window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol!

Faisal · May 23, 2023 04:00 PM

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 01

  • Corolla di China varian 1.5L dikemaskini dengan suspensi belakang jenis torsion beam
  • Tetapan suspensi belakang jenis multi-link untuk varian hibrid dan turbo dikekalkan
  • Nadi hibrid diperbaharui dengan THS ll generasi ke-5 yang terkini

Sedar tak sedar, Toyota Corolla Altis generasi ke-12 sekarang telah beransur dari tahun 2019 lagi. Disebabkan itu, ia telah diterapkan beberapa kemaskini, khususnya di China.

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 02

Di China, sedan yang paling laku di dunia ini dijual oleh FAW Toyota iaitu antara dua syarikat kerjasama gergasi terbesar di pasaran dunia. Satu lagi adalah GAC Toyota yang menawarkan kembar Corolla yang dipanggil sebagai Levin. Kereta itu memakai wajah yang berbeza.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaToyota Corolla Cross bukanlah satu-satunya Corolla istimewa – kenali varian unik lain!

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 01

Untuk Corolla di China yang dikemaskini ini, terdapat 9 varian dan ia ditawarkan dari harga antara 116,800 RMB – 155,800 RMB (~RM 75.5k – RM 100.7k). Pembeli ditawarkan dengan 3 pilihan enjin iaitu 1.5L NA (121 PS, 148 Nm), 1.2L turbo (116 PS, 185 Nm) dan 1.8L hibrid.

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 02

Mengenai nadi hibrid, ia menggandingkan enjin 1.8L kitaran Atkinson dengan motor elektrik 70 kW dan output keseluruhan adalah sebanyak 137 PS. Untuk makluman anda, sistem hibrid ini diperbaharui dengan Toyota Hybrid System II (THS II) generasi ke-5 terkini yang didakwa lebih menjimatkan petrol.

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 03

Bateri hibridnya sendiri 44% lebih ringan berbanding generasi pendahulu dan saiznya juga lebih kompak. Toyota mendakwa bahawa ini bukan setakat memberikan mutu perjalanan yang lebih senyap, malah ia lebih menjimatkan petrol dengan kadar penggunaan serendah 4.06 liter/100 km.

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 04

Sama seperti Corolla Altis di Taiwan, Corolla di China juga diperbaharui dengan suspensi belakang jenis torsion beam yang lebih ringkas. Tetapi ini hanya dibuat untuk varian 1.5L. Varian hibrid dan turbo pula kekal dengan susunan jenis multi-link.

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 05

Bercakap mengenai varian 1.5L, ia datang dengan 6 beg udara tetapi varian turbo dan hibrid ada 8. Secara amnya, semua varian kecuali 1.5 Pioneer hadir dengan infotainment 10.25 inci yang lengkap dengan sokongan Apple CarPlay.

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 06

ADAS juga dilengkapkan secara standard yang mana ia merangkumi ciri Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan stop-and-go serta Pre-Collision System (PCS) dengan front pedestrian recognition.

China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol! 07

Di Malaysia, Corolla Altis masih belum dikemaskini sejak dilancarkan pada tahun 2019. Diimport (CBU) dari Thailand, ia hanya ditawarkan dengan enjin 1.8L NA 2ZR-FE (139 PS, 172 Nm) melalui dua varian pada harga seperti di bawah:

  • 1.8 E – RM 134,888
  • 1.8 G – RM 145,888

Juga bacaDengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda