window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus?

Haris · Feb 3, 2021 08:00 PM

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 01

Sebagai sebuah pasaran yang dijangka menurun (oops), mungkin ramai yang mempertimbangkan model MPV terpakai. Apa salahnya, kemuncak pasaran MPV pun sudah berlalu justeru model-model yang mahal ketika itu kini sudah mampu milik.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum ini Wapcar.my pernah menampilkan Toyota Estima dan Toyota Alphard dalam panduan kereta terpakai kami. Sebagai keseinambungan, kami tampilkan juga pesaingnya iaitu Nissan Serena generasi C26.

Sebagai rujukan, Nissan Serena bersaing rapat dengan Toyota Noah, Voxy dan Honda Stepwgn, kesemuanya tidak dijual secara rasmi di sini tetapi masih ada model recond.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 01

Tempat duduk baris ketiga lipat tepi

MPV Nissan ini tidak sepopular Toyota Estima, mungkin kerana ia pilihan bagi golongan ‘non-conformists’ yang tidak suka mengikut norma masyarakat. Jika anda juga tak suka membeli kereta mengikut trend atau populariti, mungkin Nissan Serena ini boleh anda pertimbangkan.

Generasi Nissan Serena

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 02

Nissan Serena C26 telah dilancarkan pada tahun 2013 secara CBU. Status pemasangannya ini penting bagi mereka yang berminat dengan model ini. Model C26 adalah model Nissan Serena generasi keempat dengan pemasangan CBU dari Jepun.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 03

Foto: Syaiful Bahari

Pada awalnya, Nissan Serena C26 ditawarkan dalam 1 varian sahaja dengan enjin hybrid. Ketika pelancarannya, terdapat pengecualian duti bagi kenderaan hybrid bawah 2,000 cc.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 04

Seterusnya, model CKD bagi Nissan Serena C26 diperkenalkan. Status pemasangan baru tersebut seiring dengan facelift terbaru Nissan Serena. Senang hafal, CBU adalah model awal, CKD adalah model facelift.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 05

Tiada perubahan ketara dari segi spesifikasi dan keselamatan antara kedua-dua model ini, hanya kosmetik kecil seperti peningkatan ke lampu hadapan LED dan sebagainya. Namun perlu diingatkan juga, model CBU ada tayar simpanan tetapi model CKD hanya ditawarkan dengan kit tampal tayar sahaja.

Masalah Nissan Serena C26

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 06

Nissan Service Centre Segamat. Foto: Ah Liang

Kami merujuk pemilik dan ahli Nissan Serena S-Hybrid Owners Club Malaysia (SHOC) iaitu Mr Ye Chung Low, antara masalah utama model ini adalah seperti berikut:

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 07

Subframe bush Nissan Serena. Foto: JTech Autoserve
  1. Subframe bush

Masalah ini subframe bush yang merekah adalah masalah biasa yang selalu dialami oleh Nissan Serena C26. Kos baik pulih komponen ini perlu dirujuk kepada bengkel yang berpengalaman. Kos pertukaran sekitar RM 500 - RM 1,000 mengikut apa lagi komponen yang perlu ditukar.

  1. Kotak gear CVT Nissan

Kotak gear CVT oleh Nissan Serena C26 berstatus CBU baru-baru ini telah dipanggil semula untuk pemprograman semula. Walaubagaimanapun, Nissan Serena C26 CKD tidak mempunyai sebarang masalah.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 08

Nissan CVT Fluid NS-3. Foto: NCH Auto Parts

Perlu diingatkan jika anda membeli Nissan Serena C26 secara terpakai, servis terus minyak CVT. Minyak yang disyorkan adalah Nissan CVT Fluid NS-3, kos penukaran adalah sekitar RM 500 - RM 600.

  1. Lower arm

Nissan Serena C26 adalah sebuah MPV besar yang menggunakan lower arm bush yang kecil. Oleh itu, jangkakan untuk menukar komponen ini. Kos penukaran adalah sekitar RM 1,200 ke atas.

  1. Tensioner

Bagi kereta yang telah mencecah jarak perbatuan lebih 90,000 km, adalah disyorkan untuk menukar komponen tensioner. Kos penukaran adalah sekitar RM 900 - RM 1.5k.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 09

Foto oleh JTech Autoserve
  1. Fan belt

Nissan Serena mempunyai fungsi idling auto start stop. Hal ini bermakna komponen ini akan bekerja dengan lebih keras berbanding biasa. Disarankan untuk tukar pada sela 2 tahun / 40,000 km

  1. Compressor

Bagi model yang menghampiri jarak perbatuan 100,000 km, adalah disarankan untuk menukar compressor air cond. Sela yang disyorkan untuk menukar compressor ini adalah pada setiap 40,000 km. Kos penukaran adalah sekitar RM 900 - RM 1,500.

Tinjauan pasaran terpakai

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 10

Nissan Serena boleh didapati sekarang pada harga sekitar RM 75k, di mana harga baharu pada tahun 2013 (model CBU) adalah sebanyak RM 145k. Model CKD pula adalah berharga RM 138k - RM 148k pada tahun 2014.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 11

Luas

Disebabkan oleh Nissan Serena generasi baru (C27) dilancarkan pada tahun 2018, masih terdapat beberapa model Nissan Serena yang masih mempunyai baki warranti. Ia mungkin berharga sedikit tinggi tetapi mungkin lebih berbaloi dengan warranti tersebut.

Kesimpulan

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 12

Pasaran MPV yang semakin merudum dapat dirasai dengan kehadiran-kehadiran model SUV 7 penumpang. Bagi penjual, sekarang adalah masa yang baik untuk menjual secara terpakai kerana masih terdapat permintaan buat SUV ini.

Panduan membeli Nissan Serena C26 terpakai, MPV kotak bagi yang suka menongkah arus? 13

Nissan Serena sebenarnya antara model paling laris selain Nissan Almera serta ia masih terjual dalam pasaran. Oleh yang demikian, sokongan terhadap model MPV ini dijangka akan kekal menggalakkan malah, kelab pemilik Nissan Serena juga sangat membantu. Jadi, tunggu apa lagi?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda