window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT?

Haris · Jun 3, 2020 04:44 PM

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT? 01

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia baru sahaja melancarkan Ford Ranger FX4 2020 yang baharu melalui Facebook Live dan YouTube.

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT? 01

Ford Ranger FX4 yang baharu berharga dari RM 126,888 (harga atas jalan, tanpa insurans). Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 3 tahun / 100,000km. Tiga warna boleh didapati iaitu - Meteor Grey, Absolute Black, dan Artic White.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT? 01

Perbezaan Ranger FX4 dengan Ranger XLT adalah aksesori tambahan berikut:

  • Gril depan Ebony Black
  • Rim hitam gloss 18 inci
  • Decal dan lambang FX4
  • Logo FX4 di tempat duduk
  • Kemasan jahitan merah
  • Permaidani jenama FX4

Ranger FX4 dijana oleh enjin turbodiesel 2.2 liter yang berkuasa 160 PS dan 385 Nm tork serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT? 02

Untuk 150 pelanggan pertama yang membeli Ranger FX4 2020 buatan Thailand ini, mereka akan menerima aksesori bernilai RM 5,398 berikut secara percuma:

  • Sports bar hitam matte dengan warna tingkap
  • Perakam video digital (DVR) terbina dalam dengan kad memori 8GB.

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT? 03

Jurujual Ford Digital boleh dihubungi melalui WhatsApp di talian + 019-204 1200. Talian chat tersedia dari jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat. Pelanggan boleh menghubungi jurujual Ford di dealer yang terletak berdekatan dengan mereka.

Ford Ranger FX4 kini di Malaysia. Lebih 'garang' daripada Ford Ranger XLT? 04

"Ford Ranger FX4 baru ini direka untuk pelanggan yang mencari trak dengan lebih karakter dan mereka yang membawa trak mereka untuk mengembara sambil memanfaatkan keupayaan towing dan muatan yang terbaik," kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, pengarah urusan Sime Darby Auto ConneXion.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda