window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dapatkan perlindungan yang lebih baik dengan pakej insuran Honda yang terbaru

Faisal · Sep 3, 2020 10:11 AM

Dapatkan perlindungan yang lebih baik dengan pakej insuran Honda yang terbaru 01

Honda Malaysia telah merasmikan Honda Insurance Plus (HiP) dengan versi yang diperbaharui. Mula diperkenalkan pada tahun 2002, HiP memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada ahli mereka. Pakej yang menerima peningkatan baru ini memberikan manfaat dari segi Rescue, Protection, dan Savings.

Dapatkan perlindungan yang lebih baik dengan pakej insuran Honda yang terbaru 02

Dari segi penyelamat (Rescue), ahli HiP mendapat hak istimewa dimana pasukan Honda sentiasa bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan tunda 24 jam sekiranya anda mengalami kemalangan, kerosakan kenderaan, dan ketika banjir melanda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenderaan yang terlibat akan dihantar ke Honda Authorised Body & Paint Centre yang berada dalam julat 450 km dari titik kawasan. Selain itu, Honda menawarkan kos upah secara percuma sehingga RM 200 untuk setiap kes pembaikian di tepi jalan (tidak termasuk harga alat ganti).

Dapatkan perlindungan yang lebih baik dengan pakej insuran Honda yang terbaru 01

Dari segi perlindungan (Protection), Honda menawarkan mutu kerja yang tinggi untuk kerja membaiki komponen, badan dan warna kenderaan. Hanya alat ganti dan peralatan yang tulen akan digunakan. Pada masa yang sama, alat ganti didatangkan dengan jaminan selama 6 bulan atau jarak tempuh sebanyak 10,000 km.

Selain itu, ahli HiP yang menghantar kenderaan ke Honda Authorised Body & Paint Centre akan menerima imbuhan sekiranya tuntunan tersebut dibawah RM 20,000. Ahli HiP juga diberi bantuan perubatan termasuk rujukan dan temu janji, penghantaran perubatan yang tidak ada di pasaran tempatan, pemindahan rawatan, dan penghantaran semula ke rumah.

Sebagai tambahan baru, ahli HiP memiliki hak istimewa untuk bantuan kemalangan persendirian (Personal Accident Coverage) sehingga RM 15,000 sekiranya mengalami kemalangan maut (Accidental Death) atau cacat selamanya (Permanent Disability) untuk pemilik kenderaan yang mengalami kemalangan.

Dapatkan perlindungan yang lebih baik dengan pakej insuran Honda yang terbaru 02

Peningkatan yang paling besar kali ini ialah dari segi penjimatan (Savings). Sekiranya kenderaan dicuri atau dirosakkan, ahli HiP akan mendapat bayaran 100% daripada insuran untuk kereta yang berusia sehingga 13 tahun, meningkat dari 10 tahun pada sebelumnya.

Pembaharuan yang lain termasuk:

  • Pemandu yang tidak didaftarkan tetapi ekses insuran akan dikenakan
  • Elaun banjir sehingga RM 1,500
  • Elaun kelegaan sebanyak RM 1,500 sekiranya kenderaan dicuri atau musnah dan RM 1,000 untuk kunci yang telah hilang

Di samping itu, ahli HiP memiliki perlindungan 100 % selama 10 tahun tanpa cas peningkatan dimana ini membolehkan komponen lama pada kenderaan yang mengalami kemalangan diganti dengan alat ganti baru yang tulen.

Dapatkan perlindungan yang lebih baik dengan pakej insuran Honda yang terbaru 03

Pelanggan Honda yang sedia ada boleh memperbaharui atau mendaftar pakej HiP di pengedar Honda yang berdekatan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian bebas Honda pada 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my untuk mengetahui lebih terperinci akan pakej insuran terbaru oleh HiP.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda