window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik?

Haris · Mar 7, 2023 11:59 AM

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik? 01

Dongfeng Motors telah melancarkan kenderaan elektrik terbaharunya, trak pikap Rich 6 EV di China dengan harga "mampu milik". Trak pikap elektrik baharu ini mempunyai jarak gerak sehingga 453 km (menggunakan ujian CLTC) dengan sekali caj.

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik? 02

Dongfeng Rich 6 EV mempunyai reka bentuk sasa dengan gril bersalut krom yang besar, hud depan dengan garis ukiran dan penampilan lasak secara keseluruhan. Trak pikap itu adalah berasaskan Nissan Navara generasi ketiga, trak pikap berkuasa petrol yang dilancarkan pada tahun 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Nissan Navara NP300 terpakai sekitar RM 80k, "topup" sikit beli ini lebih baik dari Frontier?

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik? 01

Hal ini kerana Dongfeng Rich 6 dihasilkan melalui usaha sama Zhengzhou-Nissan. Pemegang saham terbesar dalam usaha sama yang agak rumit ini ialah Dongfeng Motors. Di bawah persetujuan itu, ia menghasilkan kenderaan di bawah jenama Dongfeng dan Nissan.

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik? 02

Dongfeng menjual dua versi Rich 6 EV iaitu:

  1. Pacuan roda belakang. Motor tunggal dengan 163 PS dan 420 Nm. Kelajuan maksimum 100 km/j. Bateri LFP 60 kWj untuk jarak gerak CLTC 350 km.
  2. Pacuan roda belakang. Motor tunggal dengan 177 PS dan 450 Nm. Kelajuan maksimum 120 km/j. Bateri LFP 77 kWj untuk julat CLTC 453 km.

Trenkuasa kedua adalah trenkuasa baharu sepenuhnya. Ia adalah pilihan tambahan dan tidak menggantikan model versi 163 PS.

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik? 03

Tetapi syarikat itu juga ada menawarkan Dongfeng Rich 6 dengan enjin pembakaran dalaman. Pilihan enjin yang ada termasuk enjin petrol 2.4 liter dengan kuasa 160 PS dan pilihan enjin 2.4 liter turbo diesel dengan kuasa 165 PS.

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik? 04

Menariknya, penulis di Car News China mendapati bahawa terdapat banyak komponen terdedah di bahagian bawah. Seluruh enjin, serta banyak pendawaian elektrik, dipasang luar dari casis kenderaan. Motor elektrik digantung jauh ke kanan, meletakkan ketegangan tambahan pada sistem suspensi leaf spring yang digunakan.

Dongfeng Rich 6 EV - trak pikap elektrik berasaskan Nissan Navara, harga RM 173k dikira mampu milik? 05

Apa-apa pun, harga Dongfeng Rich 6 EV bermula antara RMB 269,800 hingga RMB 329,800 (RM 173,940 - RM 212,622). Ini menjadikannya sangat mahal untuk sebuah trak pikap, terutamanya dengan versi ICE (paling mahal sekitar RM 126,329). Namun sebagai sebuah trak pikap elektrik, ini adalah pilihan yang agak murah dalam pasaran China.

Baca: Hanya 59 unit DFSK Glory i-Auto dijual di Indonesia setakat tahun ini, Malaysia patut batalkan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda