Honda Malaysia teruja melancarkan Honda City 2020 serba baharu dengan varian RS i-MMD!
Honda City 2020 generasi ke 5 serba baru dijangka akan merevolusikan industri automotif Malaysia terutamanya dalam segmen B dengan reka bentuk yang canggih, pecutan yang unggul dan ciri-ciri canggih terkemuka yang menjadikan model ini sedan paling hebat dalam kelasnya.
Pengenalan Honda City 2020 serba baru dengan sistem Multi-Mode Drive (i-MMD) pintar di Malaysia juga akan menjadi pelancaran dunia yang disasarkan pada suku ke 4 tahun 2020.
Honda City juga akan hadir dengan varian tertinggi RS. RS diambil inspirasi sebagai Road Sailing, di mana seseorang dapat membayangkan memandu jauh dengan prestasi pemanduan lancar tanpa sebarang kompromi. RS juga terkenal dengan daya tarikan yang sporty dan bergaya dengan gabungan ciri yang canggih.
Honda City 2020 serba baru kini dilengkapi dengan sistem Honda LaneWatch bagi varian RS & V sahaja. Selain itu, ia turut dilengkapi Lampu LED Baru depan dan belakang (RS & V) dengan Lampu DRL serta Lampu Belakang LED Baru untuk menandakan penampilan yang tiada tandingannya.
Cermin sisi berwarna hitam juga memberi penampilan yang lebih kemas. Roda aluminium 16 inci (varian RS dan V) juga sangat menarik. Rekaan jejari turut menjadikan roda kelihatan lebih besar.
Honda City 2020 serba baru dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baru yang mampu memberikan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan api yang ideal. Selain itu, sistem i-MMD yang bakal diperkenalkan memberikan kecekapan yang tinggi digabungkan dengan tindak balas langsung dan lancar.
Sistem i-MMD sebelum ini hanya tersedia dalam barisan model kelas atasan Honda sahaja. Dalam usaha menawarkan teknologi canggih di semua model Honda yang lain, para jurutera di Honda R&D telah mengadaptasi sistem i-MMD yang lebih padat dan cekap ke dalam kenderaan bersaiz kecil.
Honda City RS 2020 serba baru dengan trenkuasa i-MMD memberikan pecutan tertinggi dalam kelasnya dengan 253 Nm tork. Hal ini menjadikan model ini setaraf dengan tork pada enjin 2.5L Naturally Aspirated.
Ciri Electric Parking Brake (EPB) di Honda City RS 2020 serba baru adalah yang pertama dalam kelasnya. Hal ini memberikan kemudahan kepada pemandu hanya dengan menekan satu butang sambil kelihatan bergaya dan maju dari segi teknologi.
Senarai harga masih belum diumumkan namun Honda telah membuka tempahan untuk Honda City 2020 serba baru. Terdapat juga Baucar Servis berharga RM 1,000 khas untuk beberapa pembeli terawal.


Haris Penulis
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.