window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

50 unit Toyota Hiace H300 CBU Jepun sebagai ambulans ATM - van baru belum masuk pasaran Malaysia!

Mersita Β· Mar 29, 2023 04:30 PM

50 unit Toyota Hiace H300 CBU Jepun sebagai ambulans ATM - van baru belum masuk pasaran Malaysia! 01

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru saja menerima sebanyak 50 unit ambulans baharu jenis Toyota Hiace H300 untuk kegunaan perkhidmatan kesihatannya bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang sudah terlalu berusia.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, 50 unit ambulans domestik baharu ini ditempah bagi memperbaharui lebih 130 ambulans ATM sedia ada yang sudah berusia lebih 30 – 40 tahun, lapor Malaysia Gazette.

50 unit Toyota Hiace H300 CBU Jepun sebagai ambulans ATM - van baru belum masuk pasaran Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ambulans baharu yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini merupakan kumpulan pertama dan tempahan akan dibuat lagi secara berperingkat apabila ada keperluan, jelas beliau lagi. Difahamkan, ambulans baharu ini ditempah ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dimana ambulans menjadi salah satu keperluan mendesak.

50 ambulans baharu ini merupakan ambulans Kelas B yang dilengkapi pelbagai peralatan perubatan penting untuk menstabilkan pesakit dalam perjalanan ke hospital. Ruang dalamannya juga luas dimana doktor dan penolong pegawai perubatan boleh duduk bersama untuk membawa pesakit, jelas beliau lagi.

50 unit Toyota Hiace H300 CBU Jepun sebagai ambulans ATM - van baru belum masuk pasaran Malaysia! 01

Ambulans berdasarkan van jenis Toyota Hiace H300 ini juga merupakan model terbaru yang dihasilkan dari kilang Toyota di Jepun. Hiace H300 merupakan model generasi ke-6 yang belum lagi dijual secara rasmi oleh UMW Toyota Motor di Malaysia sejak ia dilancarkan secara global pada 2019. Buat masa ini, hanya Hiace H200 yang ditawarkan di pasaran kita.

Toyota Hiace H300 yang digunakan sebagai ambulans untuk ATM ini didatangkan dengan enjin diesel 2.8 liter (163 PS) yang lebih moden, dipadankan dengan kotak gear automatik ataupun manual 6 kelajuan. Terdahulu, ketika pelancaran global model ini di Filipina, varian dengan enjin petrol 3.5 liter V6 turut ditunjukkan.

50 unit Toyota Hiace H300 CBU Jepun sebagai ambulans ATM - van baru belum masuk pasaran Malaysia! 02

Selain muka hadapan baharu dengan perincian krom ala-Vellfire dan hud lebih panjang, Hiace generasi ke-6 ini juga mempunyai ruang kabin lebih selesa dan moden, infotainment lebih moden, serta fungsi ADAS Toyota Safety Sense. Dengan chassis dipertingkatkan, ia berjaya mencapai penilaian keselamatan 5 bintang dari ANCAP.

50 unit Toyota Hiace H300 CBU Jepun sebagai ambulans ATM - van baru belum masuk pasaran Malaysia! 03

Penambahan ambulans baharu dengan unit van moden untuk ATM dianggap amat sesuai dan satu naik taraf besar bagi perkhidmatan kesihatan mereka memandangkan unit-unit ambulans lama sudah terlalu usang dan terpaksa dilupuskan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Toyota Hiace Panel Van 2.5 Turbo Diesel

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda