Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021!

Zamil Syaheer · Mar 11, 2021 01:00 PM

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021! 01

Nombor pendaftaran yang dilaporkan oleh Japan Automobile Dealer Association menunjukkan bahawa penjualan Honda Jazz (Fit) dan Honda Freed masing-masing jatuh ke tempat ke-11 dan ke-12 untuk Februari 2021. Tahun lalu, Honda Jazz adalah model terlaris ke-4 Jepun sementara Freed adalah ke-7.

Kenapa angka jualan ini menurun? Apabila penerbitan Jepun Kuruma News mewawancara dengan beberapa pengedar Honda, pembeli yang mahu membeli Jazz dan Freed menangguhkan pembelian mereka kerana HR-V.

Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021! 02

“Eh, mana aci bandingkan MPV/hatchback dengan SUV?” – cuba bagitau ayat macam ni dekat pembeli. Kami yakin jawapannya adalah “duit aku, aku punya pasal lah!”.

Kenapa para pembeli membandingkan SUV dengan hatchback Jazz dan MPV Freed? 

Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021! 03

Tingkah laku pembeli kereta sudah berubah. Oleh kerana fungsi dan kemudahan penggunaan barisan crossover / SUV terkini bertindih dengan hatchback (ataupun sedan), pengguna tidak lagi terbatas oleh sebab bentuk badan.

Tambahan pula Honda Jepun menjual varian Freed dengan 5 tempat duduk yang dikenali sebagai Freed+. HR-V pun 5 tempat duduk apa...

Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021! 04

Bagi kebanyakan pembeli, HR-V serba baru berada dalam julat kemampuan mereka, praktikal seperti Jazz dan Freed+, dan ianya model baru, maka ramailah yang sanggup tunggu.

Seorang peniaga Honda memberitahu penerbitan Jepun, "Sejak Vezel (HR-V) pertama kali muncul pada tahun 2013, banyak pelanggan tertarik dengan ruang dalaman serta bagasi yang luas. Oleh itu, ketika Vezel baru dilancarkan, terdapat ramai orang yang meminatinya.

Tak kisahlah segmen apa pun, pembeli mengatakan, "Saya ingin mengetahui perinciannya dan ingin melihat kenderaan yang sebenarnya."

Juga baca: Lihat betapa luasnya tempat duduk belakang Honda HR-V 2021 serba baru!

Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021! 05

Di Malaysia pula, Perodua juga menjangkakan perkara yang sama akan berlaku diantara model dalam barisan mereka kerana para pembeli akan membandingkan Perodua Myvi dan juga Perodua Ativa. Kedua-duanya adalah model 5 tempat duduk dengan fungsi yang hampir sama.

Perodua Aruz pula rasanya tidak akan terganggu kerana ia spesifik kepada para pembeli yang inginkan kereta dengan 7 tempat duduk.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Honda HR-V 1.8 E

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru