window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'?

Faisal Ā· Oct 14, 2022 06:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 01

Selepas 13 tahun beransur dalam pasaran, Perodua nampaknya telah menggantikan Alza dengan generasi 2022 (D92A). Bagi anda yang belum tahu, Alza generasi terdahulu adalah sebuah Toyota Passo Sette. Model sekarang pula adalah saudara kembar kepada trio Toyota Veloz, Avanza dan Daihatsu Xenia.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 02

Atas: Perodua Alza 2022, Tengah: Daihatsu Xenia, Bawah: Toyota Veloz.

Secara amnya, Alza 2022 ditawarkan melalui 3 varian seperti di bawah:

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi, apa baik buruknya Alza baharu ini? Mari kami kupaskan.

Kelebihan ā€“ kelengkapan yang cukup banyak

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 01

Dari segi keselamatan, Alza serba baharu ini ibarat tukar 360-darjah.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 02

Secara standard, kesemua varian dilengkapkan terus dengan 6 beg udara, kawalan kestabilan serta ADAS ASA 3.0 yang merangkumi ciri seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Pedal Misoperation Control (PMC), Front Departure Alert (FDA), Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP) dan Auto High Beam (AHB).

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 03

Varian teratas pula datang eksklusif dengan kawalan pelayaran adaptif (ACC), Lane Keep Control (LKC), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Electric Parking Brake (EPB). Istimewa untuk varian 1.5 H dan 1.5 AV pula adalah ciri lampu matriks Adaptive Driving Beam (ADB).

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 04

Antara ciri pertama yang ditawarkan pada model Alza dan juga kali pertama buat Perodua adalah penggunaan brek cakera di bekalang serta kamera 360-darjah yang memberi visual di sekeliling kenderaan.

Kelebihan ā€“ harga yang mampu milik

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 05

Varian asas 1.5 X.

Dengan kelengkapan yang Perodua berikan, anda pasti terkejut apabila dapat tahu bahawa harga permulaan buat Alza 2022 tetap lagi murah daripada model terdahulu.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 06

Untuk makluman anda, Alza sebelum ini paling mahal pun berharga RM 62,690. Model baharu ini pula bermula dari RM 62,500 hinggan RM 75,500.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 07

Varian tengah 1.5 H.

Secara tidak langsung, inilah model kedua paling mahal dalam sejarah Perodua.

Kelebihan ā€“ kereta Malaysia pertama yang menawarkan Apple CarPlay dan Android Auto

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 08

Walaupun sokongan Apple CarPlay pada permulaannya tidak didatangkan pada Alza 2022, isu ini telahpun diselesaikan sejak Perodua berjaya mendapat pengiktirafan Made for iPhone (MFi).

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 09

Secara tidak langsung, Perodua Alza 2022 adalah kereta Malaysia pertama yang ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, iaitu melalui infotainment 9 inci.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 10

Yang hebatnya, mulu operasinya tetap lancar walaupun sudah beberapa jam digunakan.

Keburukan ā€“ tiada pembaca tol Smart Tag yang terkenal pada beberapa model Perodua

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 11

Perodua Myvi ada slot pembaca Smart TAG di bahagian kosong ini.

Pembaca Smart Tag yang diintegrasikan terus pada Perodua Myvi 2017 adalah antara ciri paling bijak yang pernah keluar dari jenama kereta tempatan. Lagipun, buat apa nak pakai peranti besar yang perlu ada bateri kan?

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 12

Pembaca Smart TAG pada Perodua Myvi.

Apapun, sejak Ativa dan Alza baharu diperkenalkan, Perodua tidak lagi menawarkan ciri ini. Apa yang digantikan adalah tag FRID yang mana pemilik perlu mengaktifkannya melalui Touch nā€™ Go e-Wallet.

Keburukan ā€“ tempat letak telefon yang kekok

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 13

Alza dan Veloz pakai konsol tengah yang sama.

Walaupun kabin Alza 2022 nampak memukau, ruang tempat meletak barang sebenarnya agak kekurangan, terutama pada bahagian depan tombol gear. Jadi, bagaimana hendak letak telefon?

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 14

Alza 1.5 H. Kredit: Facebook.

Di tepi konsol tengah sahajalah jawapannya. Menariknya, Alza varian X dan H ada ruang storan pada bahagian yang dirungutkan tetapi bukan pada AV.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 15

Apapun, untuk pembeli varian teratas ini, anda boleh meletakkan telefon di bahagian tepi konsol tengah tetapi nak mengapainya rasa agak kekok.

Konklusi

Sama seperti Perodua Ativa, Azla 2022 juga bakal menjadi satu lagi fenomena buat Perodua. Dengan kelengkapan yang tinggi serta harga yang menarik, tidak hairanlah tempahannya boleh cecah 51,000 dalam masa sekejap.

Juga bacaTempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan!

Kebaikan & Keburukan: Perodua Alza 2022 - kereta terbaik bawah RM 100k, tapi apa yang 'kureng'? 16

Walaupun anda tidak mencari sebuah MPV, Alza 2022 sebenarnya tetap berbaloi untuk dibeli kerana ia serba boleh dan cara ia menguruskannya juga cukup memuaskan hati.

Juga baca: Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda