window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual!

Haris · Aug 19, 2020 04:00 PM

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 01

Sekitar tahun 90an hingga ke awal 00an, Subaru mendominasi kejohanan-kejohanan rali dengan jayanya. Jika anda masih ingat, Proton turut aktif berkecimpung dalam arena sukan rali sekitar tahun yang sama.

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Subaru dengan senang hati telah merealisasikan sebuah jentera rali juara untuk menjadi sebuah jentera yang boleh dipandu harian. Begitulah asal usul Subaru Impreza GC ini.

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 01

Jentera yang dipaparkan ini telah dikembalikan kepada keadaan asal. Oleh hal yang demikian, di sini kami senaraikan modifikasi yang sudah dilakukan terhadap jentera rare ini.

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 02

Kereta rali ini dijana oleh enjin Boxer dari WRX STi Type RA yang mampu menghasilkan 280 PS kuasa kuda dan 353 Nm tork. Ia mempunyai empat pintu dan but yang boleh digunakan. Namun begitu, pemilik kereta ini sudah pun memberikan sedikit tambahan modifikasi untuk meningkatkan kuasa kuda tersebut.

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 03

Senarai ini merangkumi single scroll turbo IHI VF-22, pelindung haba turbin Cusco, ECU E-manage Blue, sistem ekzos catback Ganador dan radiator aluminium baru. Selain itu, penggalas enjin (engine bearing) baru dan piston STi juga telah dilengkapi baru-baru ini.

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 04

Selain itu, ia juga mempunyai bushing PU Powerflex pada casis, Whiteline anti lift kit dan kelengkapan Cusco seperti arm hadapan dan belakang dengan tower bar pada bahagian belakang. Sistem suspensi pula menggunakan, Bilstein strut yang telah dibina semula pada tahun 2017 dengan spring yang ditinggikan.

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 05

Bukan Subaru lah kalau tak AWD! Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui sistem pacuan empat roda yang simetri. Tayar Westlake digunakan pada rim 16-inci standard di sekelilingnya dan terdapat brek empat piston di bahagian depan dan brek belakang satu pot.

Kelengkapan lain yang dipertingkat adalah brek stopper Cusco, brek jaluran keluli dan brek pad rali Brig Group-N.

Barang Rare: Subaru Impreza GC 1999, juara lagenda rali WRC untuk dijual! 06

Pada bahagian dalam pula, tiada sebarang modifikasi yang dapat dilakukan. Dapat dilihat adalah meter analog dengan warna latar putih dan pedal aluminium yang turut digunakan dalam banyak kereta rali.

Jika anda berminat, anda boleh melihat sendiri keadaan kereta ini di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda