window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi!

Haris · Apr 7, 2021 01:00 PM

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 01

Kredit gambar Mitsubishi Storm: Naim Tntd

Mitsubishi dengan rasminya melebarkan sayap ke Malaysia melalui Mitsubishi Motors Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2005. Seiring dengan pelancaran tersebut, model pertama yang dibawa masuk oleh Mitsubishi adalah trak pikap Mitsubishi Triton, atau lebih dikenali sebagai Mitsubishi Storm pada ketika itu.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 02

Mitsubishi Storm pertama kali hadir ke Malaysia pada tahun 2001 melalui pengedar rasmi United Straits Fuso Sdn Bhd (USF). Tidak dinafikan, gaya Mitsubishi Storm yang ranggi ketika itu mencetuskan trend trak pikap ‘lifestyle’ di mana sebuah trak pikap bukan sekadar sebuah jentera berat tetapi boleh digunakan sebagai kenderaan rutin seharian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 01

Oleh yang demikian, sementara menunggu Mitsubishi Triton Athlete dilancarkan di Malaysia, apa kata kita telusuri sejarah pembangunan trak pikap dari Mitsubishi ini?

Generasi Pertama - 1978

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 02

Mitsubishi Triton generasi pertama dijual dengan nama Forte di Jepun dan L200 di tempat lain. Di Amerika Syarikat, ia dikenali sebagai Mitsubishi Truck sahaja. Model ini dibuat di dua lokasi - Ohe di Jepun dan Laem Chabang di Thailand.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 03

Berbeza dengan Mitsubishi Triton selepas ini, Mitsubishi Forte/L200 direka semata-mata untuk tugas berat. Oleh yang demikian, ia hanya ditawarkan dengan jenis badan single cab sahaja.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 04

Sebelum ini, Mitsubishi Motors berpengalaman selama berpuluh tahun dalam memasang trak pikap Amerika seperti model Willys Jeep dan beberapa varian Jeep di bawah jenama Mitsubishi.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 05

Tidak seperti rakan kongsi lama Mitsubishi yang mendakwa Mitsubishi kedekut untuk berkongsi teknologi, Mitsubishi telah berjaya menghasilkan sendiri kotak pindah pacuan 4 roda (4WD transfer case) yang lebih senyap. Kelebihan daripada pembangunan sistem 4WD ini adalah ia mampu memberikan pemanduan yang lebih selesa pada kelajuan tinggi - suatu pembaharuan pada zaman itu.

Generasi kedua - 1986

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 06

Tanda nama Forte tidak lagi digunakan di Jepun dan trak itu kini dikenali sebagai Strada. Nama Triton juga membuat penampilan sulung tetapi hanya untuk model yang dijual di Australia. Pasaran eksport lain masih menggunakan nama L200.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 07

Ditawarkan dengan enjin 2.0 liter, 2.5 liter dan 2.6 liter

Pilihan gaya badan yang berbeza juga ditawarkan dalam bentuk Single Cab, Club Cab, atau Double-Cab.

Ketika ini, Mitsubishi dikenali sebagai Land Rover timur - yang diperkuatkan dengan kebolehpercayaan dan ketahanan Jepun. Selain itu, Mitsubishi juga mengukuhkan jenamanya dengan kemenangan beberapa siri rali Dakar yang menguatkan lagi reputasi jenama Mitsubishi.

Generasi Ketiga - 1995

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 08

Foto: Murphy David Sze

Di Malaysia, Mitsubishi Triton generasi ketiga ini lebih dikenali sebagai Mitsubishi Storm. Lebih menarik lagi, Mitsubishi Motors juga tidak memanggilnya dengan nama Storm secara rasmi. Pengedar rasmi Mitsubishi di Malaysia, USD-HICOM menampal stiker ‘Storm’ dan nama tersebut melekat sehingga kini.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 09

Mitsubishi L200

Strategi pasaran yang berbeza juga menyaksikan model ini menjadi antara model terlaris dan terkenal untuk Mitsubishi Motors Malaysia.

Mitsubishi Malaysia menggunakan taktik unik untuk memasarkan Storm, dengan menyampaikan mesej bahawa kenderaan ini sesuai untuk kegunaan keluarga urban dengan ciri serta kelengkapan sebuah trak pikap.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 10

Turut ditawarkan dalam warna merah

Ia juga menjadi trak pikap pertama di Malaysia dengan transmisi automatik - unik pada waktu itu lantas mendorong jualan sehingga berjaya menjadi trak pikap paling laris di Malaysia, sehinggalah Toyota memberi saingan kuat dengan Toyota Hilux (generasi Toyota Vigo).

Generasi Keempat - 2005

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 11

Model generasi keempat ini terkenal dengan julukan nama Storm Trooper tetapi tiada pelekat Storm yang ditampal. Model ini juga menandakan nama 'Triton' pertama kali digunakan secara rasminya di Malaysia.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 12

Model ini juga menandakan permulaan baru bagi jenama Mitsubishi Motors di Malaysia kerana ia merupakan model pertama yang dilancarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang baru dibentuk pada tahun 2006.

Oleh kerana jenama itu kini di bawah jagaan anak syarikat Mitsubishi Corporation, pelanggan telah menerima pengalaman pemilikan yang lebih baik. Malah, terdapat peningkatan yang ketara dalam standard perkhidmatan yang diberikan. 

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 13

Lebih cemerlang lagi, Mitsubishi masih mengungguli tempat pertama dalam Kajian Pasaran J.D.Power 2019 Malaysia Customer Service Index (CSI). Anugerah ini bukanlah kali pertama Mitsubishi menjuarai kajian pasaran tersebut, menunjukkan komitmen mendalam Mitsubishi untuk pasaran Malaysia.

Generasi kelima - 2014

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 14

Model Mitsubishi Triton generasi kelima menyambung legasi keselesaan perjalanan yang terkemuka dalam kelas dan menambah ciri jualan unik ini dengan ciri kelengkapan yang lebih baik. Malah, ciri kelengkapan yang disebutkan ini tidak ada pada model sedan dalam julat harga yang sama pada zaman tersebut.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 15

Ia menjadi trak pikap pertama di Malaysia yang ditawarkan dengan butang penghidup enjin, kemasukan tanpa kunci, lampu depan HID bi-xenon automatik dengan lampu LED siang DRL bersepadu, pelarasan stereng teleskopik, dan juga paddle shifter untuk transmisi automatik 5-kelajuan.

Generasi Keenam - 2019

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 16

Model generasi keenam ini dilancarkan pada tahun 2019, membawakan pembaharuan ketara dengan rekaan Dynamic Shield. Ia juga turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS - suatu peningkatan berbanding ciri moden yang ditawarkan pada generasi sebelum ini.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 17

Walaubagaimanapun, saingan trak pikap gaya hidup yang pernah diterajui oleh Mitsubishi Storm kini terhakis dengan kedatangan Toyota Hilux dan Ford Ranger yang lebih bergaya. Model generasi keenam ini kelihatan sangat bergaya dengan rekaan Dynamic Shield, sayang sekali jika ia tidak tampil dengan sebuah varian gaya hidup.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 18

Oleh yang demikian, kehadiran Mitsubishi Triton Athlete menjadi taruhan MMM untuk menarik kembali perhatian kepada trak pikap Mitsubishi. Sebagai sebuah model trak pikap yang paling selesa dalam kelasnya, Mitsubishi Triton Athlete adalah suatu pakej yang lebih lengkap berbanding pesaing-pesaingnya yang lain.

Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi! 19

Bukan itu sahaja, sokongan selepas jualan dari Mitsubishi juga adalah sesuatu yang perlu anda pertimbangkan. Mitsubishi Triton Athlete akan dilancarkan 8 April 2021, jam 8 pm melalui pelancaran secara maya. Ikuti Wapcar.my untuk mengikuti perkembangan model terbaru ini. Mampukah ia menyambung legasi Mitsubishi Storm?

Bacaan Lanjut:

Mitsubishi Triton Athlete 2021 diacah, sah dilancarkan di Malaysia minggu depan!

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi?

Mitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max - perbandingan trak pikap 3 penjuru!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda