window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020!

Zamil Syaheer · Oct 14, 2020 01:00 PM

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 01

Seperti mana yang anda ketahui, pakej rangsangan ekonomi Penjana kini menawarkan pengecualian penuh untuk cukai penjualan 10 persen bagi kereta penumpang yang dipasang di dalam negara sehingga 31hb Disember 2020. Kereta penumpang yang diimport masih perlu membayar cukai penjualan, tetapi hanya separuh kadar normal.

Kata kunci di sini adalah kereta penumpang. Trak pikap diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial, dan ini bermakna harga tidak akan berubah.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berita baik disini adalah pengedar kenderaan Ford di Malaysia iaitu Sime Darby Auto Connexion kini menawarkan promosi rebat tunai untuk Ford Ranger sehingga 31hb Disember 2020. Anda boleh menganggapnya sebagai saguhati untuk pembeli trak pikap.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 01

Setiap promosi bergantung pada varian Ranger yang anda pilih. Ia bermula dari rebat tunai hingga RM 7,000 untuk Ranger XL, hingga pilihan penyelenggaraan percuma 2 tahun atau rebat tunai RM 2,000 untuk Ranger WildTrak, Ranger Raptor, dan Ranger XLT Plus.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 02

Sebelum anda menuju ke bilik pameran Ford, berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan yang sering diajukan:

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 03

1. Berapakah harga Ford Ranger?

Model paling asas iaitu Ranger XL double-cab dengan transmisi manual 6 kelajuan bermula dari RM 95,888. Ia menggunakan enjin 2.2 liter bercas turbo suntikan langsung common rail dengan 160 PS / 385 Nm. Ini adalah varian yang lebih sesuai untuk kontraktor mahupun kerja-kerja lasak kerana tiada ciri-ciri dan kelengkapan mewah.

Namun, anda masih mendapat sistem 4x4, 4WD sambilan Shift-on-the-fly, kedalaman rendaman air 800 mm, limited slip differential (LSD), Hill Descent Control dan Hill Launch Assist.

Varian XLT dan XLT Plus pula sesuai bagi mereka yang perlu menggunakan trak mereka untuk keperluan tugas berat dan bersantai. Ranger WildTrak dan Ranger Raptor ditujukan kepada mereka yang lebih fokus kepada gaya hidup.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 04

Ranger Raptor yang paling premium di dalam barisan Ranger bermula dari RM 208,888. Ia menambah enjin 2.0 liter dua-turbo 213 PS / 500 Nm suntikan langsung common rail yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan suspensi Fox Racing Shox.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 05

2. Mana varian Ranger yang disyorkan untuk dibeli?

Bagi kebanyakan pembeli, Ranger WildTrak adalah yang paling sesuai. Dengan harga dari RM 150,388, ia merupakan penjimatan yang besar berbanding Ranger Raptor. Anda masih mendapat enjin 213 PS / 500 Nm dan transmisi 10 kelajuan yang sama.

Anda hanya kehilangan kit badan Raptor, paddle shifters, tempat duduk kemasan kulit, suspensi Fox, plat perlindungan bawah badan, dan ciri Terrain Management yang lebih canggih untuk 4WD sambilan, bukan ciri yang paling penting bagi pengguna trak di bandar.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 06

WildTrak juga dilengkapi dengan kawalan pelayaran adaptif yang tidak ada pada Raptor (hanya kawalan pelayaran biasa).

Tetapi jika anda memiliki ladang kelapa sawit atau menjalankan perniagaan pembinaan, XLT dan XLT Plus adalah disyorkan.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 07

3. Adakah ia boleh dipercayai?

Oleh kerana ia adalah trak pikap, Ranger harus lebih dipercayai dan tahan daripada banyak kereta penumpang. Lagipun, pengguna Ranger dari seluruh dunia menggunakan trak mereka untuk menyelesaikan kerja-kerja berat dan sering dalam persekitaran yang teruk.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 08

Bercakap tentang kepercayaan, trak Jepun sudah lama berada di dalam pasaran ini. Ini menjelaskan kenapa ramai menganggap trak Jepun mempunyai kebolehpercayaan yang unggul.

Ford Ranger kini berada dalam generasi ketiga. Sebenarnya ia adalah generasi keempat jika anda kira pendahulunya iaitu Ford Courier. Courier Splash warna kuning adalah trak yang memulakan budaya trak hari ini di Malaysia.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 09

4. Adakah ia selesa?

WildTrak adalah trak yang paling selesa dalam pasaran kita hari ini.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 10

Ia agak senyap pada kelajuan lebuh raya, mempunyai tahap keselesaan lebih baik daripada beberapa kereta sedan. Hanya apabila melalui jalan berlubang yang lebih besar (yang mana anda hanya perlu langgar daripada elak) anda dapat merasakan pergerakan casis ladder frame di bawah badan.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 11

Tempat duduknya menyokong anda dengan baik. Malah perjalanan di tempat duduk belakang cukup selesa. Ia juga memiliki sistem infotainmen terbaik dalam kelasnya dengan sistem suara yang hebat dan dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 12

5. Selamat ke?

Kedua-dua Ranger WildTrak dan Ranger Raptor kini hadir dengan Forward Collision Warning (FCW), brek kecemasan autonomi (AEB) yang bukan sahaja mengesan kenderaan, tetapi juga pejalan kaki. Ia juga dilengkapi dengan Lane Departure Warning and Assist, enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik dengan rollover mitigation, Hill Launch Assist dan Hill Descent Control.

Pendek kata, ia dilengkapi dengan spesifikasi lebih baik daripada beberapa model sedan premium.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 13

Ranger mempunyai penarafan lima bintang di ASEAN NCAP (dan ANCAP) seperti yang diuji pada tahun 2015. Kawalan kestabilan elektronik (ESC) yang sangat penting tersedia sebagai standard termasuklah varian XL Single Cab 2.2L yang paling asas.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 14

6. Apa yang tidak baik tentang Ranger?

Sekiranya anda tinggal di Sabah dan Sarawak di mana Toyota Hilux dominan di sana, anda pasti perlu menjelaskan keputusan pembelian anda kepada banyak orang.

Ranger juga jauh lebih panjang dan lebih luas daripada trak pikap Jepun. Ini bermakna Ranger sedikit mencabar untuk letak kenderaan terutamanya di tempat letak kereta lama bertingkat yang tidak direka untuk kereta masa kini. Ia juga tidak mempunyai kamera letak kenderaan 360 darjah, hanya kamera undur biasa.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 15

Jarak rodanya juga agak panjang. Ini bermakna radius pusingan tidaklah sebaik trak pikap dari Jepun. Namun, ia dilengkapi dengan bantuan Semi-Automatic Parallel Parking, jadi itu sedikit sebanyak membantu.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 16

7. Apakah benda yang ditanggung oleh Ford didalam promosi perkhidmatan servis percuma selama 2 tahun?

Promosi perkhidmatan percuma merangkumi minyak enjin, penapis minyak, pembersih sistem bahan bakar, penapis udara, penapis diesel, penapis bau, cecair brek, dan caj upah untuk mengganti barang.

8. Berapakah nilai servis percuma?

Ford mengatakan ia dianggarkan sekitar RM 1,000 lebih daripada rebat tunai RM 2,000.

FAQ: Apa yang perlu anda ketahui tentang membeli Ford Ranger sebelum 31hb Disember 2020! 17

9. Berapa lama promosi perkhidmatan percuma itu sah?

Ia sah selama 2 tahun atau 40,000 km, mana yang tiba dahulu.

10. Adakah masih sah sekiranya kereta itu dijual dalam tempoh perkhidmatan percuma selama 2 tahun?

Ya, servis percuma terikat dengan kereta dan boleh dipindahkan ke pemilik seterusnya jika masih dalam jangka masa 2 tahun / 40,000 km.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda