window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)!

Zamil Syaheer · Sep 10, 2022 04:00 PM

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 01

Perodua Alza 2022 adalah lonjakan kuantum daripada pendahulunya dalam hampir setiap aspek; trenkuasa yang unggul, rupa yang hensem, sarat dengan kelengkapan dan ciri keselamatan canggih, dan lebih banyak ruang bagasi.

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 02

Bukan itu sahaja, Perodua Alza 2022 juga mempunyai kualiti pemanduan yang jauh lebih baik serta selesa daripada model lama, malah lebih baik daripada Ativa!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 01

Wow, adakah ini bermakna Alza ini sempurna? Tidak juga. Seperti yang selalu kami katakan, tiada kereta yang sempurna dan Alza 2022 tidak terkecuali. Berikut adalah beberapa kelemahan Perodua Alza 2022.

Penggunaan ruang yang musykil

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 02

Mana nak simpan dompet atau telefon dengan selamat?

Dalam varian AV, tiada ruang kecil di konsol tengah kecuali ruang penyimpanan di bawah tempat perehat lengan. Hanya kawalan penghawa dingin, peringatan tali pinggang keledar, dan butang pushstart sahaja yang ada. Di bawahnya terdapat panel rata sehingga ke tombol gear, tiada ruang ataupun tempat storan kecil.

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 03

Anehnya, varian X dan H mendapat tempat storan di bahagian bawah papan pemuka tersebut. Persoalan kepada Perodua ialah, mengapa varian X dan H mendapat ruang ini tetapi tidak AV?

Baca juga: Tempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan!

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 04

Beralih ke bawah sedikit, terdapat ciri brek parkir elektrik (EPB) dan butang penahan brek (yang pertama untuk Perodua), menaikkan lagi rasa premium pada kabin Alza. Namun begitu, bukankah memaksimumkan ruang dalaman salah satu sebab untuk menggunakan EPB?

Baca juga: Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 05

Daripada butang ‘central lock’ dan kemasan krom sahaja, baik letak tempat pemegang cawan. Jika kita melihat Toyota Veloz, ruang itu dimanfaatkan dengan pad pengecas tanpa wayar.

Tiada pelarasan teleskopik

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 06

Kami telah menyatakan perkara ini sebelum ini dan kami akan menyatakannya sekali lagi – pada tahun 2022, pelarasan stereng teleskopik sepatutnya menjadi ciri standard pada semua kereta.

Baca juga: Sekarang tahun 2022 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

Ini mungkin bukan isu bagi individu yang bertubuh kecil, tetapi bagi mereka yang lebih tinggi daripada angka purata mungkin akan bergelut untuk mencari posisi pemanduan yang ideal.

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 07

Pelarasan teleskopik tidak sepatutnya menjadi kemewahan, tetapi satu keperluan kerana kedudukan pemanduan yang baik adalah penting.

Khususnya kepada Alza 2022, bukan banyak wang yang perlu dilaburkan untuk membangunkan kolum stereng baru memandangkan Toyota Veloz (kembar Alza) mempunyai ciri pelarasan stereng teleskopik. Mungkin ciri ini akan hadir pada model facelift?

Baca juga: Dah tahun 2022, Perodua Alza 2022 serba baru dah patut ada larasan stereng jenis teleskopik

Konklusi

Kekurangan: Dua benda yang tak 'best' dekat Perodua Alza 2022 (D27A)! 08

Perodua Alza 2022 adalah kereta keluarga yang hebat. Malah, tidak keterlaluan jika kami katakan ia adalah kereta terbaik pada harga bawah RM100k, walaupun anda tidak mencari MPV.

Baca juga: Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!

Ia bukanlah sempurna, tetapi jika anda boleh hidup dengan kekurangan yang dinyatakan di atas, maka Perodua Alza 2022 adalah kereta yang sesuai untuk anda. Tak percaya? Saya sendiri pun dah beli satu, anda boleh lihat dibawah:

@wapcar_zamil Setelah sekian lama menunggu, Alhamdulillah. Mana geng Alza baru, hadir mai! #wapcar #carmalaysia #fypmalaysia #peroduaalza #peroduaalza2022 #alza2022 ♬ original sound - Zamil

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda