window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga hanya naik RM 500 harga dengan SST - X70 tambah RM 7k, Exora masih ada!

Haris · Jul 4, 2022 06:00 PM

Proton Saga hanya naik RM 500 harga dengan SST - X70 tambah RM 7k, Exora masih ada! 01

Memandangkan tempoh pengecualian SST untuk CKD dan CBU telah tamat pada 30 Jun 2022, kebanyakan pembeli kereta mungkin tertanya-tanya, berapakah harga kenderaan pasca SST?

Nah, jika anda sedang mencari Proton, ini adalah harga terkini selepas SST bagi julat model mereka. Harap maklum bahawa ketika ini - hanya harga Saga, X70 dan Exora telah dikeluarkan.

Harga Iriz, Persona dan X50 dijangka menyusul tidak lama lagi dan akan dikemas kini apabila diumumkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga model Proton dengan SST
Varian Pra-SST (RM) Pasca-SST (RM) Beza (RM)
SAGA
1.3 Standard (MT) 34,400 34,800 400
1.3 Standard (AT) 38,300 38,800 500
1.3 Premium (AT) 41,300 41,800 500
1.3 Premium S (AT) 44,300 44,800 500
EXORA
1.6T Executive (AT) 57,300 59,800 2,500
1.6T Premium (AT) 64,300 66,800 2,000
X70
1.5 TGDi Std 2WD 93,900 98,800 4,900
1.5 TGDi Exec 2WD 105,500 110,800 5,300
1.5 TGDi Exec AWD 111,300 116,800 5,500
1.5 TGDi Premium 2WD 117,900 123,800 5,900
1.8 TGDi Premium 2WD 121,800 128,800 7,000

Proton Saga yang baru sahaja menyambut tarikh lahirnya mempunyai impak paling minimum pasca SST, bergantung pada varian, harga naik hanya sekitar RM 500 sahaja.

MPV 7-penumpang Exora masih disenaraikan, meningkat harga antara 3 - 4 peratus, dengan kenaikan RM 2,000 dan RM 2,500 masing-masing untuk varian Executive dan Premium.

Proton Saga hanya naik RM 500 harga dengan SST - X70 tambah RM 7k, Exora masih ada! 01

Walau bagaimanapun, SUV pertama Proton, X70, telah meningkat antara 5 - 6 peratus. Sehingga RM 7k lebih mahal untuk varian teratas 1.8L TGDi Premium, meningkatkan harganya lebih hampir kepada julat harga RM 130k sekarang.

Baca: 

Perodua Myvi naik harga RM 1.1k dengan SST - Aruz naik RM 4.6k, Alza bagaimana?

Harga kereta Toyota terkini selepas SST 2022: Naik antara RM 2k - RM 17k, masih nak beli Alphard?

Senarai harga kereta Honda dengan SST 2022: Naik RM 2k - RM 10k, Accord paling terkesan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda