window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand

Mersita · Jan 21, 2022 06:00 PM

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 01

Setahun lalu, Toyota Motor Thailand (TMT) menaiktaraf Toyota Corolla Altis dalam usaha untuk mencuri perhatian pembeli yang mempertimbangkan Honda Civic. Namun, usaha ini agak sia-sia kerana Civic sudahpun berada jauh di hadapan menandingi Corolla dari segi jualan – sekurang-kurangnya pada separuh pertama 2021.

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 02

Varian hibrid dalam warna putih, varian petrol berwarna merah

Memandangkan Civic FE serba baru sudahpun dilancarkan di Thailand pada Ogos lalu, jurang ini barangkali akan jadi lebih besar. Walau bagaimanapun, TMT merancang satu lagi naiktaraf untuk Corolla Altis dan kali ini, varian GR Sport (GR-S) melarat ke Corolla Altis Hybrid (HEV).

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbeza dengan naiktaraf tahun lepas yang sebahagian besarnya berfokuskan pada kelengkapan, naiktaraf 2022 ini menyaksikan Corolla Altis spesifikasi Thai dalam varian tertinggi diberi pembaharuan visual di luar dan dalam kereta.

Baca juga: Toyota Corolla Altis GR Sport 2021 – bakal tiba di Malaysia selepas Vios GR Sport?

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 01

Kedua-dua varian iaitu petrol dan hybrid GR-S ini diberi muka hadapan yang direka semula, merangkumi bampar dan jejaring hadapan baru. Pendek kata, GR-S dinaiktaraf ini tampak kurang ‘sporty’ berbanding naiktaraf terdahulu.

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 02

Rekaan belakangnya pula lebih minimal dan memandangkan ia GR-S, lencana hitam dan merah popularnya diletakkan di bahagian atas pintu but. Jangan hairan pula melihat lencana “Hybrid” kerana ‘trim’ GR Sport sudahpun diperkenalkan pada Corolla Hybrid spesifikasi Eropah pada 2020 yang lalu.

Baca juga: Toyota Corolla Altis model GR Sport untuk pasaran Eropah

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 03

Di bahagian dalam kereta, Corolla Altis GR-S diberi sarung kulit sebagai standard dengan kemasan jahitan warna merah, dan logo-logo GR boleh ditemui di tempat duduk hadapan dan juga butang ‘push start’.

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 04

Kelengkapan eksklusif pada GR-S termasuklah ‘wiper’ automatik, paparan ‘head-up’, pelindung suria belakang, dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 05

Corolla Altis GR-S boleh didapati dengan enjin 2ZR-FBE 1.8 liter ‘naturally aspirated’ (140 PS/177 Nm) ataupun penjana kuasa hibrid yang menggabungkan enjin 2ZR-FXE 1.8 liter (98 PS/142 Nm) dengan satu motor elektrik (72 PS/163 Nm).

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 06

Enjin petrol ini dipadankan dengan kotak gear CVT berserta 7 gear virtual manakala enjin hybrid pula dipadankan dengan E-CVT. Bagi mereka yang memilih Corolla Altis GR-S dikuasakan enjin petrol boleh menukar gear dengan bantuan sepasang ‘paddle shifters’ yang terletak kemas di belakang stereng.

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 07

Selain daripada naiktaraf visual, Toyota juga memberi varian-varian GR-S penambahbaikan suspension yang merangkumi ‘coil springs’, penyerap hentakan, dan juga ‘stabilizer bar’ belakang – menjadikan kereta yang sememangnya sudah cukup selesa ini lebih padu dari segi pemanduan.

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 08

Tambahan pula, Corolla Altis GR-S diberi kelengkapan serupa dengan varian-varian tertinggi Altis spesifikasi Thai. Ini termasuklah kelengkapan ADAS TSS yang merangkumi sistem pra-perlanggaran, kawalan peluncuran radar dinamik semua kelajuan (DRCC), serta amaran keluar lorong dengan bantuan stereng.

Malaysia tersisih, Toyota Corolla Altis Hybrid 2022 diberi suntikan GR Sport di Thailand 09

Berapa pula harganya? Harga Toyota Corolla Altis GR Sport 2022 bermula dari THB 1,059,000 (~RM 134k) bagi varian petrol dan bermula dari THB 1,114,000 (~RM 141k) bagi varian hibrid. Adakah usaha naiktaraf ini boleh membantu merapatkan jurang jualan antara Corolla Altis dan Civic di Negara Gajah Putih itu ataupun adakah ia akan kalah sekali lagi dengan Lambang H?

Baca juga: Jualan Toyota Corolla Altis di Thailand kekal jatuh untuk Q1 2021, Honda Civic semakin jauh!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda