Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia?

Memandangkan pilihan raya umum ke-15 semakin menghampiri, antara persoalan yang ada di fikiran kita bukanlah siapa yang akan menjadi PM seterusnya atau sama ada parti X boleh memastikan bahawa tiada pergerakan pintu belakang, tetapi kereta apakah yang digunapakai oleh ahli politik kita?

Baiklah, mungkin "sesetengah" sahaja di antara anda yang terfikir tentang ini memandangkan pegawai-pegawai yang dipilih ini menjadi wakil rakyat. Namun, sekurang-kurangnya mereka harus menjalankan tugas mereka dengan baik terlebih dahulu sebelum membeli Alphard dengan duit cukai rakyat, betul tak?

Jika anda aktif dari segi politik dan mengikuti berita setiap kali ahli politik pergi untuk lawatan rasmi atau terlibat dalam beberapa skandal, anda mungkin perasan kereta mereka dan selalunya ia adalah Toyota Alphard atau Vellfire.

Baca juga: MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa

Vellfire/Alphard biasanya akan muncul di latar belakang foto mereka

Walaupun mungkin benar bahawa kotak besar mewah beroda ini adalah pilihan utama bagi kebanyakan ahli parlimen dan menteri kita, kami ingin tahu sama ada mereka hanya cenderung kepada kembar Toyota ini atau memiliki sesuatu yang lebih menarik.

Baca juga: PH tidak pernah luluskan Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi - LGE

Kami menyahut cabaran ketua pengarang kami untuk mengetahui kereta yang digunapakai oleh semua 222 (penyandang) ahli parlimen sebagai kereta rasmi mereka. Untuk berbuat demikian, cara paling senang adalah dengan menyelidik akaun media sosial mereka kerana ia adalah tempat utama untuk mereka berkongsi tugas mereka dalam berkhidmat kepada rakyat.

Kami juga melihat melalui mana-mana berita rasmi yang memaparkan mereka, sama ada lawatan rasmi sebagai menteri atau pun melalui beberapa campur tangan politik. Kami hanya memerhatikan catatan dan berita dari 2018 iaitu tahun pilihan raya umum lalu jadi sebarang sumber yang diperoleh sebelum ini akan diabaikan.

Berapa banyak Vellfire yang digunapakai?

Daripada 222 ahli parlimen, kami berjaya menemui 212 kenderaan rasmi. Baki 10 lagi tidak dapat dikesan kerana mereka mempunyai tidak mempunyai kehadiran media sosial yang kuat atau mempunyai kerusi kosong.

Hasil penemuan kami dan jenama paling popular secara ringkas ialah Toyota dengan 104 ahli parlimen yang dilihat menggunakannya. Itu menyumbang kepada 47% bahagian pemilikan.

Baca juga: Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat - MoF

Proton menduduki tempat kedua dengan 33 MP diikuti Honda (15 MP) dan Mercedes-Benz (13 MP). Tidak hairanlah, kebanyakan Proton digunakan oleh mereka yang memegang jawatan dalam kabinet kerajaan yang sedia ada.

Walaupun tidak dianggap sebagai kereta yang kelihatan rasmi, kami mendapat tahu bahawa 4 ahli parlimen menggunakan Perodua sebagai kereta rasmi mereka. Salah seorang ahli parlimen itu adalah timbalan menteri kabinet walaupun kadang-kadang dia juga dilihat dalam Vellfire.

Baca juga: Geely Preface kini dikeluarkan. Kemungkinan jadi Proton Perdana generasi baharu semakin kuat?

Jenama "lain-lain" yang dipandu 13 ahli parlimen, ia terdiri daripada Lexus, Isuzu, BMW, Mazda, Hyundai, Jaguar, Audi, dan VolkswagenMungkin anda boleh meneka ahli parlimen mana yang dilihat dalam jenama tersebut.

Seterusnya, kami melihat jenama paling popular mengikut negeri dimana Toyota meneraju carta ini dengan 12 negeri dan wilayah persekutuan. Ia terikat dengan Proton di Pulau Pinang dengan kedua-dua jenama itu digemari oleh 4 ahli parlimen.

Negeri Perlis hanya mempunyai 3 kawasan dan 2 ahli parlimennya menggunakan Proton sebagai kenderaan rasmi mereka. Proton juga merupakan kereta rasmi yang dipilih oleh kebanyakan ahli Parlimen Kelantan dengan sebahagian daripada mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan Ismail Sabri.

Anehnya, Mitsubishi adalah jenama yang paling digemari oleh ahli parlimen di Terengganu berdasarkan tinjauan kami manakala satu-satunya ahli parlimen Putrajaya memilih Mercedes-Benz sebagai kereta rasminya.

Mengenai teori ahli parlimen hanya menggunakan Vellfire…

Dari segi model, kereta paling popular di kalangan ahli parlimen Malaysia ialah Toyota Vellfire dengan 39 ahli parlimen dilihat dalam satu. Walaupun mungkin benar bahawa ia adalah kegemaran di kalangan ahli politik, jelas sekali tidak semua orang memilih Vellfire sebagai kegemaran mereka.

Namun, keputusan yang mengejutkan ialah betapa rendahnya penggunaan Toyota Alphard. Walaupun ia adalah model lebih premium berbanding Vellfire, hanya 10 ahli parlimen memilih Alphard sebagai kenderaan rasmi mereka.

Mungkin penampilan Vellfire yang mengagumkan memenangi hati mereka tetapi sedih untuk mengatakan bahawa jangka hayat MPV ini semakin hampir ke penghujungnya kerana Vellfire generasi seterusnya boleh digabungkan sekali dengan Alphard.

Baca juga: Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP

 

Bagi kebanyakan ahli parlimen dari Borneo, Land Cruiser atau Fortuner menjadi pilihan mereka

Kereta kedua paling popular oleh ahli parlimen kami ialah Toyota Land Cruiser dengan 19 ahli parlimen manakala di tempat ketiga dengan 16 ahli parlimen masing-masing ialah Proton Perdana dan Toyota Fortuner.

Land Cruiser dan Fortuner kebanyakannya digemari oleh ahli parlimen dari Borneo di mana off-roader adalah satu keperluan.

Walaupun Hilux menjadi kegemaran di kalangan rata-rata pembeli trak pikap Malaysia, ia tidak menduduki posisi 10 teratas dalam kalangan ahli parlimen. Sebaliknya, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger memenangi hati kebanyakannya.

Di mana hilangnya rasa bangga dengan produk Malaysia di hati ahli parlimen?

Jika ada satu benda yang menyatukan ahli politik tidak kira sama ada mereka dilabel konservatif atau sentris atau sama ada mereka berada di bawah panji Harapan atau Barisan Nasional, mereka semua suka Toyota.

Baca juga: Toyota Vellfire bakal jadi β€˜rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun!

Malah, ia tidak semestinya Vellfire. Beberapa model Toyota yang digemari oleh ahli parlimen selain daripada yang disebutkan termasuk Estima, Harrier, dan Camry dengan yang kedua juga kadang-kadang dilihat oleh ahli parlimen yang mempunyai jawatan dalam kabinet.

Bagi Proton, walaupun ia mungkin berada di tempat kedua di kalangan ahli parlimen, selain daripada X70 dan Perdana yang dihentikan, mereka tidak mempunyai kereta lain yang kelihatan rasmi. Lainlah kalau mereka ingin bertukar kepada Saga dan benar-benar menjadi ahli parlimen untuk rakyat.

Baca juga: (Video) YB Nurul Izzah pandu Proton X70, nampak ayu dengan #BatikMalaysia

Pernah suatu ketika ahli parlimen dan pegawai kerajaan "diperlukan" hanya menggunakan model buatan tempatan atau pemasangan (CKD) untuk kegunaan rasmi mereka tetapi berdasarkan apa yang kita lihat, pengeluar kereta Jepun mengatasi segala-galanya.

Kebanyakan daripada mereka tidak dipasang secara tempatan di sini dengan Vellfire, Alphard, dan Land Cruiser kebanyakannya dibawa masuk melalui pengedar recond.

Sebenarnya, kami tidak kisah jika pegawai yang dilantik ini memilih untuk bergerak dalam Saga yang sederhana, EV atau kotak roti yang mewah asalkan mereka mengembalikan ekonomi kita ke landasan yang betul, membaiki jalan kita yang rosak, meminta RapidKL membaiki eskalator mereka, dan membina sistem pengangkutan awam yang cekap untuk membebaskan rakyat daripada perlu membayar pinjaman kereta.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Vellfire

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Toyota Vellfire
Cek Lebih