honda City?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda