window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900!

Faisal · Apr 16, 2021 11:21 AM

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 01

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru sahaja melancarkan Nissan Navara NP300 (D23) facelift 2021 sebentar tadi. Nissan Navara generasi ketiga ini menerima facelift pertama sejak pelancarannya pada tahun 2015.

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 02

Keluaran terbaru buat trak pikap ‘legend’ yang diimport (CBU) dari Thailand ini ditawarkan dengan 6 pilihan varian dengan julat harga RM 91,900 ke RM 142,200 (harga atas jalan tanpa insurans, dengan SST).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga Nissan Navara facelift mengikut varian
2.5L Single Cab Manual RM 91,900
2.5L SE Manual RM 110,900
2.5L SE Auto RM 116,900
2.5L V Auto RM 125,500
2.5L VL Auto RM 137,900
2.5L PRO-4X RM 142,200

Eksterior

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 01

Pada bahagian luar, Nissan Navara facelift tampil dengan imej yang jauh lebih moden. Pembaharuan yang paling ketara ialah kehadiran gril V-Motion. Eksklusif untuk varian VL dan PRO-4X ialah lampu jenis LED dan lampu DRL LED. Bergantung pada varian, gril ini didatangkan dengan kemasan trim krom ataupun kelabu metalik.

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 02

Bercakap mengenai trim kelabu metalik, Navara Pro-4X yang didatangkan buat kali pertama juga dilengkapkan dengan logo Nissan berwarna hitam sekali dengan perincian merah, tayar 'all-terrain', dan roda 17 inci berwarna hitam. Sentuhan sebegini membuatkannya nampak lebih ‘garang’ daripada Mitsubishi Triton Athlete yang baru dilancarkan awal bulan ini.

Juga bacaNissan Navara D23 facelift 2021 dipertontonkan, varian Pro-4X jadi tumpuan!

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 03

Pada masa yang sama, Nissan turut memperlihatkan tulisan “NAVARA” yang terpampang besar di bahagian belakang supaya orang ramai tidak akan memanggil trak pikap ini sebagai “Hailak” (Toyota Hilux).

Juga baca: Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru?

Interior

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 04

Beralih ke bahagian dalam pula, Nissan Navara facelift tampil dengan sentuhan Nissan yang terbaru. Perkara ini dapat dilihat pada roda stereng yang diambil terus dari model X-Trail dan Almera.

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 05

Walaupun trak pikap yang digelar “Mother Trucker” ini nampak bersedia untuk menjelajah dunia, ia masih memberikan elemen keselesaan untuk pemanduan urban. Dengan suspensi belakang jenis multi-link coil dan kerusi Zero Gravity, keselesaan perjalanan tidak akan menjadi isu sama sekali.

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 06

Dari segi multimedia, Nissan Navara facelift varian VL dan PRO-4X hadir dengan skrin infotainment sesentuh 8 inci sekali dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta kamera 360-darjah. Bercakap mengenai skrin, varian VL t dilengkapkan dengan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Trenkuasa

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 07

Secara global, Nissan Navara facelift didatangkan dengan enjin 2.3L twin-turbodiesel yang baru. Untuk pasaran kita, ia masih kekal dengan enjin 2.5L turbodiesel (YD25DDTi) yang menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork. Menariknya, kedua-dua enjin ini menghasilkan output yang sama.

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 08

Kuasa dihantar ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 7 kelajuan dengan mod manual. Untuk varian yang bertransmisi manual 6 kelajuan, enjin ini menghembuskan kuasa sebanyak 163 PS dan 403 Nm tork.

Ciri keselamatan

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 09

Secara standard, varian V, VL dan PRO-4X dilengkapkan dengan ciri brek kecemasan automatik (AEB). Unik untuk varian VL dan PRO-4X ialah istem bantuan pemandu ADAS yang merangkumi ciri:

  • Blind Spot Warning (BSW)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • High Beam Assist (HBA)

Nissan Navara (D23) facelift 2021 dilancarkan – varian baru PRO-4X, ADAS, bermula RM 91,900! 10

Umumnya, pembeli ditawarkan dengan tempoh waranti selama 5 tahun/150,000 km.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda