window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021!

Faisal · Dec 12, 2020 06:00 PM

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 01

Tahun 2021 kelihatan seperti tahun yang menarik buat industri automotif Malaysia. Kali ini, mari kita lihat antara model yang akan dilancarkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) pada tahun depan.

Toyota Harrier baru

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 02

Toyota Harrier spesifikasi Jepun

Seperti Toyota RAV4, Toyota Harrier generasi ke-4 juga dibina berdasarkan platform TNGA (Toyota New Global Architecture).

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Jepun, Harrier baharu didatangkan dengan 2 pilihan tren kuasa iaitu enjin 2.0L aspirasi natural (171 PS/207 Nm tork) dan enjin 2.5L hibrid (gabungan kuasa sistem: 218 PS). Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.

Kembali ke Malaysia, Harrier baharu berkemungkinan hadir dengan enjin 2.0L aspirasi natural.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 01

Memandangkan generasi sebelum ini sudah datang dengan sistem bantuan keselamatan Toyota Safety Sense (TSS), ciri ini dijangka beransur pada Harrier baru kelak.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 02

Walau apapun, harganya dijangka meningkat berbanding model sebelum ini. Anda boleh dapatkan maklumat terperinci mengenai Toyota Harrier baru di sini.

Toyota Camry facelift

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 03

Toyota Camry spesifikasi Amerika Syarikat

Sekiranya anda mahukan kualiti premium seperti Harrier tetapi di dalam bentuk sedan, Toyota Camry facelift semestinya bertepatan dengan kehendak anda.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 04

Tidak seperti Harrier, Camry 2021 hanyalah sebuah facelift. Oleh itu, kebanyakan daripada perinciannya masih dikekalkan. Untuk model facelift, Camry menerima beberapa perubahan visual dan penambahan teknologi. Antaranya ialah sistem keyless entry yang lebih baik, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, dan ciri bantuan keselamatan (TSS) yang dipertingkatkan.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 05

Namun begitu, ia dijangka mengekalkan tren kuasa 2.5L (184 PS/235 Nm tork) yang sama tetapi kami berharap ia hadir dengan enjin Dynamic Force 2.5L (209 PS/250 Nm) seperti di Thailand.

Anda boleh dapatkan perincian Toyota Camry facelift di sini.

Toyota Fortuner facelift

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 06

Memandangkan Toyota Hilux facelift baru sahaja dilancarkan, Toyota Fortuner pula menunggu masa sahaja. Berdasarkan rakan kami di Autofun, Fortuner facelift dikatakan lebih mewah.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 07

Fortuner Legender: Varian teratas di Thailand

Dari segi tren kuasa, ia dijangka menggunakan enjin 2.4L turbodiesel (150 PS/450 Nm tork) yang sama apabila dilancarkan kelak.

Walau apapun, masih belum dipastikan sama ada UMW akan menawarkan enjin 2.8L yang baru (204 PS/500 Nm tork) seperti yang terdapat pada Fortuner Legender dan Hilux Rogue.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 08

Dari segi visual eksterior, perubahan yang ditampilkan tidaklah terlalu ketara. Pada bahagian interior pula, kelengkapan baru seperti pengecas telefon tanpa wayar dan kawalan elektronik untuk pintu but dijangka hadir. Selain itu, Fortuner facelift dijangka menerima sistem bantuan keselamatan TSS yang dipertingkatkan.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 09

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Fortuner facelift, klik di sini!

Toyota Corolla Cross

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 10

SUV kedua yang dibina berdasarkan platform TNGA ialah Toyota Corolla Cross. Untuk maklumat anda, SUV ini sangat laku di Thailand. Malah ia telah menggugat kedudukan Honda HR-V dan Subaru XV.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 11

Walaupun butiran tren kuasa untuk pasaran Malaysia belum dipastikan, model ini hadir dengan dua enjin 1.8L. Salah satunya ialah enjin aspirasi natural (140 PS/177 Nm tork) dan satu lagi ialah enjin hibrid (gabungan kuasa sistem: 122 PS).

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 12

Pada bahagian kabin, Corolla Cross bakal hadir dengan kerusi kulit dan skrin infotaiment sesentuh dengan sokongan Android Auto/Apple CarPlay.

Untuk maklumat anda, Corolla Cross mempunyai ruang but yang lebih besar daripada Honda HR-V (487 liter berbanding 437 liter).

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 13

Ciri bantuan keselamatan (TSS) juga dijangka hadir untuk pasaran Malaysia. Anda boleh dapatkan maklumat terperinci mengenai Corolla Cross di sini.

Toyota Vios GR Sport

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 14

Sekiranya senarai pelancaran yang kami lampirkan tidak kena dengan jiwa rancak anda, biarkan Gazoo Racing uruskan. Selain Toyota Vios facelift, Vios GR Sport juga bakal hadir buat fanatik Toyota di Malaysia.

Vios yang lebih sporty ini mempunyai suspensi yang lebih mantap, kosmetik yang berlainan, dan transmisi CVT dengan 10 nisbah virtual.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 15

Memandangkan ia hanyalah varian GR Sport, tidak akan ada sebarang bunyi letupan ekzos ataupun sebarang drift yang lincah. Sekiranya itu yang anda mahukan, mungkin anda perlu nantikan…

Toyota GR Yaris 2021

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 16

Tidak percaya? Kereta rali untuk kegunaan jalan ini memang akan dilancarkan! Dengan sentuhan istimewa oleh Tommi Makinen yang cukup disegani di dalam dunia perlumbaan rali, Toyota GR Yaris ialah hot hatch yang anda dahagakan. Dengan kuasa sebanyak 272 PS dan 370 Nm tork, fanatik permotoran di Malaysia bakal menerima kemuncak pengalaman pemanduan.

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 17

Malah kereta ini tidak berhenti daripada menerima anugerah sejak ia mula dijual. Di Thailand, tempahan buat peminat sudah dibuka. Oleh itu, pelancaran di Malaysia hanyalah menunggu masa. Walau bagaimanapun, harganya diramalkan agak ‘keras’. Tetapi untuk sesuatu yang sangat luar biasa, mungkin ramai akan berebut untuk memilikinya terutama dengan rakyat Malaysia yang serba kaya ini.

Konklusi

Kereta Toyota yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021! 18

Toyota Vios facelift dan Yaris facelift akan dilancar dalam bulan ini

Dengan itu, inilah senarai kereta Toyota yang akan dilancarkan pada tahun depan. Model manakah yang paling anda nantikan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda