Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris!

Faisal · Nov 22, 2020 02:00 PM

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 01

Berikutan bacaan kami mengenai pembangunan Perodua Axia, mari kita ikuti kupasan mengenai pembangunan Perodua Bezza pula. Tidak seperti Perodua Axia yang dibina berdasarkan Daihatsu Ayla di Indonesia, Perodua Bezza dibina 100 peratus oleh rakyat Malaysia.

Sejak kejayaan Perodua Myvi yang diperkenalkan pada tahun 2005 yang lalu, Perodua telah berhasrat untuk menghasilkan sebuah sedan memandangkan pasaran Malaysia ketika itu sanggat menggalakkan.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sejak itu, keutamaan yang ingin diterapkan pada sedan Perodua sering berubah. Malah tiada halangan untuk Perodua melebihi apa-apa batasan walaupun terhadap syarikat Proton sendiri.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 01

Perodua Bezza ketika baru dilancarkan VS Proton Saga FLX yang mengungguli takhta sedan nasional ketika itu

Mengenai Daihatsu pula, mereka tidak mempunyai sebarang hak kerana sedan yang dikeluarkan oleh mereka hanyalah penjenamaan semula daripada kereta Toyota melalui kontrak. Di samping itu, sedan Daihatsu juga hanya dipasarkan di Jepun.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 02

Untuk maklumat anda, menghasilkan sedan baharu memerlukan pelaburan yang banyak memandangkan Daihatsu sendiri sudah meninggalkannnya lebih dari 10 tahun. Sedan terakhir yang dihasilkan oleh mereka adalah Daihatsu Applause dimana ia telah dihentikan pada lewat tahun 90-an. Walau apapun, Perodua sedar bahawa perkembangan syarikat akan terhad sekiranya mereka hanya meletakkan fokus kepada hatchback.

Perodua sebenarnya cuba untuk meyakinkan Daihatsu untuk melabur dalam pembangunan sedan tetapi perkara itu tidak mudah memandangkan mereka sudah menghentikan penghasilannya lebih dari 10 tahun.

Maka itu, Perodua bergerak secara solo. Usaha ini dimulakan dengan membuat tinjauan terhadap permintaan pasaran dan pengguna. Malah Perodua mempelajari cara masyarakat menggunakan sebuah Proton Saga.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 03

Pada mulanya, Perodua ingin menggunakan reka bentuk fastback dimana ia memberikan sifat praktikal seperti sebuah sedan. Selain itu, keperluan teknikal juga tidak jauh beza dengan format hatchback yang mereka gunakan selama ini.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 04

Konsep fastback ini dipamerkan sebagai Bezza Concept di KL International Motor Show 2010. Selain daripada pintu gelangsar yang unik dengan kabin yang cukup fiksyen, dimensi dan profil pada kereta konsep ini bertujuan untuk menilai respon daripada masyarakat.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 05

Dengan ukuran panjang yang kurang daripada 4 meter, dimensinya berada di antara Viva dan Myvi (dua model yang Perodua ada ketika itu). Menariknya, bahagian belakang kelihatan seperti Toyota Prius dimana ia turut menggunakan profil fastback.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 06

Konsep ini diperhaluskan lagi melalui Buddyz Concept yang dipamerkan di KL International Motor Show 2013.

Model ini mempunyai profil sedan konvensional. Walaupun wajah depannya mirip Bezza Concept, bahagian belakangnya menampilkan rekaan yang baru. Sekiranya anda lihat pada tiang-C dan lampu belakang, ia kelihatan seperti Proton Saga FL.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 07

Pada tahun 2016, pelancaran Perodua Bezza menandakan kemuncak perjalanan selama lebih dari 5 tahun.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 08

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang sebanyak 4.15 meter dimana ia lebih panjang daripada Bezza Concept.  Walau bagaimanapun, ukuran jarak roda sepanjang 2,455 mm adalah sama seperti Perodua Axia. Menariknya, varian permulaan (G) juga menggunakan enjin 1.0L 3-slinder 1KR-VE yang sama seperti Axia. Varian Premium X dan Advance pula menggunakan enjin 1.3L 1NR-VE yang terdapat pada Perodua Myvi.

Perodua Bezza – sebuah konsep kepada sebuah keluaran yang cukup laris! 09

Model facelift yang diperkenalkan pada Januari 2020

Dari segi kelengkapan pula, model facelift hadir dengan lampu hadapan LED dan kit badan di sisi secara standard. Varian 1.3L Premium X pula dikemaskini dengan ciri kawalan cengkaman dan kestabilan serta keyless entry dan butang push-start. Varian yang teratas (Advance) pula dikemaskini dengan ciri hill start assist, amaran halangan dan pelanggaran di hadapan serta brek kecemasan automatik melalui rangkaian sistem bantuan keselamatan A.S.A 2.0.

Secara keseluruhan, penghasilan sedan ini menandakan aras baru dalam perancangan jangka masa panjang oleh syarikat Perodua. Malah mereka mensasarkan untuk menjadi pusat pembangunan produk serantau (regional) untuk Daihatsu.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Komen

Sehingga 20% lebih tinggi berbanding harga biasa

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru

Kereta Terpakai Yang Berkait

2019 Perodua BEZZA X 1.3
2019 Perodua BEZZA X 1.3
RM 34,100TBC

RM 37200

58,607 km

2.5 tahun

Cheras

2017 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3
2017 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3
RM 36,000TBC

RM 38500

26,946 km

5 tahun

Kuala Lumpur

2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3
2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3
RM 34,000TBC

RM 37000

73,584 km

5.5 tahun

Kuala Lumpur